kenapa saya suka berbloging? tetiba nak tulis entri pasal nape saya suke berblogging nih..sedar tak sedar dah masuk tahun keempat blog nih. tapi saya start berblogging tahun 2008 kalau tak silap. tu pun sebab ade course masa kat u dulu suh create blog. so, start dari situ saya tahu cane nak blogging ni.
orang kata saya rajin betul berblog nih..saya pon tak terkata apa lah, sebabnya memang suka, nak buat macam ne.dengan cara ni mungkin saya rasa lebih gembira dapat luahkan perasaan sy. erm tapi sebenarnya bukan lah rajin saya saya berbloging ni.sekarang ni saya berbloging bila ada masa je, tak macam dulu lagi.tapi minat tu masih ada.dan tak kan padam. dengan cara berbloging ni lah saya dapat memahat memori indah sy..cehhh. :P
blog ni memang dah masuk tahun ke4. tergerak nak buat entri pasal blogging ni bila tengok pada bilangan entri yang saya hasilkan pada setiap tahun. sila rujuk angka di bawah or kat sidebar pon ade.
2012 (20)
2011 (160)
2010 (239)
2009 (106)
tahun 2010 entri yang dihasilkan adalah sebanyak 239 entries. tahun lain-lain tu dalam seratus lebih je. erm kenapa ek tahun 2010 tu banyak betul saya menulis entri? tak sempat pulak nak buat kajian...hehe tapi saya rasa masa tahun 2010 ni, saya final year kat u..so ketensionan membuat tesis dari awal tahun telah bermula, so apa-apa yang mengganggu fikiran saya mungkin saya luahkan di blog. almaklum saje lah, tinggal sorang kat bilik, then wireless pon laju masa kat kolej dulu. zaman muda remaja, banyak benda nak ditulisnya.semua perkara yang dibuat nak di 'share' satu dunia. tapi bila fikir-fikir balik seronok zaman tu.
saya suka berbloging kerana (macam nak buat slogan pertandingan plak)
- dapat meluahkan perasaan (mostly perasaan gembira, duka sikit-sikit je)
- dapat share sesuatu dengan kawan-kawan (perkembangan diri, aktiviti harian, kegemaran dll)
- dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru
- dapat tambah pengetahuan bila baca blog orang lain
- dapat tahu update kawan-kawan yang berjauhan
- dapat duit dari nuffnang.he3
so far,tu je kot sebab saya suka berblogging nih.mungkin faktor utama sebab saya suka merepek..hehe saya suka menulis kat blog nih. rasa release tension bila dapat menulis di blog. tak kisah lah ada orang baca ke tidak kan. tapi sebenarnya saya rasa ada gak kawan-kawan and sedara-mara yang membaca blog ni. sebab bila jumpa dorang macam tahu-tahu je perkembangan diri ini.cewah. cer mereka-mereka yang membaca blog ni say halu-halu kat saya ni...tahulah saya, yang anda sebenarnya 'stalker' saya.hehe perasan.
No comments:
Post a Comment