terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Monday, December 31, 2012

unexpected questions



Once upon a time...................................(click here for a full story)
 

Sunday, December 30, 2012

asalkan aku okeyyy!!

sekarang ni lagu yang naak sangat saya dengar bila buka radio ialah Asalkan Aku Okey by Awie Rafael. he best je dengar..kalau balik kerja tensen2 stress ke apa ngan boss boleh layan lagu ni..kena marah ke ape kebenda asalkan aku okeyyy! :) harap-harap penyanyi yang menyanyikan lagu ni pon ikut lah apa yang dinyanyikan tu,, bukan nyanyi jer...hati bersih tak lupa sembahyang.~hidup jauh narkoba~lalala


Lirik Lagu Asalkan Aku OK – Awi Rafael

Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia



 ps: saya rasa muka Chico Jerikho ni ada sikit macam Awi Rafael, pelakon sinetron Bayu Cinta Luna. saya layan je petang2 tengok BCL ni.

Saturday, December 29, 2012

cerr try felinna


Felinna i da sampai! yayy..tak sabar nak menggunakannya nak buang lemak2 selulit2 yang ada ni..haiyoo, tp bukan lah buang semua. nak nampak slim sikit lerr.. semalam petang 3 botol felinna selamat pos di rumah.akhirnya...kikiki amik ko sekali 3 botol i order tau...hihi bukan saya je lah yang nak pakai..lagi dua botol tu kak and ank sedara yang punye. :)

rasanya ramai orang dah tahu pasal kehebatan Felinna ni. sebab banyak dah testimoni yang berhasil.. erm tatau la kan saya cuma baca dari entri2 yg berkenaan. OR tengoklah nanti saya yang jadi testimoni nye kerrr.barulah you all percaya kan?? hahaha so you all kalau nak baca pasal kehebatan produk ni blh cerr try baca di sini. FELINNA saya pon baca dari sini :)

Friday, December 28, 2012

mulakan dengan bismilah

assalamualaikum selamat pagi semua! yok kita breakfast dulu, pastu mandi, pasti g sekolah meeting, and jual buku.haha.. cuti semakin nipiss..mari semangat2 back to school!! peace,yo!

Wednesday, December 26, 2012

barang berharga saya


ahaaa! inilah dia hasil dapatan shopping buku di Big Bad Wolf. dah dua tahun saya borong buku di sini. berbaloi-baloi. tapi saya tak  pergi shopping di Mines, saya cuma kirim Tiqah jerk.huhu yelaa jaoh kan, so minta tolong kawan yang juga hantu buku.kihkih tak sampai seratus hingget pon i belanja beli novel2 ini semua.macam nak pengsann!






Tqah bagi buku-buku saya ni time wedding dia.haih. sempat lagi tu kasi novel2 ni.he eksaited gila bila dapat buku ni..tak sabar nak baca. :)


erm bukan tu saje. ada surprise utk Azid. tetiba Helwa kasi Azid hadiah.alaahhai..thanks a lot ye Helwa. Pandai kamu belikan baju  and towel untuk si bam bam ni. memang boleh pakai lama Cek Acek. InshaAllah doakan Azid mnjadi anak yang soleh ye auntie Helwa. :)



inilah dia baju and towel utk Azid.Azid msti sukee.

 



ps: next entri nak update entri pasal jalan2 @ Teluk Intan

Tuesday, December 25, 2012

nantikan entri2 seterusnya :)

saya nak update entri sampai lebam!  tengoklah seberapa banyak yang boleh, before 2012 ends.haha

semangat berblogging membara semula bila tengok duit nuffnang naik mendadak tetiba.haha mayb cos rajin update entri. dah boleh nak cash out lagi ni..ekeke

ps: lama tak sebut ni klik nuff2 :D

Monday, December 24, 2012

selamat pengantin baru A&A!

alhamdulilah.bersyukur sangat. dapat juga saya mnjejakkan kaki ke Perak. and malam tadi lebih kurang pkul 9 malam kami selamat tiba di rumah.

alhamdulilah sampai juga saya ke rumah Tiqah. dapat hadir ke majlis perkahwinan Tiqah. sedih, syahdu semua ada perasaan ini sebab sahabat baik saya nak nikah. huhu tatau napa kan. memang ada perasaan spt itu sebelum Tqah bernikah, sebelum sampai berjumpa Tiqah.

TAPI..perasaan sedih, syahdu itu tiba-tiba hilang bila saya sampai di rumah Tiqah, dapat berpelukan dengan sahabat yang saya rindui, saya pandang wajah Ariff & Atiqah .alhamdulilah saya redha, saya gembira, saya yakin mereka akan bahagia sampai ke syurga.inshaaAllah. ;')


kredit pic to Akma.ini pic dari fb Akma. bersama kawan-kawan yang saya rindui. :)



ini gambar dua sahabat baik yang sudah berumah tangga.he

 

 i nak feeling2 pengantin baru gak.. :P

 
 2011, saya...2012..Atiqah..2013....???? haaa cepat2 you alss! sila tempah tarikh awal2 so dapatlah saya g wedding korang. :)


Selamat Pengantin Baru buat Ariff & Atiqah.semoga berbahagia hingga ke syurga. dapat zuriat yang soleh and solehah. Azid nak kawan dari auntie Tiqah :P

ps: AA now means Atiqah Ariff :)

Thursday, December 20, 2012

malam berinai saya


gambar malam berinai my BFF baru-baru ni. :)

dari kecik saya cuma dengar2 je pasal malam berinai.tatau malam berinai tu apa sebenarnya. dalam fikiran malam berinai ni malam pengantin pakai inai...hehe. serius memang tatau. dah besar ni baru tahu..huhu
  dalam family saya mmg tak diadakan malam berinai.mmg simple habis majlis perkahwinan kami. takde malam berinai or khatam alquran.. yang ada majlis akad n bersanding pd hari y sama. 


owwhh...tapi saya nk jugak ada mlm berinai.huhu tak pernah sy tunjuk mlm berinai saya kan? nk tengok tak?? eheee...





ini dia...











peace..hihi malam sebelum hari langsung..saya pakai inai..jadi malam berinai kan??hehe


kesimpulannya, malam berinai ni..pengantin tukar2 baju (baju sari, ceongsam, baju korea dll) and amek gambar..hehe betul ke??

ps: taksabar nak tunggu majlis BFF yang kat Perak plak. :)

pipi boolat

 
me...the latest. ahaha. jangan cakap saya gemok. huhu

selamat pagi semuaaa...semoga berbahagia selalu.

saja update pic terbaru.kdg pic nampak tembam. kdg x.tapi da ada orang tego muka da bulat..mana taknya sarapan nasi lemak setiap hari n makan sedap2 kat uma mak mentua...hehe

ps: kena pasang azam baru ni kuruskan badan.he

Wednesday, December 19, 2012

make up pink coror..



weehuu...at last dapat gak update entri pasal mekap2 ni... :P

walaupun ktiadaan kamera canggih..apa yang ada jelaa you alls..hehe


ini praktis mekap2..kunun esoknya nak make up kan pngantin untuk outdoor. tapi gambar pngantinya tak de plak...huhu tunggula kalau kot2 pngantin tu nak kasi gambar dia..dapat la update sini.hihuuu..


lebih kurang macam ni laa saya make up kan pengantin untuk outdoor,cos dia pakai dress pink colour.


orite you all....itu saje utk harini...k bai  :)

kembali ke sekolah



back to school.are you ready?? ermm...macam tak ready je.setelah mengalami percutian yang panjang kan..haha time cuti kat rumah mak mertua, orang yang tak tahu saya ni cikgu, mesti dorang akan tanya.eh, tak kerja ke hari ni..saya senyum je..x..cuti.budak sekolah cuti saya pon cuti la..he cuma bila dah nak naik sekolah ni, mula la kelam kabut sikit kan..haa dalam kepala banyak rasanya nak prepare.tapi tak buat-buat lagi.hai laa..cepat lah bertindak cikgu ziha oi..cuti semakin nak habis ni.huhu

Monday, December 17, 2012

BFF join the club :)


Alhamdulilah, seorang lagi BFF saya join the club. hihi Saya berada di sisi sahabat saya time ijab kabul. Erm, sebak n sayu sedikit rasa bila shja beliau sah brgelar isteri. Amboi..macam saya plak yang menikah time tu.he  Pic di atas gambar slepas nikah (15 Dis 2012).


 Gambar pengantin lama n baru.. ini gambar time majlis keesokan harinya :) owhh,, nampak tak saya dalam pic ni?? macam gemok kan? huhu

Azid bergambar bersama pengantin.. :) time ni kepala dia geleng2 tu yang gambar dia xclear tu.

Tahniah my dear friend Sitti Nazirah & Mohamad Nuur. Semoga berbahagia hingga ke syurga.Mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.Aminn.

Saturday, December 15, 2012

love abang

bahagia bila sudah ada husband.hehe ada perkara yang tak perlu dilakukan oleh kerana dah ada seseorang yang bergelar suami.

MY HUSBAND IS....

 a good driver
~ ke mana-mana saja nak pergi tak perlu risau lagi.sebabnya dia akan jadi driver.hehe cuma duduk di sebelah je.tak perlu risau tak reti parking kereta, nak potong kereta kalau kereta depan slow macam siput, dan lain-lain yang berkaitan dengan memandu kereta ni.almklum saja lah, orang tak biasa bawak keta.. memang tak perlu risau dan rasa selamat je bila duduk sebelah en.suami. perkataan yang selalu saja ucapkan bila dia buat sesuatu yang saya tak mahir (cth:parking kereta), HEBAAAT! dan dgn wajah riak nya menjawab.. MESTILERR...haha

tukang angkat barang
~hehe yang ni memang best. balik kampung ke, balik dari shopping ke..mana2 sajalah yang kami nak pergi kena angkut barang2..automatically tugas en.suami. saya cuma tlg packing barang dia masukkn dalam kereta.or balik dari mana-mana cth shoping ke, saya cuma dukung Azid bawak masuk je..yang lain tu en.suami angkatkan barang.hihi 

tukang sampul
~ suami saya seorang yang suka menyampul buku. semua komik2 dia sampul..so, saya gunakan kehebatan dia yang ini untuk tolong sampulkan buku2 saya sekali..heheh..kalau hadiah nak bagi orang kawen pon dia yang sampulkan...memang kemas dia sampul berbanding saya...kikiki..

my strength
~ tak perlu kata apa-apa, buat apa-apa..hehe tengok dia saja, saya dah jadi kuat.especially time lepas bersalin dulu. yelaa saya tengah sakit-sakit kat hospital, memang sentiasa nak tunggu en.suami datang jenguk.kalau boleh tido sekali kat wad tu..huhu tapi tak boleh laa plak...huhu

babysitter
~seharian saya menjaga Azid, kadang tu balik keja en.suami punya turn plak jaga si kecik ni.hehe memang dia suami yang boleh diaharap.kikiki mandi, pakaikan baju, buat susu..semua boleh.cuma kadang tu lambat sikitlah..tapi tak perr..dia tetap ringan tulang nak tolong saya. :)

erm, banyak lagi sebenarnya kelebihan ada suami ni.orang yang da kawen saja yang tahu kan? nak cakap banyak2 takut tak elok pulak. tapi bersyukur saya ada suami yang sentiasa melengkapi kekurangan saya.Alhamdulillah.


Friday, December 14, 2012

zaman dolu2


muka dolu2...haha kena kasi effect grayscale sikit. kate dolu. kalau nak tengok make up sebenar klik pada label berkenaan di sidebar.  tatau macam mana boleh terjebak..tapi dulu saya mmg suka.skarang suka gak tp dah kurang sikit.hihi bila belek punya belek entri lelama, terpikir gak macam mana lah saya boleh hasilkan entri banyak+merepek pasal make up ni.syok seniri.da tua baru perasan. :P

well,, hobi ini tak perlu diabaikan. ada gak kawan2 yang minta saya tlg makeupkan, tapi tula tak dapat update kat blog oleh sebab ketiadaan kamera canggih. :P .this coming Saturday, saya akan make up kan kawan untuk nikah. hope dapat memberikan yang terbaik. ecece. nak buat sedikit pengumuman, kawan2 kalau ada yang nak saya make up kan...boleh saja..book awal,Pontian area only (statement poyo).mcm kawan saya sorang ni.bbrpa bulan lepas dia confirm kan tarikh nak suruh make up.tp tak gitahu sapa pengantinnya..dah dekat tarikh baru gitahu..rupanya dia sendiri,, sabo jelaa.huhu

 ps: Atiqah awak jauh...kalau dekat boleh saya makeup kan. :)

Thursday, December 13, 2012

demi MASA

sekejap dah bulan 12...dah nak masuk 2013.pantasnya masa berlalu. kalau tahun 2011 perkara yang paling bersejarah ialah hari perkahwinan saya. 2012 ni perkara yang paling best ialah dapat baby...2013?? hehe tatau lagi.

AZAM?? Erkkk....ermm...tak list kan lagi.hehe semua orang mengharapkan yang terbaik untuk diri mereka dan keluarga serta orang sekeliling.macam tu jugak saya. seorang Anak kepada kedua ibu bapa..seorang isteri kepada encik suami, seorang ibu kepada baby comel..hehe, seorang pendidik kepada anak muridnya dan seorang hamba-Nya yang perlu patuh segala suruhannya.

cuma MASA.ingin saya gunakan sebaik mungkin. Masa itu emas.Emas boleh buat kita kaya...heheh.bukan itu yang saya maksudkan. MASA untuk keluarga menjadi keutamaan..MASA untuk tugas tak kurang pentingnya. saya harap dapat menguruskan masa dengan baik 2013.

time can't be given.but it can be shared~ Cecilia Ahern (the gift)


Friday, December 7, 2012

simple dimple


let me show you where did Azid get his dimple..hihi

 :)

Wednesday, December 5, 2012

Monday, December 3, 2012

berhati-hati di jalan raya


woaa..nak jugekk upload gamba kat seat drebarr..tak bole tahan gambar muncung tuu..hehe lama kan tak buat benda pelik-pelik, sekali sekala apa salahnya :)

Azam tahun baru,, nak jadi good driver. sama-samalah kita memandu kenderaan dengan baik, jaga keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain..ingatlah orang tersayang.and ketika memandu tuuu....jaga-jaga ada kamera AES merghaatii..(gaya kiah propa) hehe