terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Sunday, September 30, 2012

hai Okto~

live update dari Sanglang~ngeee esok da sekolah.esok dah Oktober..bulan Oktober yang amat sibuk.kursus sana-sini. saya akan jd Mrs. Octopus  la nampaknye..hehe

Saturday, September 29, 2012

sweetheart

terjumpa quotes ni di wall kawan..love this quotes and it's very true. walaupun si Azid tu macam2 karenah dia and bukan senang nak jaga, tapi dialah buah hati pengarang jantung.. :)

luahan

sambil menunggu org tu balik dari main badminton, mari update blog kejap. malam-malam ni kat rumah semua orang dah tidur kecuali saya. so sambil-sambil wat teaching aids, berchatting di facebook, saya pon merepek lah di sini.

sedang mengenangkan nasib sebagai seorang guru. dengar2 bajet2013 tadi..ade sedikit senyuman terukir di bibir..cewah. tgh pikir duit tu nk buat ape...kikiki. baik simpan untuk masa hadapan lagi bagus kan? sekarang duit nak kena bajet2. nilai wang sekarang macam kecik je. RM50 mcm 5ringgit....5 ringgit mcm 5posen...haha yela sebabnya tak sedar beli ape tapi duit kejap je habis.

tapi sejak bekerja ni alhamdulilah, banyak benda yang saya inginkan dari dulu boleh dapat dengan mudah.sebabnya ada duit sendiri. so nak beli apa, beli lah..dulu tengok orang beli barang mcm2, tapi saya tak mampu, sebab tak de duit. sekarang dah ada duit pon rasa syg plak nk belanja.huhu tp bukan kedekut tau. tetap saya kongsikan duit gaji tu kepada mereka yg saya sayang..gembira bila dapat gembirakan orang lain.

rasanya cukuplah gaji yang saya dapat setakat ni. mmg harapkan gaji tiap2 bulan je. belum terniat nak buat apa2 yang bole menjanakan pendapatan. tugas seorang guru ni pon bukannya mudah. tak terbawak jika bnyak sangat nak kejar.. tugas sebagi isteri n ibu lagi..masyaAllah...sangatlah besar tanggungjawab itu.

mudah2n Allah berikan saya kesabaran,, sabar  yang sangat2 sabarr untuk menghadapi sebarang ujian dan cabaran.

Monday, September 24, 2012

back to old school

esok akan kembali ke sekolah lama. setelah beberapa tahun meninggalkan sekolah. SDPB here i come!
 
gambar hiasan :P

Saturday, September 22, 2012

name pon dah minyak wangi..

 Holla! saya menjadi penggemar minyak wangi sekarang.heehuu. banyak tak koleksi minyak wangi saya? :)
actually yang dalam gambar ni ialah minyak wangi dari Smart Collection yang untuk dijual.cehh jadi saudagar minyak atar plak dah...hihi well nak buat macam ne kan..sejak dua menjak ni suka sangat dengan bau-bauan wangi ni.
so picture di bawah ni ialah minyak wangi Escada. ada sembilan jenis escada you all..i dah rambang mata..macam nak beli semua je.huhu tak de untung ler macam tu.kuikui


selain escada ada jugak jenama lain macam kenzo, lacoste, gucci, raph lauren, burberry DKNY, juicy couturen, bvlgari...wangi-wangi gak muanya.name pon dah minyak wangi kan. :D

 

contoh bentuk botolnya..minyak wangi ni 18 ml..haih kalau boleh nak upload satu2 gambar minyak wangi ni.tapi tak terlarat banyak sangat..hehe just saja nak kasi u all cuci2 mata.berminat pm saya..cewwwahh!!

Sunday, September 9, 2012

siapalah saya

sekarang bila dah jadi guru..org akan kenali diri kita.esp ibu bapa, org kg n masyarakat setempat. saya ditegur oleh seorang pakcik yang saya tidak kenali.tapi bila dia memperkenalkan dirinya..barulah saya tahu. tak sangka ada org yang tahu saya ni anak si____ adik beradik dengan si _____. kawan rapat abah saya lagi. kadang tu de ibu bapa tegur Cikgu Zulaikha. erm terharu gak. sebab sebelum-sebelum ni siapalah diriku ini...cewaahh. dari zaman sekolah lagi, saya bukanlah pelajar yang hebat. kalau jumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah ajar saya mereka tak kenal pon saya ni.lainlaa kalau saya ni budak perfect score.huhu kena kenalkan diri dulu, alaa saya sama batch dengan A (budak perfect score) baru cikgu ingat.err, tak salahkan cikgu gak,, cos ramaai dah anak murid yang cikgu ajar.mungkin saya pun nanti macam tu jugak suatu hari nanti.huhu

kesimpulannya, saya nak jadi cikgu yang baik dan ikhlas mengajar murid-murid saya. saya sedih bila tengok keadaan rumah anak-anak murid saya yang lemah ni. bila rumah ibarat pondok, suasana belajar tidak kondusif, macam manalah mereka ni nak belajar dengan baik. saya harap dapat berikan pendidikan yg berkualiti di sekolah kpd ank2 murid sy.

Monday, September 3, 2012

udah-udah le tu

kenapalah ye..since dari zaman belajar dulu sampai sekarang ni da bekerja pun ade org suka sangat  membanding-banding kn course/profesion yang kita pilih.

masa zaman u..de org ni suke sangat pandang sebelah mata budak yang amik course di fakulti sains sosial.tanak ah mention student dari faculty mana kn,,lu pikir lah seniri. even bila dah masuk KPLI pon..antara course perguruan pon ada yang suka membandingkan n berlaku ketidakpuasan hati :P

bila dah jadi cikgu lagilaa..sy tatau lah nape ada org pertikaikan keikhlasan seorang guru. apa-apa pon kerja kenalah ikhlas.bukan cikgu je kena ikhlas.semua kerja kena buat dengan ikhlas jadi barulah rezeki tu berkat betul tak?

saya tanak condemn sesiapa. cuma terfikir...mungkin sifat manusia suka membanding-banding.buat perbandingan.haishh...org ni kalau belajar comparative literature mesti lulus A++++ lah!!! huhu tetibe teringat course Literature in English saya masa belajar di UKM dulu. :)

Saturday, August 25, 2012

lebaran tahun ini

selamat hari raya semua! sedar tak sedar dah seminggu beraya.sedar tak sedar dah lama tak berupdate blog nih.huhu tak de mood laa nk blogging sekarang. asik tak sempat jer.kadang tu de je idea nak tulis ape kat blog nih. tapi kemalasan sudah samp tahap dewa.tu sebab tak berupdate blog nih..kihkih

macam ne raya you all? besst tak? alhamdulilah raya tahun ni saya dapat beraya dengan orang ke3...hihi jgn disalah erti kn orang ke3 tuu...org ke3 tu anak saya lah. :) tahun lepas berdua je. tahun ni dah bertiga..tahun depan??hehe sape tahu? hanya Allah saja yang tahu. 

so. inilah dia pic kami pada hari raya pertama...theme raya kami...biru..nak ckp biru pe ye...baby blue kot. :D seronok Azid dapat duit raya banyak...ngeee~ mummy nye dah lama tak dapat wet raya...kena kasi duit raya sekarang.hehe tapi tak pelah...raya setahun sekali.

okehla..di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri,, maaf zahir dan batin kepada semmuaaa kawan-kawan, saudara-mara yang mengenali saya.kawan-kawan yang saya sayang lagi rindui...entah bila boleh ketemu lagi.ex-SDPB ex-UKM ex-KPLI...Atiqah, Husna, Nadhrah, Puteri, Zila, Yatt, Ayin, KK, Kak Mek erm semua sekali lah...mmg sy rindu sangat2 mereka.harap boleh macam dulu lagi..jempot lah raya datang ke rumah.

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan al Mubarak

Alhamdulilah bertemu kali ini di bulan Ramadhan.
Selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Saturday, July 14, 2012

keputusan kemasukan u dah pon keluar hari Jumaat yang lepas. erm teringat dulu-dulu masa nak semak keputusan masuk u..ada sedikit berdebar sebab tak tahu nak dapat u mana. yang pentingnya konfirm lah tak dapat course pendidikan sebabnya tak dapat panggilan temuduga.huhu so, 3 pilihan yang teratas tu dah burn la...and da dapat agak lah mesti saya dapat pilihan yg ke-4..UKM. 

dari lepas SPM mmg saya mohon nak course pendidikan tapi tak pernah dapat. after STPM pon sama. bila dpt course Lit in Eng di UKM pon, abah asik tnye nape tak dpt course pendidikan. asik compare je ngan kawan yang dapat course cikgu ni. sedih jugak, tapi nak buat macam ne, tak de rezeki time tu..tp segalanya ada hikmah di sebalik kejadian. Allah akhirnya beri rezeki nak jadi cikgu kat saya jugak. saya rs bertuah dapat belajar di universiti and IPG. alhamdulilah. pengalaman yang sangat best.

tahniah to my sis in law cos dapat UPSI..termakbul juga hajat mak nak tgk Lia masuk UPSI. 

Thursday, July 12, 2012

kerinduan

Ya Allah rindunya saya.

saya rindu nak kembali ke tempat-tempat ini semula.

~ SMK Dato' Penggawa Barat
~ Universiti Kebangsaan Malaysia
~ IPG Kampus Temenggong Ibrahim

rindu masa belajar dulu. tak tahu lagi bila boleh bergelar student. if jadi student lagi pasni, belum tentu dapat seronok2,, and horrey2 macam dulu2. almaklumlah sudah dewasa kan. dah jadi isteri and mummy lagi..taKkaan la nak huhahuha lagi kan. sepatutnya hari ni saya p berkonvo lagi..tapi atas alasan tertentu,, xdpt saya pergi.kalau lah konvo tu dekat Johor je..mesti saya dah pergi.

ps: suatu hari nanti mesti menjejakkan kaki ke sana.

Suri Ru

berakhir sudah cerita Suri.heh,, tak pernah2 tgk cite Melayu di petang hari,, tetiba boleh minat pulak nak tengok citer Suri..boleh la kot cite nye..tak de lah best sangat..happy ending y pnting. sebenarnya minat tengok cite Suri ni sebab lagunya..saya suka dengar lagu sampai ke bintang tu..lagu yang sedang meniti di bibir.hihi en azam hari2 kot dengar saya nyanyi lagu tu..esp part chorus die tu...kdg2 nk tidur kan Azid pon saya nyanyikan lagu tu...hihi

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini