terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Monday, December 26, 2011

wanita dan kosmetik


wanita di Malaysia berbelanja sebanyak RM2000 sebulan untuk produk kecantikan. setuju? bukan saya yang kata tapi surat khabar Utusan Malaysia hari ni yang kata...huhu 1 amaun yang banyak buat saya yang bekerja sebagai penanam anggur yang berjaya. fikir-fikir balik ada tak sampai 2K sebulan saya berbelanja barang2 kecantikan..erm jawapannya mestilah tidak! tapi kalau dikumpul2 belanja saya untuk produk kecantikan selama ni adalah sampai 2K, maybe lebih!

istilah produk kecantikan bagi saya ialah barang make up, lipstick, foundation, blusher,eyeshadow etc, then set penjagaan wajah cleanser, toner, moisturizer, masker dll...itu tak termasuk produk kesihatan  lagi, vitamin dan segala bagai...huhu saya rasa duit saya mmg banyak habis kt barang2 macam ni berbanding brg pakaian mcm baju, tudung kasut and beg...huhu perempuan perempuann.

lately dok usha-usha dua website ni elf make up and Mary Kay..itu je yang mampu saya buat..nak beli tak mampu....takpe kite aim je dulu..he3

saya memang ada beberapa koleksi elf make up ni, banyak jugaklah..beli di online blog, harga pun berpatutan..beli time ada promotion tu yang syok..hehe brush set die memang best, saya beli dengan harga yang murah!


Mary Kay ni saya pernah cuba dia punya skincare set. harga tu memang bagi saya agak mahal lah..tapi dengar dari member-member yang pakai banyak bagi kesan yang positif..tapi nape saya pakai tak macam tu plak??huhu so i decided jual kt kawan yang pakai MK..maybe sebab i tengah preggy sekarang ni, so pakai apa2 brand pencuci muka memang tak ok..kulit akan kering..so now saya tak pki pencuci muka apa-apa pun. sekarang ni,, just sapu bio serum je kat muka..alhamdulilah time pregnant jerawat tak byk...cume masalah kulit kering je..

so for MK produk ni, saya berkenan kt brg2 makeup die je..sebab kalau produk make up ni saya rasa tak de masalah kot pada kulit ni, as long as make up tak tebal2 and cuci muka sebersih-bersihnya after pakai make up :P

ps: nak try goda en husband supaya dia belikan make up utk saya..haha :P

Thursday, December 22, 2011

my reader's digest


my reader's digest collection for year 2011.start collect mag ni since 2007 if tak silap.sekarang dah nak 2012. saya kena renew subscription for next year..tapi belum renew2 lagi.haha bila la ada masa nak g bank eh.huhu

sekarang ni baru ada masa nak baca semua RD saya. sebelum2 ni tak sempat sangat, just selak-selak and baca story yang menarik aje. sekarang pun dah kurang nak tengok tv.boleh katakan tak minat sangat dah tengok tv..tak tahu kenapa, mungkin blogging and reading lebih seronok kot.ceyy :p

sejak duk asrama memang tak minat dah tengok tv.sebabnya kat asrama tengok tv kena share.tengok tv ramai-ramai macam tak best plak.memang agaknya saya ni bukan hantu TV.

azam tahun baru; nak banyakkan koleksi buku, buat mini library..heheh berangan

ps: Atiqah cepat pos novel saya..dah tak sabar nak baca ni.hehe

Tuesday, December 20, 2011

ayam masak kicap.

Hari ni masak ayam masak kicap.erm first time masak kat rumah MIL tanpa pertolongan sesiapa.he sebelum ni kalau masak di rumah mertua just tolong-tolong memasak je.tapi hari ni oleh kerana ketiadaan beliau,, saya lah yang memasak.hehe gambar tak delah plak..tapi apa yang boleh saya cakap pasal rasa ayam masak kicap tersebut, boleh tahan..and sama je ngan rasa ayam masak kicap yang saya makan sebelum ni.ngee kira jadilah ayam masak kicap saya tu..kuikui...tak delah teruk sangat.heh

haha..entri kali ni cume nak cite pasal ayam masak kicap je.. :P

Saturday, December 17, 2011

drive carefully

selamat pagi sayangs!

ahakss, tetiba nak berjiwang kat blog nih..sajee. :)

harap you all semua sihat lah ye..

alhamdulilah pagi ni saya sihat. (tak tahula tengah hari nanti..he)

mahu berkongsi Quotes:

DRIVE CAREFULLY. WHY DIE IN PERFECT HEALTH?

quote ni menyuruh kite memandu dengan berhati-hati. bwatpenye nk mati dalam keadaan sihat? kalau nak mati biarlah memang betul-betul sakit..haha betul ke?

tapi ajal maut tu semua ketentuan Allah.kita tak tahu kapan kita akan mati, muda, tua, sihat atau pon sakit.

tapi waktu memandu tu janganlah drive laju-laju.ingat orang tersayang dan keselamatan orang lain juga.

ok, renung-renungkan selamat beramal! :)






Friday, December 16, 2011

gift wrapper


bercakap pasal hadiah..hee sekarang ni saya sudah ada tukang sampulkan hadiah yang berjaya.hehe sape lagi kalau bukan en husband saya.memang kalau ada kawan-kawan or sedara mara yang nak berkawin,kami akan belikan hadiah, dan tukang sampulnya ialah beliau lah.sumbangan saya pulak ialah tuu haa yang kecik secoet dalam gambar ni...hihi buat kad ucapan dan tulis sekali.

kalau dulu saya ada Atiqah, yang boleh sampulkan buku-buku saya dengan kemas, sekarang pun ada gak..hehe en azam dia suka menyampul buku gak,, semua komik dia, dia sampul.so, saya nak amek kesempatan ini nak suruh dia sampulkan kesemua novel2 saya.hihi

Thursday, December 15, 2011

today is not Sunday.

hari ini bukan hari Ahad ye kawan-kawan! hari ni hari Khamis..huhu sejak beberapa menjak ni bila dah jadi penanam anggur yang berjaya, kawan-kawan semua berstatus 'hari-hari ialah hari Ahad'..rileks la kawan-kawan, nanti bila dah dapat posting korang akan merindui hari Ahad tu.sekarang ni enjoylah dengan hari 'Ahad' korang tuu..tak pon pergi buat kerja yang berfaedah yang tak membosankan dalam erti kata lain pergi lah cari kerja. :)

saya pulak? tak bosan ke hari-hari? erm setakat ni masih tak bosan lagi.hehe kalau keadaan mengizinkan, lama dah saya cari kerja.kerja apa-apa lah yang penting halalkan?

ps: belajar menjadi suri rumah yang berjaya pon seronok apa. :P

Tuesday, December 13, 2011

life is unpredictable

semalam kita ketawa hari ini kita menangis.esok.................


hari ini kita masih mampu bernafas, esok belum tentu lagi.


Monday, December 12, 2011

di suatu petang

saya tak tahu nak tulis apa, tapi rasa mahu menulis sesuatu yang banyak terlintas di kepala tapi tak tahu nak start cerita dari mana. senang cerita tak de idea nak tulis apa kat blog! haha.

disebabkan terlalu banyak masa di rumah sekarang, jadi masa untuk berblogging dan kebarangkalian untuk berblogging adalah tinggi.hehe so why not kite pot pet dalam online diary ni.ceyy! tak kisah lah you all nak bace ke tak entri merepek saya nih. :)

erm mungkin malam ni saya nak p dating ngan my hubby.semalam punye janji die tak tunaikan lagi..huu so kena tuntut sampai dapat.he seronok la bila da kawen ni, boleh keluar malam-malam which is sebelum ni tak pernah buat.ngee~ if pernah keluar malam pon akan rasa bersalah.tapi jarang lah berbuat demikian.

ps: petang ni saya buat lempeng cicah dengan gula durian n sambal tumis udang..nyummeh! dap tau..



Saturday, December 10, 2011

result sudah keluar

result exam sudah keluar! alhamdulilah lega rasanya bila tengok result tadi.syukur sangat-sangat. tak sangka pun ada.senyum sampai ke telinga :D tak pernah merasa masa zaman di universiti dulu, time di IPG pon jadi lah..kegembiraan dikongsi bersama en suami, dialah orang pertama saya kongsikan kegembiraan ini..dapat kiss sebijik di pipi, dan esok dia nak belanja makan n bawa jalan2.heheh

Syukur ya Allah kau perkenankan doaku..saya redha je jika Allah berikan kepujian pada saya.kerana saya tahu usaha saya tidak seberapa.tapi Allah beri saya lebih dari itu.mungkin Allah inginkan saya lebih berusaha selepas ni, kerana tidak selamanya Dia akan beri kita nikmat seperti ini.Kadang-kadang Allah nak uji kita.jadi kena sentiasa bersyukur dan beringat.

ps: ada yg lebih hebat resultnya dari saya.

Wednesday, December 7, 2011

saya tak pasti jawapannya

sekarang sudah pun selesai segalanya. semalam baru habis temuduga SPP. damn it! saya memang tak dapat nak jawab soalan berbentuk pengetahuan am. huh! saya kira profesor pun belum tentu boleh jawab soalan tu.. untuk kesemua soalan tu jawapan saya, 'maaf tuan saya tak pasti jawapannya'. bayangkan lah kalau dia tanya yang berkaitan statistik. berapa banyak duit yang diberi, berapa bilangan stesen bas then tanya surat pekeliling itu ini...adoii kalau tak baca memang lah tak tahu.huhu tapi kalau tanya soalan berkaitan Falsafah Pendidikan Negara, pasal teaching and isu-isu yang berkaitannya memanglah boleh jawab.memang tak boleh nak expect dia akan soal soalan yang macam tuh! bukan saya sorang jela, kawan-kawan yang lain pun sama.memang dorang cakap soalan intebiu amat susah!

moral of the story~ sila baca surat khabar hari-hari, dari tajuk utama sampailah tajuk kecil2,, termasuk nombor2 tapi bukan nombor ekor.haha take note apa peristiwa yang berlaku setiap hari.

Sunday, December 4, 2011

Hanya Allah yang tahu

sekadar ingin berkongsi rasa bahagia di sini :)

Mummy Zee's Journal

gembira bila for the first time nampak si kecik..

Thursday, December 1, 2011

welcome Disember!

sudah masuk bulan Disember!! wahh sekejap je masa berlalu.sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah bln doblas! saya plak semakin takut nih, sebabnya 6hb 12 ni saya ada interview SPP.hoho dah lah tak prepare sangat.ni haa baru nak cari-cari info sikit. haha. cuak seyh! saya memang tak suka temuduga nih....tapi nak buat macam mana kan. terpaksalah suka tak suka kena suka jugak!

saya dapat rasa lah, bila asik ditemuduga, rasa level of confidence tu ada up sikit.cece. but perasaan cuak tu memang tetap adalah.tapi berbeza la masa dulu2 lepas SPM pergi temuduga.lain benor la..hehe sekarang ni ok sikit kot..kita bantai je nak cakap ape nanti..hihi

beberapa hari ni mungkin agak bizi..kena pergi tolong rewang rumah sedara.tak pergi macam tak sedap plak...lagi satu kalau pergi mungkin ada chance dapat makan NASI AMBENG! kihkih,, saya mengidam sangat nak makan nasi ambeng nih!! then dapat makan nasi minyak.erm nasi minyak ni tak berapa sangatlah. but nasi ambeng yess..i like. :) rupa nasi ambeng seperti rajah di bawah...

nasi ambeng makan dalam dulang ramai-ramai...syok tau!



back to my topic, mcm ne nak prepare utk temuduga nih??huhu

p/s: masa taip line yang last ni saya baru lepas masak..wooo penatnyerrr..sempat ke tak eh nak g rewang? :(