terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Monday, December 31, 2012

unexpected questions



Once upon a time...................................(click here for a full story)
 

Sunday, December 30, 2012

asalkan aku okeyyy!!

sekarang ni lagu yang naak sangat saya dengar bila buka radio ialah Asalkan Aku Okey by Awie Rafael. he best je dengar..kalau balik kerja tensen2 stress ke apa ngan boss boleh layan lagu ni..kena marah ke ape kebenda asalkan aku okeyyy! :) harap-harap penyanyi yang menyanyikan lagu ni pon ikut lah apa yang dinyanyikan tu,, bukan nyanyi jer...hati bersih tak lupa sembahyang.~hidup jauh narkoba~lalala


Lirik Lagu Asalkan Aku OK – Awi Rafael

Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia



 ps: saya rasa muka Chico Jerikho ni ada sikit macam Awi Rafael, pelakon sinetron Bayu Cinta Luna. saya layan je petang2 tengok BCL ni.

Saturday, December 29, 2012

cerr try felinna


Felinna i da sampai! yayy..tak sabar nak menggunakannya nak buang lemak2 selulit2 yang ada ni..haiyoo, tp bukan lah buang semua. nak nampak slim sikit lerr.. semalam petang 3 botol felinna selamat pos di rumah.akhirnya...kikiki amik ko sekali 3 botol i order tau...hihi bukan saya je lah yang nak pakai..lagi dua botol tu kak and ank sedara yang punye. :)

rasanya ramai orang dah tahu pasal kehebatan Felinna ni. sebab banyak dah testimoni yang berhasil.. erm tatau la kan saya cuma baca dari entri2 yg berkenaan. OR tengoklah nanti saya yang jadi testimoni nye kerrr.barulah you all percaya kan?? hahaha so you all kalau nak baca pasal kehebatan produk ni blh cerr try baca di sini. FELINNA saya pon baca dari sini :)

Friday, December 28, 2012

mulakan dengan bismilah

assalamualaikum selamat pagi semua! yok kita breakfast dulu, pastu mandi, pasti g sekolah meeting, and jual buku.haha.. cuti semakin nipiss..mari semangat2 back to school!! peace,yo!

Wednesday, December 26, 2012

barang berharga saya


ahaaa! inilah dia hasil dapatan shopping buku di Big Bad Wolf. dah dua tahun saya borong buku di sini. berbaloi-baloi. tapi saya tak  pergi shopping di Mines, saya cuma kirim Tiqah jerk.huhu yelaa jaoh kan, so minta tolong kawan yang juga hantu buku.kihkih tak sampai seratus hingget pon i belanja beli novel2 ini semua.macam nak pengsann!






Tqah bagi buku-buku saya ni time wedding dia.haih. sempat lagi tu kasi novel2 ni.he eksaited gila bila dapat buku ni..tak sabar nak baca. :)


erm bukan tu saje. ada surprise utk Azid. tetiba Helwa kasi Azid hadiah.alaahhai..thanks a lot ye Helwa. Pandai kamu belikan baju  and towel untuk si bam bam ni. memang boleh pakai lama Cek Acek. InshaAllah doakan Azid mnjadi anak yang soleh ye auntie Helwa. :)



inilah dia baju and towel utk Azid.Azid msti sukee.

 



ps: next entri nak update entri pasal jalan2 @ Teluk Intan

Tuesday, December 25, 2012

nantikan entri2 seterusnya :)

saya nak update entri sampai lebam!  tengoklah seberapa banyak yang boleh, before 2012 ends.haha

semangat berblogging membara semula bila tengok duit nuffnang naik mendadak tetiba.haha mayb cos rajin update entri. dah boleh nak cash out lagi ni..ekeke

ps: lama tak sebut ni klik nuff2 :D

Monday, December 24, 2012

selamat pengantin baru A&A!

alhamdulilah.bersyukur sangat. dapat juga saya mnjejakkan kaki ke Perak. and malam tadi lebih kurang pkul 9 malam kami selamat tiba di rumah.

alhamdulilah sampai juga saya ke rumah Tiqah. dapat hadir ke majlis perkahwinan Tiqah. sedih, syahdu semua ada perasaan ini sebab sahabat baik saya nak nikah. huhu tatau napa kan. memang ada perasaan spt itu sebelum Tqah bernikah, sebelum sampai berjumpa Tiqah.

TAPI..perasaan sedih, syahdu itu tiba-tiba hilang bila saya sampai di rumah Tiqah, dapat berpelukan dengan sahabat yang saya rindui, saya pandang wajah Ariff & Atiqah .alhamdulilah saya redha, saya gembira, saya yakin mereka akan bahagia sampai ke syurga.inshaaAllah. ;')


kredit pic to Akma.ini pic dari fb Akma. bersama kawan-kawan yang saya rindui. :)



ini gambar dua sahabat baik yang sudah berumah tangga.he

 

 i nak feeling2 pengantin baru gak.. :P

 
 2011, saya...2012..Atiqah..2013....???? haaa cepat2 you alss! sila tempah tarikh awal2 so dapatlah saya g wedding korang. :)


Selamat Pengantin Baru buat Ariff & Atiqah.semoga berbahagia hingga ke syurga. dapat zuriat yang soleh and solehah. Azid nak kawan dari auntie Tiqah :P

ps: AA now means Atiqah Ariff :)

Thursday, December 20, 2012

malam berinai saya


gambar malam berinai my BFF baru-baru ni. :)

dari kecik saya cuma dengar2 je pasal malam berinai.tatau malam berinai tu apa sebenarnya. dalam fikiran malam berinai ni malam pengantin pakai inai...hehe. serius memang tatau. dah besar ni baru tahu..huhu
  dalam family saya mmg tak diadakan malam berinai.mmg simple habis majlis perkahwinan kami. takde malam berinai or khatam alquran.. yang ada majlis akad n bersanding pd hari y sama. 


owwhh...tapi saya nk jugak ada mlm berinai.huhu tak pernah sy tunjuk mlm berinai saya kan? nk tengok tak?? eheee...





ini dia...











peace..hihi malam sebelum hari langsung..saya pakai inai..jadi malam berinai kan??hehe


kesimpulannya, malam berinai ni..pengantin tukar2 baju (baju sari, ceongsam, baju korea dll) and amek gambar..hehe betul ke??

ps: taksabar nak tunggu majlis BFF yang kat Perak plak. :)

pipi boolat

 
me...the latest. ahaha. jangan cakap saya gemok. huhu

selamat pagi semuaaa...semoga berbahagia selalu.

saja update pic terbaru.kdg pic nampak tembam. kdg x.tapi da ada orang tego muka da bulat..mana taknya sarapan nasi lemak setiap hari n makan sedap2 kat uma mak mentua...hehe

ps: kena pasang azam baru ni kuruskan badan.he

Wednesday, December 19, 2012

make up pink coror..



weehuu...at last dapat gak update entri pasal mekap2 ni... :P

walaupun ktiadaan kamera canggih..apa yang ada jelaa you alls..hehe


ini praktis mekap2..kunun esoknya nak make up kan pngantin untuk outdoor. tapi gambar pngantinya tak de plak...huhu tunggula kalau kot2 pngantin tu nak kasi gambar dia..dapat la update sini.hihuuu..


lebih kurang macam ni laa saya make up kan pengantin untuk outdoor,cos dia pakai dress pink colour.


orite you all....itu saje utk harini...k bai  :)

kembali ke sekolah



back to school.are you ready?? ermm...macam tak ready je.setelah mengalami percutian yang panjang kan..haha time cuti kat rumah mak mertua, orang yang tak tahu saya ni cikgu, mesti dorang akan tanya.eh, tak kerja ke hari ni..saya senyum je..x..cuti.budak sekolah cuti saya pon cuti la..he cuma bila dah nak naik sekolah ni, mula la kelam kabut sikit kan..haa dalam kepala banyak rasanya nak prepare.tapi tak buat-buat lagi.hai laa..cepat lah bertindak cikgu ziha oi..cuti semakin nak habis ni.huhu

Monday, December 17, 2012

BFF join the club :)


Alhamdulilah, seorang lagi BFF saya join the club. hihi Saya berada di sisi sahabat saya time ijab kabul. Erm, sebak n sayu sedikit rasa bila shja beliau sah brgelar isteri. Amboi..macam saya plak yang menikah time tu.he  Pic di atas gambar slepas nikah (15 Dis 2012).


 Gambar pengantin lama n baru.. ini gambar time majlis keesokan harinya :) owhh,, nampak tak saya dalam pic ni?? macam gemok kan? huhu

Azid bergambar bersama pengantin.. :) time ni kepala dia geleng2 tu yang gambar dia xclear tu.

Tahniah my dear friend Sitti Nazirah & Mohamad Nuur. Semoga berbahagia hingga ke syurga.Mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.Aminn.

Saturday, December 15, 2012

love abang

bahagia bila sudah ada husband.hehe ada perkara yang tak perlu dilakukan oleh kerana dah ada seseorang yang bergelar suami.

MY HUSBAND IS....

 a good driver
~ ke mana-mana saja nak pergi tak perlu risau lagi.sebabnya dia akan jadi driver.hehe cuma duduk di sebelah je.tak perlu risau tak reti parking kereta, nak potong kereta kalau kereta depan slow macam siput, dan lain-lain yang berkaitan dengan memandu kereta ni.almklum saja lah, orang tak biasa bawak keta.. memang tak perlu risau dan rasa selamat je bila duduk sebelah en.suami. perkataan yang selalu saja ucapkan bila dia buat sesuatu yang saya tak mahir (cth:parking kereta), HEBAAAT! dan dgn wajah riak nya menjawab.. MESTILERR...haha

tukang angkat barang
~hehe yang ni memang best. balik kampung ke, balik dari shopping ke..mana2 sajalah yang kami nak pergi kena angkut barang2..automatically tugas en.suami. saya cuma tlg packing barang dia masukkn dalam kereta.or balik dari mana-mana cth shoping ke, saya cuma dukung Azid bawak masuk je..yang lain tu en.suami angkatkan barang.hihi 

tukang sampul
~ suami saya seorang yang suka menyampul buku. semua komik2 dia sampul..so, saya gunakan kehebatan dia yang ini untuk tolong sampulkan buku2 saya sekali..heheh..kalau hadiah nak bagi orang kawen pon dia yang sampulkan...memang kemas dia sampul berbanding saya...kikiki..

my strength
~ tak perlu kata apa-apa, buat apa-apa..hehe tengok dia saja, saya dah jadi kuat.especially time lepas bersalin dulu. yelaa saya tengah sakit-sakit kat hospital, memang sentiasa nak tunggu en.suami datang jenguk.kalau boleh tido sekali kat wad tu..huhu tapi tak boleh laa plak...huhu

babysitter
~seharian saya menjaga Azid, kadang tu balik keja en.suami punya turn plak jaga si kecik ni.hehe memang dia suami yang boleh diaharap.kikiki mandi, pakaikan baju, buat susu..semua boleh.cuma kadang tu lambat sikitlah..tapi tak perr..dia tetap ringan tulang nak tolong saya. :)

erm, banyak lagi sebenarnya kelebihan ada suami ni.orang yang da kawen saja yang tahu kan? nak cakap banyak2 takut tak elok pulak. tapi bersyukur saya ada suami yang sentiasa melengkapi kekurangan saya.Alhamdulillah.


Friday, December 14, 2012

zaman dolu2


muka dolu2...haha kena kasi effect grayscale sikit. kate dolu. kalau nak tengok make up sebenar klik pada label berkenaan di sidebar.  tatau macam mana boleh terjebak..tapi dulu saya mmg suka.skarang suka gak tp dah kurang sikit.hihi bila belek punya belek entri lelama, terpikir gak macam mana lah saya boleh hasilkan entri banyak+merepek pasal make up ni.syok seniri.da tua baru perasan. :P

well,, hobi ini tak perlu diabaikan. ada gak kawan2 yang minta saya tlg makeupkan, tapi tula tak dapat update kat blog oleh sebab ketiadaan kamera canggih. :P .this coming Saturday, saya akan make up kan kawan untuk nikah. hope dapat memberikan yang terbaik. ecece. nak buat sedikit pengumuman, kawan2 kalau ada yang nak saya make up kan...boleh saja..book awal,Pontian area only (statement poyo).mcm kawan saya sorang ni.bbrpa bulan lepas dia confirm kan tarikh nak suruh make up.tp tak gitahu sapa pengantinnya..dah dekat tarikh baru gitahu..rupanya dia sendiri,, sabo jelaa.huhu

 ps: Atiqah awak jauh...kalau dekat boleh saya makeup kan. :)

Thursday, December 13, 2012

demi MASA

sekejap dah bulan 12...dah nak masuk 2013.pantasnya masa berlalu. kalau tahun 2011 perkara yang paling bersejarah ialah hari perkahwinan saya. 2012 ni perkara yang paling best ialah dapat baby...2013?? hehe tatau lagi.

AZAM?? Erkkk....ermm...tak list kan lagi.hehe semua orang mengharapkan yang terbaik untuk diri mereka dan keluarga serta orang sekeliling.macam tu jugak saya. seorang Anak kepada kedua ibu bapa..seorang isteri kepada encik suami, seorang ibu kepada baby comel..hehe, seorang pendidik kepada anak muridnya dan seorang hamba-Nya yang perlu patuh segala suruhannya.

cuma MASA.ingin saya gunakan sebaik mungkin. Masa itu emas.Emas boleh buat kita kaya...heheh.bukan itu yang saya maksudkan. MASA untuk keluarga menjadi keutamaan..MASA untuk tugas tak kurang pentingnya. saya harap dapat menguruskan masa dengan baik 2013.

time can't be given.but it can be shared~ Cecilia Ahern (the gift)


Friday, December 7, 2012

Wednesday, December 5, 2012

Monday, December 3, 2012

berhati-hati di jalan raya


woaa..nak jugekk upload gamba kat seat drebarr..tak bole tahan gambar muncung tuu..hehe lama kan tak buat benda pelik-pelik, sekali sekala apa salahnya :)

Azam tahun baru,, nak jadi good driver. sama-samalah kita memandu kenderaan dengan baik, jaga keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain..ingatlah orang tersayang.and ketika memandu tuuu....jaga-jaga ada kamera AES merghaatii..(gaya kiah propa) hehe

Thursday, November 29, 2012

tiru macam saya.hehe

assalamualaikum semua!
selagi ada masa ni, meh i update sikit. cuti sekolah katakan...inilah masanya nak merajinkan diri berblogging. sempena cuti sekolah ini, azam saya kununya nak menguruskan badan yang sdia kurus ni...hihi sebelum cuti hari tu, berat saya naik ke 59kg! whoaa, kalau boleh saya tanak ke angka 60 huhu.... oleh itu kununnya cuti ni nak mengamalkan diet n bersenam.. :)

bersenam tu boleh sebab hari-hari memang buat kerja rumah tapi berdiet tu..alamak susah sikit lah..sebab mak mentua saya masak sedap-sedap..tak makan tak boleh plak.rugi nanti..heheh

target saya nak nampak kurus and slim.bahagian yang bermasalah ialah perut and peha. badan saya kurus je tapi bila dari perut ke peha ada gemuk sikit..huhu jadi saya amalkan senaman spt di bawah. sambil2 menyusukan Azid saya buat la senam kaki macam ni.hehe


eh, eh, tapi takde la ikat tali kat kaki macam tu.cuma mengiring dan angkat kaki atas bawah. then saya baring and buat kayuhan spt gambar kat bawah plak.FUHH,, pnat gak, tapi nak slim river punyer pasal kan...haruslah!

selain senaman kuruskan peha saya buat senaman kempiskan perut gak.tehehe...mmg bahagian ni kena kerja keras sikit nak kasi kempis. senam-senam gak, nak kasi lagi effective sapu krim la jugak. sekarang saya pakai aura slimming shaping.murah je RM30. tapi tengah dok intai-intai pasni nak test Felina or Body Contouring Cream, product Cosway..hehe

orang yang tengok saya mesti cakap saya dah kurus, err tapi saya dah tembam la..hukhuk..saya nak maintain ayu  :P..pe2 pon semoga usaha saya menguruskan n mengecilkan bahagian2 tertntu berhasil :)

wokey lah,, saya nak p tengok cite BCL sat..daaa~

Sunday, November 25, 2012

not to share

oh please la..klu putus cinta dengan awek pon, tak payahlah nak meroyan sangat kat FB.

ahaha...statement pedas untuk malam ni. bukan apa you all, terbaca kat wall FB, ada la sorang mamat ni, dok jiwa kacau bagai bila ditinggalkan awek.tolonglah...awak tu lelaki, bunga bukan sekuntum dik oii... bagi saya tak lelaki lah kalau dok kememeh jiwa merana la..kunun..

ok, stop sekejap statement mengutuk. zaman sekarang kan, banyak social network yang boleh dikongsikan. hal-hal peribadi pon boleh dikongsi. tak salah, tapi berpada-pada lah. nak-nak remaja zaman sekarang. bila bc status dorang,, kadang tu geli, kelakar, haha tapi tu smua tak apalah...sebab saya pon dulu pernah melalui zaman2 mcm tu. nanti bila adik2 dah jadi mcm akak2 ni baru tahu, geli ke idak baca status macam tu.haha

mujurlah dulu tak de FB,, klu x dok meroyan tak eh saya masa putus cinta dulu?? ahh cinta monyett,,lupakan..haha mayb x, sbb saya tak suka kongsi personal ngn org luar..ngn kawan2 yang rapat je..FB saya pon mostly kawan2 yg diknali.

orite that's all for tonite...gud nite.. :)

Friday, November 23, 2012

zaman org panggil saya yuna.

assalamualaikum..
jam di lappy pukul 3.18 pagi..mmg mata tak mahu tidur.tak rasa ngantuk sangat. before taip di blog ni, saya dok tengok tutorial make up and hijab.almaklumlah dah lama tak update ilmu make up ni, nak pergi make up class tak smpat2..so tengok jela tutorial kat youtube and blajar dari situ.sungguh jimat,ahaks! bukan apa, bulan 12 nanti ada sahabat baik saya nak nikah..dia minta saya yang make up kan.hehe..demi kawan saya, jadi saya sangguplah. make up pngantin ni saya saja buat suka2 ja, mana kawan2 yang tahu saya ni bole make up dia akn mnta saya make up. mekap simple je you all, im not a professional MUA.nasiblah sapa yang nak i conteng muka dia tu..ahaha

bercakap ttg blog youtube mekap tutorial yang saya tengok tadi.hai laaaa...terasa diri ni macam da tua plak.semangat nak makeup muka sniri, tepek kat blog, cite step2 make up, make up look, makeover bagai dah hilang...haha itu zaman waktu jiwa masih remaja.skarang ni tngok orang wat make up tutorial.tngok remaja zaman skarang..fuyyoo cantik pakai tudung, baguslah kalau pakai tudung dngan niat nak mnutup aurat, jgn fikir nak berfesyen smata...eceh pandai nasihat kan org plak.

harapan saya, saya masih tersimpan minat yang mndalam trhadap mekap ni, cume angan-angan nak jadi MUA..kunun...hehe tak pelah simpan sahaja dulu hajat terperam tu..haha poyo gile.if you all nak tngok pic saya brmekap sila la klik label makeup dsb.slamat tido smuaaa!

ps: kenapa tajuk post saya bgitu?? mmg zmn muda dulu sy pakai shawl ala yuna.so ada budak llaki tu jerit kat saya YUUNAAA (macam tune yuuuhhuuuu).lawak je igt balik.now tudung bawal je lbih seswai dngan i. :)

Monday, November 19, 2012

UPSR

assalamualaikum dan selamat pagi semua.

hari ni keputusan UPSR akan diumumkan di sekolah. walaupun saya tidak mengajar murid UPSR tapi tak sabar nak tahu resultnyer. anksdara ade di thn6, mudah2n dia dapat 5A...aminn. prepare sajelah hadiah buat2 nanti anksdara dpt 5A.. :)

Sunday, November 18, 2012

Mary Kay~




Produk Mary Kay yang best!hehe dah beberapa bulan pakai produk ni.so far ok la..nak cakap bagus sangat tu tak delah..tapi kira berpuas hatilah bila kulit takde jerawat and rasa licin and lembap je. 

So, inilah dia produk MK yang saya pakai tu. dulu packaging dia macam pic bawah ni. saya rasa saya lagi suka packaging yang lama berbanding yang baru.

packaging lama






packaging baru


Thursday, November 15, 2012

tahun baru

aku hanya insan biasa. kadang-kala ada rasa cemburu pada pencapaian, kebahagiaan dan kesenangan yang dimiliki seseorang. selalu terpikir betapa bertuahnya seseorang itu dah mampu / ada itu dan ini and kenapa aku tak macam tu. astaghfirullahalazim.

Ya Allah, kau jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Engkau berikan.

Salam Maal Hijrah 1433 buat semua muslimin dan muslimat. :))

Friday, November 9, 2012

school holiday

cuti sekolah dah bermula.erm kena rancang cuti ni baik2...nak g bercuti ke mana ye?? 
TAPI!! before cuti ade meeting guru dulu..sampai Rabu.heh...sabar dulu.after settle meeting semua, baru boleh horey2...hehe

Wednesday, November 7, 2012

shopping o

salam.

kegilaan mengonline shopping sedang menjadi-jadi sekarang.antara barang y saya beli secara online ialah baju and kosmetik. perghh..memang lah sangat rambang mata.mentang-mentang dah pegang duit seniri, semua barang nak beli..

huiyoo! tapi memanglah you all, tengok fesyen2 terkini yang digayakan oleh fashionistas and model yang dalam belog tuh terasa nak pakai cantik macam tu gak lah.especially design yang colourful, smart, classic and  a bit funky. itulah stail fesyen saya sekarang.ececece but still menutup aurat tau :)

tak sabar nak tunggu barang online saya sampai esok! hehe

Sunday, November 4, 2012

mood mengupdate bangun di tgah malam.

hui..lamanya tak update blog nih! erm sangaat busy lately. tak de masa nak mengarang di blog. dah nak tutup sekolah ni, manyaklah plak mende nak buat.haih sedar tak sedar dah nak setahun jadi cegu.alhamdulilah. masa berlalu begitu pantas. anak pon dah semakin besar.he terasa diri macam nak tua plak. haha padahal kat sekolah tu saya lah cikgu yang paling muda.tapi da ada anak.erm rezeki Allah..alhamdulilah.

apa perancangan you all utk tahun depan? saya belum set lagi.tapi apa yang saya harapkan next year akan jadi tahun yang lebih baik, bertambah segala-galanya..insyaallah. semua orang mahu jadi terbaik kan? mahu jadikan esok lebih baik dari hari ini.mudah-mudahan.

ok lah, time to sleep.actually da tido tadi.tp Azid jaga minta susu.so  after that, terpikir nak online SPPBS sekejap.da setel pon. ngee. gud nite all..

Friday, October 5, 2012

untuk daddy

buku kalau rasa bosan. erm bosan-bosan bagus jugak beli puzzles book ni.boleh mengasah minda gak. lawan dengan encik husband, saya menang! heh dapat siapkan dalam masa 4 minit. si dia amik masa 6 minit..lama tol..kuikui

Thursday, October 4, 2012

skrol come to mama



alhamdulilah akhirnya skrol diploma ku datang ke pangkuan ku..hehe oleh kerana tidak berkonvokesyen hari tu, kenalah ambil skrol di IPG..demi mendapatkan elaun BISP..ku gagahi jua diri ini :P best macam dapat cenderahati dari IPG you all! sukaa. tengok jelah gambar kat bawah ni.

but quite sad gaklah dengan kualiti skrol tu...kertas and ink dakwat pada transkrip diploma ni.sorry to say, ala2 macam sijil penghargaan yang selalu kita print kat sekolah tu.huhu beza  sangat dengan ijazah yang masa di U dulu.
tapi tak pelah yang penting diploma nya kn?

2010~ Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sastera Dalam Bahasa Inggeris
2011~ Diploma Pendidikan Pengajian Bahasa Inggeris
????~ MBA
????~Phd

uhukss....bila lagilah ye akan dapat sambung belajar? gud nite you all:)


Monday, October 1, 2012

merepek pon dapat duit :P

sekilas update sebelum tito...lama tak de mood blogging.so now terasa nak merepek sekejap.heh sekarang blogging dah jarang sangat.dulu time kt u selalu nak update macam-macam.semuaa nak cite..hihi tapi sekrang?  tengok keadaan la kan. ada masa update, tak de masa tak update lah.rindu gak nak blogging macam dulu...jenjalan kat blog kawan2 baru,, blogwalking,,click2 nuff...ngee! sekarang if click kat link shoutbox sebelah ni, mcm2 website buat duit yang keluar..promote link masing2.huhu i nak baca entri blog u olls..bukan promotion buat duit, jana duit! xbestlah macam ni...so now yg wajib saya buat ialah baca entri kawan2 saje...if ada kawan2 baru yang nak berkenalan sila lah komen dengan ikhlas dan letak link blog anda...cewaaah! hiks. 

bercakap tentang nuffnang,, saya dah cash out kan duit yg lepas..selamat dah masuk dalam akaun saya. Akaun bank saya tapi semua duit Azid.hehe tunggu dia besar sikit, baru nak buatkan akaun dia seniri. and now duit nuffnang naik lagi..walaupun saya jarang blogging..hihi so kumpul2 duit untuk Azid lah sekarang ni. ok la gak kan, sapa nak bagi duit free2 macam tu je.. :)

Sunday, September 30, 2012

wordle

saya jumpa aktiviti yang berfaedah utk teaching aids saya. 
 
 
Wordle: save the sea creatures

hai Okto~

live update dari Sanglang~ngeee esok da sekolah.esok dah Oktober..bulan Oktober yang amat sibuk.kursus sana-sini. saya akan jd Mrs. Octopus  la nampaknye..hehe

Saturday, September 29, 2012

sweetheart

terjumpa quotes ni di wall kawan..love this quotes and it's very true. walaupun si Azid tu macam2 karenah dia and bukan senang nak jaga, tapi dialah buah hati pengarang jantung.. :)

luahan

sambil menunggu org tu balik dari main badminton, mari update blog kejap. malam-malam ni kat rumah semua orang dah tidur kecuali saya. so sambil-sambil wat teaching aids, berchatting di facebook, saya pon merepek lah di sini.

sedang mengenangkan nasib sebagai seorang guru. dengar2 bajet2013 tadi..ade sedikit senyuman terukir di bibir..cewah. tgh pikir duit tu nk buat ape...kikiki. baik simpan untuk masa hadapan lagi bagus kan? sekarang duit nak kena bajet2. nilai wang sekarang macam kecik je. RM50 mcm 5ringgit....5 ringgit mcm 5posen...haha yela sebabnya tak sedar beli ape tapi duit kejap je habis.

tapi sejak bekerja ni alhamdulilah, banyak benda yang saya inginkan dari dulu boleh dapat dengan mudah.sebabnya ada duit sendiri. so nak beli apa, beli lah..dulu tengok orang beli barang mcm2, tapi saya tak mampu, sebab tak de duit. sekarang dah ada duit pon rasa syg plak nk belanja.huhu tp bukan kedekut tau. tetap saya kongsikan duit gaji tu kepada mereka yg saya sayang..gembira bila dapat gembirakan orang lain.

rasanya cukuplah gaji yang saya dapat setakat ni. mmg harapkan gaji tiap2 bulan je. belum terniat nak buat apa2 yang bole menjanakan pendapatan. tugas seorang guru ni pon bukannya mudah. tak terbawak jika bnyak sangat nak kejar.. tugas sebagi isteri n ibu lagi..masyaAllah...sangatlah besar tanggungjawab itu.

mudah2n Allah berikan saya kesabaran,, sabar  yang sangat2 sabarr untuk menghadapi sebarang ujian dan cabaran.

Monday, September 24, 2012

back to old school

esok akan kembali ke sekolah lama. setelah beberapa tahun meninggalkan sekolah. SDPB here i come!
 
gambar hiasan :P

Saturday, September 22, 2012

name pon dah minyak wangi..

 Holla! saya menjadi penggemar minyak wangi sekarang.heehuu. banyak tak koleksi minyak wangi saya? :)
actually yang dalam gambar ni ialah minyak wangi dari Smart Collection yang untuk dijual.cehh jadi saudagar minyak atar plak dah...hihi well nak buat macam ne kan..sejak dua menjak ni suka sangat dengan bau-bauan wangi ni.
so picture di bawah ni ialah minyak wangi Escada. ada sembilan jenis escada you all..i dah rambang mata..macam nak beli semua je.huhu tak de untung ler macam tu.kuikui


selain escada ada jugak jenama lain macam kenzo, lacoste, gucci, raph lauren, burberry DKNY, juicy couturen, bvlgari...wangi-wangi gak muanya.name pon dah minyak wangi kan. :D

 

contoh bentuk botolnya..minyak wangi ni 18 ml..haih kalau boleh nak upload satu2 gambar minyak wangi ni.tapi tak terlarat banyak sangat..hehe just saja nak kasi u all cuci2 mata.berminat pm saya..cewwwahh!!

Sunday, September 9, 2012

siapalah saya

sekarang bila dah jadi guru..org akan kenali diri kita.esp ibu bapa, org kg n masyarakat setempat. saya ditegur oleh seorang pakcik yang saya tidak kenali.tapi bila dia memperkenalkan dirinya..barulah saya tahu. tak sangka ada org yang tahu saya ni anak si____ adik beradik dengan si _____. kawan rapat abah saya lagi. kadang tu de ibu bapa tegur Cikgu Zulaikha. erm terharu gak. sebab sebelum-sebelum ni siapalah diriku ini...cewaahh. dari zaman sekolah lagi, saya bukanlah pelajar yang hebat. kalau jumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah ajar saya mereka tak kenal pon saya ni.lainlaa kalau saya ni budak perfect score.huhu kena kenalkan diri dulu, alaa saya sama batch dengan A (budak perfect score) baru cikgu ingat.err, tak salahkan cikgu gak,, cos ramaai dah anak murid yang cikgu ajar.mungkin saya pun nanti macam tu jugak suatu hari nanti.huhu

kesimpulannya, saya nak jadi cikgu yang baik dan ikhlas mengajar murid-murid saya. saya sedih bila tengok keadaan rumah anak-anak murid saya yang lemah ni. bila rumah ibarat pondok, suasana belajar tidak kondusif, macam manalah mereka ni nak belajar dengan baik. saya harap dapat berikan pendidikan yg berkualiti di sekolah kpd ank2 murid sy.

Monday, September 3, 2012

udah-udah le tu

kenapalah ye..since dari zaman belajar dulu sampai sekarang ni da bekerja pun ade org suka sangat  membanding-banding kn course/profesion yang kita pilih.

masa zaman u..de org ni suke sangat pandang sebelah mata budak yang amik course di fakulti sains sosial.tanak ah mention student dari faculty mana kn,,lu pikir lah seniri. even bila dah masuk KPLI pon..antara course perguruan pon ada yang suka membandingkan n berlaku ketidakpuasan hati :P

bila dah jadi cikgu lagilaa..sy tatau lah nape ada org pertikaikan keikhlasan seorang guru. apa-apa pon kerja kenalah ikhlas.bukan cikgu je kena ikhlas.semua kerja kena buat dengan ikhlas jadi barulah rezeki tu berkat betul tak?

saya tanak condemn sesiapa. cuma terfikir...mungkin sifat manusia suka membanding-banding.buat perbandingan.haishh...org ni kalau belajar comparative literature mesti lulus A++++ lah!!! huhu tetibe teringat course Literature in English saya masa belajar di UKM dulu. :)

Saturday, August 25, 2012

lebaran tahun ini

selamat hari raya semua! sedar tak sedar dah seminggu beraya.sedar tak sedar dah lama tak berupdate blog nih.huhu tak de mood laa nk blogging sekarang. asik tak sempat jer.kadang tu de je idea nak tulis ape kat blog nih. tapi kemalasan sudah samp tahap dewa.tu sebab tak berupdate blog nih..kihkih

macam ne raya you all? besst tak? alhamdulilah raya tahun ni saya dapat beraya dengan orang ke3...hihi jgn disalah erti kn orang ke3 tuu...org ke3 tu anak saya lah. :) tahun lepas berdua je. tahun ni dah bertiga..tahun depan??hehe sape tahu? hanya Allah saja yang tahu. 

so. inilah dia pic kami pada hari raya pertama...theme raya kami...biru..nak ckp biru pe ye...baby blue kot. :D seronok Azid dapat duit raya banyak...ngeee~ mummy nye dah lama tak dapat wet raya...kena kasi duit raya sekarang.hehe tapi tak pelah...raya setahun sekali.

okehla..di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri,, maaf zahir dan batin kepada semmuaaa kawan-kawan, saudara-mara yang mengenali saya.kawan-kawan yang saya sayang lagi rindui...entah bila boleh ketemu lagi.ex-SDPB ex-UKM ex-KPLI...Atiqah, Husna, Nadhrah, Puteri, Zila, Yatt, Ayin, KK, Kak Mek erm semua sekali lah...mmg sy rindu sangat2 mereka.harap boleh macam dulu lagi..jempot lah raya datang ke rumah.

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan al Mubarak

Alhamdulilah bertemu kali ini di bulan Ramadhan.
Selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Saturday, July 14, 2012

keputusan kemasukan u dah pon keluar hari Jumaat yang lepas. erm teringat dulu-dulu masa nak semak keputusan masuk u..ada sedikit berdebar sebab tak tahu nak dapat u mana. yang pentingnya konfirm lah tak dapat course pendidikan sebabnya tak dapat panggilan temuduga.huhu so, 3 pilihan yang teratas tu dah burn la...and da dapat agak lah mesti saya dapat pilihan yg ke-4..UKM. 

dari lepas SPM mmg saya mohon nak course pendidikan tapi tak pernah dapat. after STPM pon sama. bila dpt course Lit in Eng di UKM pon, abah asik tnye nape tak dpt course pendidikan. asik compare je ngan kawan yang dapat course cikgu ni. sedih jugak, tapi nak buat macam ne, tak de rezeki time tu..tp segalanya ada hikmah di sebalik kejadian. Allah akhirnya beri rezeki nak jadi cikgu kat saya jugak. saya rs bertuah dapat belajar di universiti and IPG. alhamdulilah. pengalaman yang sangat best.

tahniah to my sis in law cos dapat UPSI..termakbul juga hajat mak nak tgk Lia masuk UPSI. 

Thursday, July 12, 2012

kerinduan

Ya Allah rindunya saya.

saya rindu nak kembali ke tempat-tempat ini semula.

~ SMK Dato' Penggawa Barat
~ Universiti Kebangsaan Malaysia
~ IPG Kampus Temenggong Ibrahim

rindu masa belajar dulu. tak tahu lagi bila boleh bergelar student. if jadi student lagi pasni, belum tentu dapat seronok2,, and horrey2 macam dulu2. almaklumlah sudah dewasa kan. dah jadi isteri and mummy lagi..taKkaan la nak huhahuha lagi kan. sepatutnya hari ni saya p berkonvo lagi..tapi atas alasan tertentu,, xdpt saya pergi.kalau lah konvo tu dekat Johor je..mesti saya dah pergi.

ps: suatu hari nanti mesti menjejakkan kaki ke sana.

Suri Ru

berakhir sudah cerita Suri.heh,, tak pernah2 tgk cite Melayu di petang hari,, tetiba boleh minat pulak nak tengok citer Suri..boleh la kot cite nye..tak de lah best sangat..happy ending y pnting. sebenarnya minat tengok cite Suri ni sebab lagunya..saya suka dengar lagu sampai ke bintang tu..lagu yang sedang meniti di bibir.hihi en azam hari2 kot dengar saya nyanyi lagu tu..esp part chorus die tu...kdg2 nk tidur kan Azid pon saya nyanyikan lagu tu...hihi

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Tuesday, July 10, 2012

update news

 selesai sudah Cambridge Placement Test hari ni harap-harapnya lulus lah saya test tu.so boleh la saya masuk University Cambridge nanti....puhh33...heheverangan jek lah! sebenarnya CPT tu untuk semua cikgu yang mengajar BI..dibuat secara online.kena jawab dalam masa 30 minit.alhamdulilah tadi sempat jawab semua soalan. boleh lah dijawab soalannya,harap2 dapat markah atas 75..dengar2 kalau bawah dari tu kena p kursus..hehh takmo lah p kursus2 ni.

Saturday, June 30, 2012

librarian

seronok jadi guru library ni..kadang tu mmg lah kerja banyaaak.tapi kalau hati minat kat buku, tentu tak masalah.hehe meh entri ni nak cerciter je pasal library sekolah saya.


 buku-buku di library sekolah.sudah diproses tunggu masa nak keluarkan sahaja..seronok tengok buku2 baru nih. tapi sayang tak de masa nak baca.huhu

 koleksi Enid Blyton yang dulu kecik2 saya tak pernah baca.now dah besar baru  sebok nak baca...huhu

dan ini haa...buku The Baby-Sitters Club, yang Tqah de semua koleksinya tuh..tp kat sekolah saya ade satu je..yang ni dalam bentuk komik. buku BSC ni mmg dalam bentuk komik ke Tqah?

Apa yang saya boleh cakap ttg library sekolah saya ni ialah 'memuaskan' lah. Buku2 pon banyak..biasalah banyak buku cerita, sebab ini primary school library kan..tak sabar nak ajak Azid g baca buku kat library ni..hehe

Friday, June 29, 2012

nite update

sebelum memejamkan mata...i mean tido..saya nak mengarang seberapa pantas yang bole.hihi 

firstly..yeayea! almost done with my essays..5 essays kena buat actually, tapi larat buatkan orang tu 4 je..another one essay i asked her to do by herself lah..takut tak sempat.due date this coming Sunday.ermm sebenarnya boleh siapkan cepat.BUT itu pon klu tak de gangguan dari si kecik.oleh kerana terdpt gangguan and busy menguruskan rumah tangga..ecceeh, hampir sebulan baru nak siap 4 essays ni. camno nak sambung master nih? aiseh...

secondly, i would like to congratulate Atiqah, cos now dia da jadi tunangan orang! jangan nakal2 tau darling..hope berkekalan and berbahagia sampai bila2..insyaAllah.amin.

thirdly..to my beloved friends yang sedang praktikum tu. Husna, Zila and Yatt.Good luck friends! semoga berjaya mendidik anak bangsa dengan jayanya..dont tension2 keh..semuanya akan berlalu sebegitu pantas...phewww! :)

lastly..gud nite everyone..Azid and daddy Azid are now sleeping..now my turn plak nak tdo. orite..want to off my lappy...babai

Friday, June 15, 2012

kids craft

hi blog! 

terasa mood nak blogging hari ni...mari kita teruskan,,sebelum cuti habis...yeahh!

 erm 2 days ago, saya pergi kursus Material Creation for KSSR English Teacher.walaupun dalam cuti, semangat saya pergi tau.huhu before this, time preggy i pergi kursus Jolly Phonics..sampai ade Chinese Teacher tegur, u dulu yang mengandung kan? now dah melahirkan? hehe ye..saya lah tu orangnye..sekejap je kan?

dalam kursus tersebut macam2 idea baru yang saya dapat utk mengajar budak2 ni...cth stick puppet, sock puppet,cup puppet, word wheel, sentence wheel, mini book, circle flip up book...erm macam2 lah..

pic bawah ni adalah contoh stick puppet...comel kan? seronok kalau dapat buat macam ni ngan budak2..cume cikgunyer kena rajin lar...

oleh kerana ada sedikit kerajinan ni, saya pergilah mengoogle utk cari material nak buat stick puppet kononye..dan saya terjumpa website yang sangat2 best and berguna buat cikgu2 sekalian...meh saya share link nye http://www.firstpalette.com dalam website ni, ada macam-macam kids craft yang kite boleh download dalam bentuk pdf.. mmg best, dah terbayang2 aktiviti nak buat sama anak murid nanti..hehe


macam-macam kids craft boleh cari kat sini..bukan untuk cikgu-cikgu je berguna website ni..makbapak pon boleh buat craft ni ngan anak2..contohnya kite buat aktiviti time birthday party anak kite ke...suruh bebudak yang datang tu melukis,mewarna.. pe lagi, try la tengok website ni.. :)


Tuesday, June 5, 2012

nak belajar lagi

assalamualaikum..
entri pertama di bulan Jun. ermm tatau nak bebel apa.tengah dok googling ni..haih..assignments la..well, walaupun dah habis belajar saya kena buat assignment lagi.ish2..orang mintak tolong,, saya ni jenis tak pandai nak menolak,, or say no.. so tolong lah jugak buatkan..walaupun agak susah.kena perah otak semula..baca materials itu ini...haih...ini jadi saya yang belajar semula ni..for the previous assignments yang saya buatkan tu, 2 subjects dapat A and 1subject dpt B..kire oke la tu kan...org yang tengah sarat mengandung punye hasil kerja..kuikuikui. kali ni punye assignment saya kena buat 5 esei. kira ni macam subject Written Comm masa saya ambil di u dulu..huhu,, rindu PPBL...tetiba je. :P tak pe, think positive je..anggap ini sebagai latihan untuk saya untuk sambung master (berangan je) supaya saya tak lupa macam ne nak tulis ikut gaya UKM...haha boleh tak Nurul Atiqah Amran??

Tuesday, May 29, 2012

kapsul


wahh,, apakah benda ini? cer teka, cer teka...hihi

kapsul ajaib ni..besaarr punya. :P


nak tahu apa dia..meh kita sama-sama tengok!
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
TARAAAA!

cermin mata baru! hihi


 kecoh betul..cermin mata baru pon nak tunjuk..

huh! mestilah! dah lama mengidam nak cermin mata baru.

saya bukan orang yang sentiasa buat cermin mata.oleh sebab cermin mata lama dah senget benget and calar balar  barulah saya ganti.tu pon terpaksa..spek yang lama dah kena pijak, dibawa tidur, mandi erm macam2 la..sampai anak murid saya darjah satu pon tegor..teacher, cermin mata teacher dah nak patah..huhu

tengoklah gambar bawah ni..yang kaler purple tu spek lama, yang kaler maroon tu spek baru.


lihatlah perbandingan saya dulu dan sekarang.hihi

3 years ago

sekarang. 2012


amacam geng? de perubahan tak? 3 years ago gambar zaman anak dara..now dah jadi mummy.hihi
 
tak banyak beza pun spek lama dan baru.memang saya minta bentuk spek yg hampir sama dengan yang lama.warna je lain. saya tak berani nak mencuba pattern spek yang lain..mcm tak sesuai je ngan muka ni.huhu FYI, cermin mata baru ni RM300 jenama Lee. boleh diterima lagilah harganya. cermin mata lama RM200 jenama Giordano dulu student price,, tak dapat da lagi harga student ni. saya memang agak berkira kalau beli spek ni.kadang tu kedai taruk harga yang tinggi, padahal spek tak seberapa. hoho 

ok la...mummy nak p tengok anak kat dalam buai sat..sudah bangun ka belum...daa dulu.

ps: ini cermin mata keenam saya.