yayaya! duit nuffnang dah hampir nak mencecah ............... so boleh nak cash out lagi...ngehehehe... boleh masukkan dalam akaun Azid nih :)
Monday, January 21, 2013
Saturday, January 19, 2013
plishhh :)
hollaaaa! selamat berhujung minggu. busy lately tapi try nak update gak.heh sekarang tengah busy nak sediakan segala fail-fail dan isi-isi fail, and teaching materials..fuhh semangat2!!~ kasi saya semangat sket plishhh.. :)
saya nak aim guru cemerlang boleh tak?? ahaha berangan jek dulu. bukan senang kan. tapi yang penting saya ikhlas. pertemuan bersama nazir new deal baru-baru ni banyak memberi saya pengajaran dan ada sesuatu yang saya belajar pada hari tersebut. huuu belajar untuk tidak berbohong, jangan cakap bohong untuk cover, belajar mengaku kesalahan. yelaa ada contoh yang tak betul tak perlu diikut jangan diikut.betol tak??
Monday, January 14, 2013
merepek di pagi hari
bila terjaga and mata tidak mahu lelap, terus capai laptop sebab nak menyudahkan kerja-kerja yang tak sudah. terjaga di tengah malam tu dah biasa.. ini sebab tidurkan si kecik, jadi kite pon tertidur lah. bila bangun mula lah menggelabah itu ini tak siap.huhu nak buat semua esok pagi,, alamatnye kelam kabutlah jadinya.
bangun pagi-pagi ni, banyak perkara terimbau kembali. kenangan-kenangan silam yang dah menjadi sejarah, tetiba mengusik jiwa. itulah namanya kenangan mengusik jiwa..hoho terusik jiwa ni bila teringatkan semula kisah lama. sampai ke hari ni tak dapat nak lupe kan...apekah?? biarlah menjadi rahsiaa..
oke lah tanak merepek panjang-panjang, mahu join bantal peluk and teddy bear saya tidur..gud nite.
Thursday, January 10, 2013
jalan-jalan
walaupun kejadian ini telah berlaku lama di tahun lepas..saya nak gak update! hehe well, ada satu tempat di Perak ni tak sah kalau saya tak pergi dari kecik.hehu...kalau saya datang ke sini sedara saya akan bawa saya berjalan di sini..erm di mana kah??? dulu saya pergi masa kecik, tapi sekarang dapat gi dengan en husband and adik. walaupun adik tak tahu ape. nanti dia da besar saya tunjukkan adik yang dia da sampai ke sini.... hehehe
ahaha....kat mana ni ye? kalau kat area Teluk Intan mana lagi kalau bukan menara condong.nak g menara condong pisa tu memang tak dapat g lah ye..so sini pon okeeyy! :) kami pergi ke sini sebelum berangkat pulang ke Johor. pagi lepas sarapan p cari kopi Che Nah, kat sini mmg top lah kopi ni.and ikan pekasam.then kami ke Teluk Intan, g melepaskan rindu ke menara condong.haha
![]() |
| me, adik, abah and a.Bali (my cousin) |
![]() |
| gambar kenangan di jam menara condong |
![]() | |||||||||
| menara condong Teluk Intan |
seronok jalan-jalan di Perak. kalau jalan-jalan di sini nampak banyak
bangunan n rumah-rumah yang senibina lama2. kat Johor jarang nampak
rumah tradisional. kalau kat Perak banyak.haha jakun!! lagi satu bila
pergi rumah mak sedara saya ni, bab makan memang pergghhh! sedap giloss
lauknya. apa lagi kampung la...memang berseleralah walaupun sehari
semalam jerk..dapat makan yang sedap2! macam nak g lagi je.hehe
erm lepas ni boleh da nak plan cuti-cuti Malaysia..yayy! nak g mana plak ek lepas ni?? :)
Tuesday, January 8, 2013
my teddy bear and bantal peluk
weekend yang menyeronokkan ialah apabila dapat menghabiskan masa dengan keluarga tercintaa.betul tak?? haa dan ini kisah weekend saya yang lepas. walaupun cuma jalan-jalan nengok laut dengan menikmati angin yang sepoi-sepoi tak reti bahasa...hihi best tau. tercapai gak hajat nak jalan2 kat seaside ngn daddy n adik. :)
masa yang diluangkan bersama org tercinta tak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit or intan permata.cewwah.. i love them both! teman2 tidur saya. my teddy bear and bantal peluk.tekalah mana satu bantal peluk, teddy bear saya?? hihi
Saturday, January 5, 2013
santai-santai
assalamualaikum~ nampak tak gambar di atas nih?? hehe ini gambar semalam ( Jumaat ). Aktiviti yang lama saya tak buat...haaa ape kah?? walaupun semalam en suami tak de, tapi saya bertemankan mak abah and Misbah (anak sedara yang macam muka Azid tuu). Actually keluar rumah semalam tujuan utama nak amik buku yang difotostat.hahh alang2 dah ke bandar tu bawak sekali semua mereka yang ada di rumah berjalan. :)
ini aktiviti makan-makan kat tepi laut..sekarang pantai kat Pontian ni dah cantik, banyak tempat duduk, so blh la picnic or makan-makan sambil tengok matahari terbenam.hee hari Jumaat ada pasar lambak or pasar malam. semalam we all beli makanan kat pasar lambak then makan kat sini.
Inilah aktiviti yang da lama saya tak buat...dari zaman sekolah dok asrama, couple, pas kawen..hihi sinilah tempat saya melepak.eh, bukan melepak tempat saya duduk-duduk..hee
kemain lagi si Misbah ni...makan kebab sambil mengadap laut. sebelum tu bawa dia makan Tutti Frutti.haihlaa minggu ni saja dah 2 kali makan tutti frutti...macam tak boleh je tak makan.hehe
orait..gambar ni khas utk daddy yang ta dapat ikut we all semalam...hihi saja nak jeleskan, lain kali bawa kami ke sini ye daddy... we love you so much!! :)
ps: kalau saya tembam sila abaikan..itu kerana tudung yang saya lipat jadi macam tu :P
Friday, January 4, 2013
berhati-hati di jalan raya
saya seorang pemandu yang belum cekap! ahaha..tolong bagi kerjasama pada saya ye. pandu cermat jiwa selamat.dah macam kempen keselamatan jalan raya plak.tapi gambar pemandu duduk kat driver seat jah sambil buat posing poyo, haha takde keje namenye tu...
have a nice day you all.sama-sama kita berbuat baik antara satu sama lain. senyum tak perlu kata apa-apa :))
Thursday, January 3, 2013
corat coret
ini antara tiga perkara yang bermakna buat saya sepanjang tahun 2012 :)
KERJAYA~
alhamdulilah, impian makabah serta hasrat hati yang sekian lama telah tercapai. mungkin saya target untuk lebih dari itu. tapi sebagai permulaan biarlah saya belajar dari bawah untuk menjadi yang di atas.insyaAllah ada rezeki untuk saya juga nanti. ini pun dah bersyukurr sangat. terima kasih kepada semua yang sudi membantu dan mendoakan saya menjadi seorang guru.
PREGGY MOMENT
saat-saat indah yang tidak dapat dilupakan.sehingga kini terasa macam nak ada baby dalam perut lagi :P. saya teringat segala susah payah saya dah incik suami ketika ini. kami masih baru menjalani kehidupan suami isteri, banyak perkara perlu dibaiki dari segi emosi, ekonomi dan macam2 lagi. cuma kata kunci ketika ini ialah sabar dan saling memahami. alhamdulilah, dapat saya lalui semua dengan tenang.
MY FIRST BABY
lahirlah khalifah cilik bernama Muhammad Harish bin Mohd Hazam. tidak ku sangka bayi seberat 2.9kg ini keluar dari rahimku. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya dapat menjadi seorang ibu. Memang pada awal kelahiran, banyak masalah yang saya hadapi tapi alhamdulilah 8 bulan telah berlalu dan saya belajar dari pengalaman. Anak semakin membesar dan keletahnya mencuit hati, saya and suami sangat bahagia dikurniakan si cilik ini.
sekian coretan 2012 saya :)
Wednesday, January 2, 2013
our favourite
antara Tutti Frutti and Snogurt, mana satu pilihan qolbu anda? hehe erm kat Pontian ni dua-dua dah ada tau.maju tak? ngehehe. First, snogurt dulu buka, then baru tutti frutti. Kami benda-benda makanan yang baru mesti nak test pergi kan? First time test snogurt..ermm, bole tahan, tapi en.hubby tak berapa suka. Kami beli 2 mangkuk, main sedap je kan taruk macam-macam topping.kena lah dalam RM20++..huhu takper..kate nak try kan. then pastu lama dah saya tak makan snogurt..tekak ni mengidam nak makan snogurt..sebab ada rasa masam2.
dan tibalah pada suatu hari, ternampak saya pada banner Tutti Frutti akan dibuka berdekatan Marrybrown.hehe apa lagi terus ajak en.husben pergi makan.walaupun tengah hujan, cuaca sejukk,,nak gak Tutti Frutti! kami beli satu mangkuk je, share berdua..erm bertiga sebenarnya.Azid pon nak gak. harga sama je macam 2 mangkuk snogurt..RM20++. tapi rasanya nyummmehh! sedap. maybe cos combination yang sedap.coklat+vanila+kiwi.letaklah topping2 yang patut. tapi puas hati makan. next time nak try strawberry, mango, grape flavour lak...ngee. :)
sedapp! nampak tak Azid macam tak sabar naa nak makan. Daddy dia sorang2 je posing senyum tengok ke kamera...haha puas hati makan. Tutti Frutti! kami akan datang lagi.. yeayy!
ada lagi makanan kegemaran kami. selalu gaduh2 Cool Blog lagi sedap dari Each A Cup..hehe ok, en hubby suka chocolate blog, Cool Blog.saya plak tak suka.saya suka Choc Ice Blended, Each a Cup punye sebab EAC punye choc ice blended lebih manis berbanding choc blog yang agak pahit.. so kalau pergi Cool Blog, en.hubby akan order Chocolate blog, saya plak suka honeydew or corn flavour.lagi best. :)
Tuesday, January 1, 2013
teacher Siti yang garang kembali!
RPH-done baju siap gosok, beg tinggal kemas sikit-sikit..almost DONE. so sekarang ni tinggal nak tidur je. nak tidur awal sepuas-puasnya tanpa gangguan.lepas ni memang kena bangun awal lah..sebab nak g sekolah kan. tak boleh lah cikgu nak datang lambat. nanti anak murid pon ikut datang lambat.hee. well, semangat gak ni nak masuk mengajar. harap-harap di hari pertama persekolahan berjalan lancar. jangan lah datang en PPD..saya malas nak entertain awak.keh....datang lain kali. sebab first day at school saya nak wat aktiviti yang light2 je dulu untuk anak murid saya. datanglah time saya tengah buat aktiviti yang menarik lagi gempaQ...haha okey you all...nite, assalamualaikum~
semua nak baru
lalalala~
tahun baru blog pon nak kena baru gak..hihi
masih nak adjust2 lagi ni...hope you all like it.
selamat membaca entri-entri di blog saya.
inilah Ziha's World.
:)
2013
assalamualaikum..
selamat datang tahun baru 2013! alhamdulilah bertemu kita di tahun baru 2013..berkesempatan juga saya mengupdate blog di tahun baru ni..maksudnya dah masuk tahun kelima lah saya menulis blog ni.tak sangka! hehe masih mengekalkan konsep "sukahatiakunakceritaapa" dalam blog ni. In shaa Allah, semoga diberi peluang untuk terus menulis sebagai pengisian masa lapang ttg diari kehidupan seseorang yang bernama Ziha.ecehh.
tahun baru ni saya mengharapkan dapat jadi seorang yang baik. dah baik jadi lebih baik.lebih baik dan lebih baik. ANAK, IBU, ISTERI, CIKGU YANG BAIK.Semua yang terbaikk lah..hehe inshaaAllah.semoga dipermudahkan.dalam menjadi seseorang yang baik di mata manusia, semoga saya juga akan menjadi hamba Allah yang baik juga dalam menggalas segala tanggungjawab.Aminn
![]() | ||||||
| pic from google image |
happy new year you all!
Subscribe to:
Posts (Atom)



















