alhamdulilah...alhamdulilah...semalam genaplah umur saya 26 tahun. dan genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. terima kasih kawan2 yang mendoakan di facebook. tak sangka saya,, walaupun saya tak berapa aktif di FB tapi masih ada kawan2 yang sudi wish besday saya.thank you so much friends.
so, apa hadiahnya untuk si birthday gurl (gurl ke?) and anniversary yang kedua? hee tak de pe2 sangat.cume celebrate kecil2n bersama family. itu saja. semoga perkahwinan kami kekal selamanya dan sentiasa dirahmati Allah. bertambahnya usia ku, diharapkan bertambah segala-galanya, ilmu, iman, amal dsb (tambah lemak di badan tanak! haha)
ps: next month birthday azid, next next month birthday my hubby...ngeeee~
Wednesday, March 13, 2013
Saturday, March 2, 2013
tak sanggup
Gambar yang dikongsikan oleh kawan di FB, buat saya terfikir..HUH, masyarakat sekarang. Gini ker?? Susah nak cakap, tapi kalau nampak budak kecik, baby kena dera ke...tak sanggup nak biarkan. kesian. Lebih baik selamatkan budak tu dari rakam video. Tapi kalau nampak orang kena tikam berkali-kali depan mata kita macam mana ek? apa yang boleh kita buat?? Nak jadi hero, nanti diri seniri terkorban. mungkin kena fikir kan cara lain yang lebih selamat utk menyelamatkan mangsa time tu.
Monday, February 25, 2013
doaku
Doa ku panjatkan untuk insan2 yang tersayang,
Buat Dia yang ku sayangi~
penyakit yang dulu datang lagi. tapi aku harapkan ia cepat pergi.
Ya Allah, kau sembuhkanlah dia.kuatkanlah semangat dia untuk melawan sakit itu. Aku sayang dia, sayang dia sangat-sangat..
Dia #insan yang lain#
Aku ingin kau berubah..berubah untuk kebaikan. jangan lakukan lagi kesalahan silam. bangkit untuk menebus segala kesalahan. jangan biarkan orang di sekeliling mu menangis dan mempunyai perasaan benci terhadapmu. berubahlah. Zaman kanak-kanak kita penuh keriangan, tiada benci. penuh kasih-sayang. Aku rindu saat itu. Doaku agar kau sentiasa dilindungi Allah.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Friday, February 22, 2013
curhat di pagi hari
HI YOU ALL! terjaga pagi2 buta @ 4 am ni.terus update blog ye...hehe bukan ape, laptop already da buka.so membebel sekejap sambil memakai masker mary kay nih.ahakss..seriously, lama gilerr x berupdate blog nih, ecehh. banyak nak cite sebenarnya. time cuti CNY yang lepas macam2 gambar nak dikongsikan.hehehe tapi rasa macam dah basi plak.keh tak pe, tengoklah macam mana nanti :P
satu luahan perasaan untuk dikongsikan :
saya masih terngiang2 lah,, bila ada orang cakap saya guru tak berwibawa. mungkin dia dalam nada bergurau, tapi cara dia cakap tu macam dia tak tahu saya yang sebenarnya. tak bermakna kalau guru tu nampak relaks dia tak de kerja, kerja kena buat sampai tengah2 malam baru boleh dikatakan berwibawa..padahal cikgu tu gunakan masa di sekolah untuk siapkan tugasan..so di rumah boleh fokus masa untuk keluarga..sedih tau ble dia cakap macam tu.padahal setiap hari saya memikirkan anak murid saya n cara mengajar yang seronok dan berkesan untuk mereka..sebab saya nak memberi mereka pengalaman yang berharga sewaktu pnp..
ok lah...malas sedey2! nanti pagi nanti g sekolah...bekerja seperti biasa.senyummm tak sabar nak jumpa anak murid saya. :)
Wednesday, February 6, 2013
Pis Malaysia :P
sekarang sangat menjengkelkan dengan perkhidmatan Pos Malaysia.huh... kawan saya Helwa kirim CD 3 minggu baru sampai..majalah RD saya mintak dari awal tahun bulan 2 baru dapat Januari punye issue,, saya pos borang pemotongan gaji utk PTPTN da sebulan, tadi tanya officer dia, tak receive lagi borang yang saya pos tu..
kenapa ek? sekarang ni surat-surat and parcel tak sampai cepat.walaupun guna pos laju, then surat dekat sebulan pos pon tak dapat lagi? WHY?? arghh tension di situ.malas nak buat banyak kali kerja.malas nak kerja pos-mengepos ni.huh
Sunday, February 3, 2013
what is bw??
i'm blogwalking again! seronoknya jumpa kawan-kawan baru. erm teringat zaman masa di u dulu. kihkih.. okey, salam perkenalan dari saya tuan punya blog,, buat pengunjung blog ini sekalian..thank u singgah sini. :)
Friday, February 1, 2013
sebab tengok sinetron
saya bukanlah peminat drama yang tegar, sampai setiap slot drama kat tv3 n tv9 tu saya nak tengok semua.haha tapi ada lah beberapa drama yang saya layan sampai tak boleh miss kalau tak tengok kat tv...hihi tapi yang penting bukan cite el & zain tuuu....masa tak sesuai plak kan nak tengok time maghrib...kalau ditayangkan pkul 4 ke..bole la layankn,kuikui...
hoke2...sebenarnya nak cite yang saya suka tengok cite ni. Debunga Lalang. sape suka tengok gak.sila hangkatt tangan kowrang. :) aiyooo...jahat betulkan mak dia ni. Wan Odah2....hehe ada gak mak kandung yang jahat macam ni. sampai sekarang saya tertanya-tanya apahhall lah si Wan Odah ni mencik sangat ngan anak dia tu..huh ni yang kena tengok sampai episod terakhir ni. :D
and lagi satu..he. sinetron Bayu Cinta Luna. ye2. saya tahu kadang cite Indonesia ni agak menjengkelkan. tapi tatau nape saya layan gak cite ni petang2. dulu masa ditayangkan kt SCTV, (rumah memang dapat semua siaran tv indon) tak tengok pon cite ni.sebab heronya mcm tak kacak. he tapi bila tengok cite ni kat TV9, baru perasan Bayu tu,, hensem gak.hihi Cite ni pasal percintaan Bayu dan Luna..so macam2 jenis penjahat lah yang kite boleh tengok dalam cite ni..kadang tengok cite ni terpikir gak,,, ada ke orang sejahat tu?? erm belum pernah jumpe lagi setakat nih. :P
keminatan saya terhadap sesuatu drama siri di televisyen ada lah disebabkan: 1) lagu tema drama. kalau saya dengar suatu lagu tu...automatik dia menarik minat saya nak tengok cite tu. cth yang lama, drama Suri, slot Azalea, lagu Asmidar, Mimpi ke Bintang..sampai ke last episod saya tengok.sama gak ngan Debunga Lalang ni. lagu Di Kalung Kasihan, Imran Ajmain you alls...syahdunya lagu dia.
2) jalan cerita yang best. of course la kan, kalau jalan cerita yang best mesti menarik orang nak tengok kan??
Kesimpulannya, kalau tanak terikat melekat menonton drama melayu/ sinetron indonesia,, jangan start tengok dari episod awal....he kalau tak, yang tak hantu sinetron pon jadi hantu. macam saya hihi
ps: dulu Helwa kate muka saya macam,,Bunga Citra Lestari tu yang saya nak tengok cite Bayu Cinta Luna. nak tengok celah mana yang sama mukanya tu.ekekekeke!
yang atas tu BCL yang bawah BCTA.sila definisi kan sniri.haha
Thursday, January 31, 2013
sentapan pagi
terjaga pagi2 macam ni....sentap tetiba RPH tak siap lagi!! arghhhh! baju pon tak gosok! arghhh! ini gara-gara tertidur time tidurkan Azid.haha padan muka. selalunya macam tu lah.. tidurkan anak, mak nya tertidur sekali. tapi siap dah RPH.baju..errr.sok pakai je baju y takpayah di iron..senang.hihi now time to update blog sat before February menjelma...sekejap je kan dah nak february??
ape lagi kan, kalau dah online malam2 macam ni tak buka FB and blog? itu sajelah rutin i bila da online. hehe jengah2 blog kawan, stalk2 fb orang...haha tak bleh blah stalk fb orang....tak de kje lettew! kihkih..stalk fb orang bermaksud 1. p tengok gambar and wall kawan2 yang menarik 2. p tengok gambar and wall orang yang pernah meruntun qalbu saya. perrgggghhhhh! ayat tak boleh blah. ehehe..tapi memang itu pn sebenarnya. saya pon tak paham kenapa bila kita tak suka orang tu, semakin kita nak tahu pasal kehidupan dia..tapi saya bukanlah mengganggu ke apa.tapi sekadar ingin tahu..itu saja. saya manusia baik :)
itu saja kot. kesimpulannya jadilah manusia yang baik dan tak mengganggu hidup orang lain.he tibee je kan? oklah nak sambung tidur...ade beberapa jam saja lagi untuk bangun semula, and siap2 g sekolah...bubyyee!
Tuesday, January 29, 2013
make up remover idaman qalbu~
saya dah jumpe make up remover idaman qolbu saya! hihi kalau singgah watson tak sah kalau tak beli wet tissue, facial tissue dan yang sewaktu dengannya..memang akan dibuat stock dalam almari.dah macam ape dah almari solek tu..haha hantu tisu.
bagi mereka yang suka bermekap..memang inilah peneman setianya. wet tissue ni memang satu barang yang wajib ada dan dibawa ke mana-mana. yelah sebabnya bila berjalan, kita nak solat, senang nak tanggalkan mekap. so kat sini nak ceritalah, satu produk ni yang rasanya orang pon ramai dah review mende ni. cume saya je yang jakun, nak review gak!
bercerita dulu tentang kisah sebelumnya,, sebelum2 ni saya memang tercari-cari wet tissue yang sangat-sangat berkesan utk tanggalkan mekap pada bahagian mata. antaranya ialah wet tissue biore ni.memang sangat berkesan lah. senang je tanggal sekali sapu. tapi kan harganya agak mahal lah...kuikuikui....kalau beli satu pack macam ni, tak sampai seminggu dah habis kalau hari-hari pakai.dalamnya ada berapa pieces je.
ahhaaa! but then, suatu hari ni tergerak lah nak try make up remover maybelline ni..so belilah satu yang berharga RM9.90. mati-mati selama ni saya ingatkan yang kaler biru tu adalah design botol dia mmg mcam tu.rupanya dia minyak+air so tak boleh campurlah. seriously, memang senang gilerr nak tanggalkan mekap bahagian mata n bibir..tak payah nak tenyeh kuat2..uhuhuhu..tak elok sebenarnya tenyeh2 kuat2 ni..esp bahagian mata. kena lembut2 je. so kadang tu memang tak sabar nak cepat and make up degil tanak tanggal, tertenyeh kuat gak..huhu. tapi sekarang ni bila dah ada make up remover yang ni, tak perlu lagi kot nak tenyeh2 kuat2...sekali sapu je dah boleh hilang mekap bahagian mata tu..then baru boleh cuci muka dengan pencuci muka...barulah muka bebas bersih dari kekotoran! ecewaah. :)
![]() | |
Saturday, January 26, 2013
long weekend
happy weekend! cuti hari sabtu ahad isnin! hihi....tapi sekarang tengah demam plak.harap2 boleh cepat baik dan boleh g jenjalan :)
Monday, January 21, 2013
nuff again
yayaya! duit nuffnang dah hampir nak mencecah ............... so boleh nak cash out lagi...ngehehehe... boleh masukkan dalam akaun Azid nih :)
Subscribe to:
Posts (Atom)







