terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Sunday, September 30, 2012

wordle

saya jumpa aktiviti yang berfaedah utk teaching aids saya. 
 
 
Wordle: save the sea creatures

hai Okto~

live update dari Sanglang~ngeee esok da sekolah.esok dah Oktober..bulan Oktober yang amat sibuk.kursus sana-sini. saya akan jd Mrs. Octopus  la nampaknye..hehe

Saturday, September 29, 2012

sweetheart

terjumpa quotes ni di wall kawan..love this quotes and it's very true. walaupun si Azid tu macam2 karenah dia and bukan senang nak jaga, tapi dialah buah hati pengarang jantung.. :)

luahan

sambil menunggu org tu balik dari main badminton, mari update blog kejap. malam-malam ni kat rumah semua orang dah tidur kecuali saya. so sambil-sambil wat teaching aids, berchatting di facebook, saya pon merepek lah di sini.

sedang mengenangkan nasib sebagai seorang guru. dengar2 bajet2013 tadi..ade sedikit senyuman terukir di bibir..cewah. tgh pikir duit tu nk buat ape...kikiki. baik simpan untuk masa hadapan lagi bagus kan? sekarang duit nak kena bajet2. nilai wang sekarang macam kecik je. RM50 mcm 5ringgit....5 ringgit mcm 5posen...haha yela sebabnya tak sedar beli ape tapi duit kejap je habis.

tapi sejak bekerja ni alhamdulilah, banyak benda yang saya inginkan dari dulu boleh dapat dengan mudah.sebabnya ada duit sendiri. so nak beli apa, beli lah..dulu tengok orang beli barang mcm2, tapi saya tak mampu, sebab tak de duit. sekarang dah ada duit pon rasa syg plak nk belanja.huhu tp bukan kedekut tau. tetap saya kongsikan duit gaji tu kepada mereka yg saya sayang..gembira bila dapat gembirakan orang lain.

rasanya cukuplah gaji yang saya dapat setakat ni. mmg harapkan gaji tiap2 bulan je. belum terniat nak buat apa2 yang bole menjanakan pendapatan. tugas seorang guru ni pon bukannya mudah. tak terbawak jika bnyak sangat nak kejar.. tugas sebagi isteri n ibu lagi..masyaAllah...sangatlah besar tanggungjawab itu.

mudah2n Allah berikan saya kesabaran,, sabar  yang sangat2 sabarr untuk menghadapi sebarang ujian dan cabaran.

Monday, September 24, 2012

back to old school

esok akan kembali ke sekolah lama. setelah beberapa tahun meninggalkan sekolah. SDPB here i come!
 
gambar hiasan :P

Saturday, September 22, 2012

name pon dah minyak wangi..

 Holla! saya menjadi penggemar minyak wangi sekarang.heehuu. banyak tak koleksi minyak wangi saya? :)
actually yang dalam gambar ni ialah minyak wangi dari Smart Collection yang untuk dijual.cehh jadi saudagar minyak atar plak dah...hihi well nak buat macam ne kan..sejak dua menjak ni suka sangat dengan bau-bauan wangi ni.
so picture di bawah ni ialah minyak wangi Escada. ada sembilan jenis escada you all..i dah rambang mata..macam nak beli semua je.huhu tak de untung ler macam tu.kuikui


selain escada ada jugak jenama lain macam kenzo, lacoste, gucci, raph lauren, burberry DKNY, juicy couturen, bvlgari...wangi-wangi gak muanya.name pon dah minyak wangi kan. :D

 

contoh bentuk botolnya..minyak wangi ni 18 ml..haih kalau boleh nak upload satu2 gambar minyak wangi ni.tapi tak terlarat banyak sangat..hehe just saja nak kasi u all cuci2 mata.berminat pm saya..cewwwahh!!

Sunday, September 9, 2012

siapalah saya

sekarang bila dah jadi guru..org akan kenali diri kita.esp ibu bapa, org kg n masyarakat setempat. saya ditegur oleh seorang pakcik yang saya tidak kenali.tapi bila dia memperkenalkan dirinya..barulah saya tahu. tak sangka ada org yang tahu saya ni anak si____ adik beradik dengan si _____. kawan rapat abah saya lagi. kadang tu de ibu bapa tegur Cikgu Zulaikha. erm terharu gak. sebab sebelum-sebelum ni siapalah diriku ini...cewaahh. dari zaman sekolah lagi, saya bukanlah pelajar yang hebat. kalau jumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah ajar saya mereka tak kenal pon saya ni.lainlaa kalau saya ni budak perfect score.huhu kena kenalkan diri dulu, alaa saya sama batch dengan A (budak perfect score) baru cikgu ingat.err, tak salahkan cikgu gak,, cos ramaai dah anak murid yang cikgu ajar.mungkin saya pun nanti macam tu jugak suatu hari nanti.huhu

kesimpulannya, saya nak jadi cikgu yang baik dan ikhlas mengajar murid-murid saya. saya sedih bila tengok keadaan rumah anak-anak murid saya yang lemah ni. bila rumah ibarat pondok, suasana belajar tidak kondusif, macam manalah mereka ni nak belajar dengan baik. saya harap dapat berikan pendidikan yg berkualiti di sekolah kpd ank2 murid sy.

Monday, September 3, 2012

udah-udah le tu

kenapalah ye..since dari zaman belajar dulu sampai sekarang ni da bekerja pun ade org suka sangat  membanding-banding kn course/profesion yang kita pilih.

masa zaman u..de org ni suke sangat pandang sebelah mata budak yang amik course di fakulti sains sosial.tanak ah mention student dari faculty mana kn,,lu pikir lah seniri. even bila dah masuk KPLI pon..antara course perguruan pon ada yang suka membandingkan n berlaku ketidakpuasan hati :P

bila dah jadi cikgu lagilaa..sy tatau lah nape ada org pertikaikan keikhlasan seorang guru. apa-apa pon kerja kenalah ikhlas.bukan cikgu je kena ikhlas.semua kerja kena buat dengan ikhlas jadi barulah rezeki tu berkat betul tak?

saya tanak condemn sesiapa. cuma terfikir...mungkin sifat manusia suka membanding-banding.buat perbandingan.haishh...org ni kalau belajar comparative literature mesti lulus A++++ lah!!! huhu tetibe teringat course Literature in English saya masa belajar di UKM dulu. :)