terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Sunday, March 31, 2013

mencari peplum


ahaah! tajuk tak boleh blah. mencari peplum.acaner nak sebut peplum ni??? 'pay-plum' (read fruit-plum) or 'peh-ploom'...haha. watever lah. tapi yang penting you all tahu kan baju peplum ni macam ne. saya taklah gila sangat kat baju peplum ni. tapi hari tu ternampak kawan pakai baju peplum yang sangat cantik. taklah ketat, labuh plak tu, kain dia wavy2 gitew. chantek banget. so, terhengen la gak saya nak buat baju raya. acewahh, semenjak dua menjak ada tailor a.k.a auntie yang pandai menjahit baju pesen2 ni.kikiki hantar je design...mesti dia boleh buat punyerr. upah jahit pon tak mahal you all...RM28 jerk. so far memang dah hantar baju kurung Pahang and baju kurung moden, dan auntie jahit memang memuaskan. :D

kawan saya yang baik hati telah buatkan saya design baju yang dia pakai hari tu...so saya nak namakan design baju ini sebagai Peplum Sopan.. :D suka-suki ku jerk!


actually kain dia kembang...cantik, barulah kembang semangkuk, mangkuk! haha
 


okayy...ini satu-satunya baju peplum yang saya ada. suka gak ngan baju peplum ni, walaupun design dia pada bahagian perut tu agak kembang-kembang, tapi sebenarnya dapat menutup masalah kebuncitan perut.haha walaupun perut saya ada bunc** sedikit, tapi tak berapa nampak sangat dengan baju peplum ni, nampak perut saya flat jerk...ahaaiiii :)

Friday, March 29, 2013

Mummy Zee's Journal

lama tak update blog Mummy Zee's Journal...you all sudi-sudikanlah menjenguk blog i yang tak seberapa tu ye :)

Thursday, March 28, 2013

sakit kaki, tangan & mulut

ibu mana yang tak risau bila anak kesayangan sakit. huhu. dua hari yang lepas (Selasa) Azid demam, pada mulanya ingat cuma demam biasa, so saya dan husband cuma beli ubat demam di farmasi. tapi dah perasan ada bintik-bintik merah pada kaki Azid, ingat tak teruk.lama kelamaan bintik2 tu bertukar jadi biji2 besar yang berair. lama-lama makin banyak di bahagian lutut dan tangan. Malamnya pulak Azid tak dapat tidur n badan panas sangat.huhu  esoknya (Rabu) kami hantar ke klinik and doktor sahkan Azid kena sakit tangan, kaki dan mulut..huhu

selama ni cuma dengar je penyakit ni. tak tau macam na nak blh dapat sakit ni, cara nak cegah, etc. So, ada sedikit info yang saya dapat hasil saya menggooggling.. you all yang tak da anak pon kena baca gak ni, mana lah tahu nanti suatu hari bila da ada anak,, or anak2 orang lain ke..jadi tahulah sikit macam ne cara-cara nak mencegahnya. saya baca dari website ini

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
  • Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu



Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan
sekarang demam Azid dah kebah. semalam dah bawa Azid berurut, jadi malam tadi memang dia dapat tidur lena, berbanding semalam2nya. mmg tak boleh tidur. cuma sekarang Azid kerap merengek, tak tahu dia nak apa. doakan ruam2 di badan Azid hilang.

Wednesday, March 27, 2013

Program Motivasi Pelajar SKPK 2013


lagi update Program Motivasi Pelajar yang lepas~ahaa baru dapat gambar..so nak upload lah di blog ni. erm bila last saya dengan ceramah motivasi ya? seingat saya last sekali masa saya form 6. dah tak ingat dah siapa masa penceramah tu.hehe masa tu saya nak STPM, so haruslah sekolah buat program motivasi utk pelajar2 nya..

dan setelah sekian lama, barulah dapat dengar ceramah motivasi + bertemu dengan org yang hebat=Prof Izzi. walaupun kali ni saya bukanlah pelajar lagi,, tapi banyak ilmu yang saya dapat, khususnya sebagai seorang guru dan juga ibu bapa. meh saya kongsi kan sikit tips yang saya dapat khas untuk ibu bapa.

Cara Mendidik Anak ada 4 tahap
  • Tahap 1 (Lahir-7tahun)- lebih mesra & gurau senda
  • Tahap 2 (8-14 tahun)- berdisiplin & bersistematik
  • Tahap 3 (15-21 tahun) -mendidik dengan sifat kawan. 
  • Tahap 4 (21 tahun ke atas) -memberi kebebasan bertindak
  •  
6 sokongan ibu bapa untuk kejayaan anak dalam peperiksaan
  • Sokongan kerohanian
  • Sokongan fizikal
  • Sokongan masa
  • Sokongan emosi
  • Sokongan motivasi
  • Sokongan kewangan
SMART
S- Sedia
M- Motivasi
A- Awal
R-Rajin
T - Tawakal

Pelajar 3A ialah pelajar yang mempunyai Akademik, Akhlak & Agama

~ harap ilmu yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan bersama

Aksi Prof Izzi yang mencuit hati namun berkesan

Prof Izzi menandatangani buku pelawat
Cekgu cekgi bergambar bersama Prof Izzi
Pendedahan buat Azid, semoga menjadi pelajar yang cemerlang :)
Si bulat Azid..datang sekejap je, sebab pastu balik ngantuk nak tdo...hehe

Tuesday, March 26, 2013

heartbreak

janganlah anda memutuskan hubungan tanpa memberitahu alasan.bagitahu apa alasan sekali pun, walau pun si dia tidak dapat menerima alasan tersebut, sekurang-kurangnya anda memberitahu.tidaklah menjadi tanda tanya sampai bila-bila.

huiyyo! tetiba jadi dokter cinta plak. lupa radio mana yang saya dengar. tapi ada iklan dari retis mana tah yang cakap seperti di atas. hihi not exactly macam ayat di atas laa, tapi isinya begitulah..

huu...sedih..sedih..sedih (ton upin ipin)..so you guys yang sedang hangat bercinta, masuk kan ini sebagai prinsip cinta kamu. apa pon yang terjadi, beritahu perkara yang sebenar.berilah alasan kenapa nak putus...it's ok as long as u tell the truth.. time will heal.but not for those who didn't get the reason..ralat.titik.



berkata benar walaupun perit.

Sunday, March 24, 2013

kenangan yang tidak dapat dilupakan


mood : sebelum jadi basi baik hapdet cecepat! :D


aha! ini saya nak cerita skit pasal peristiwa yang berlaku semalam. semalam Jabatan Penerangan Negeri Johor telah menganjurkan program motivasi untuk sekolah angkat (iaitu sekolah kamilah! he) dan telah menjemput Prof. Izzi untuk menyampaikan ceramah motivasi buat murid-murid. Masya Allah, sungguh bersemangat beliau menyampaikan ceramah. Sangat seronok. banyak input-input yang berguna diperoleh oleh murid-murid dan ibu bapa.

personally, saya rasa bertuah dapat bertemu  motivator yang hebat seperti beliau. seorang yang ceria, smart dan sentiasa bergerak pantas dan cergas. buat saya rasa kagum dan ingin menjadi seperti beliau.(pergh, pasni turun naik tangga ke kelas dengan pantas ye cikgu ziha, baru boleh kurus..errkk!) erm bayangkanlah selepas je Prof Izzi beri ceramah di sekolah kami (Pkul11.30 am) terus dia drive balik ke KL utk program Da'i live pkul 6 @ TV3, begitu padat jadual beliau kan. Petang tu saya tengok prof di TV3,, perh..memanglah hebat beliau ni.

murid-murid, guru-guru, wakil jbtn penerangan dan ibu bapa bergambar bersama prof izi.

sessi bergambar..pheww ramai yang nak bergambar ngan prof..akhirnya dapat jugak kami bergambar dengan beliau.

haha..tetiba rasa indu plak kat Prof Izzi, nak dengar ceramah beliau lagi.hehe if you all like FB and follow twitter Prof, ada beliau upload gambar masa program motivasi di sekolah kami. :)

bukan senang nak jadi orang yang hebat,, tapi bersama dengan orang yang hebat membuatkan saya juga nak jadi seorang yang HEBAT!

RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL! (Bak kat Prof Izzi)
 

Saturday, March 23, 2013

petua hilangkan tahi lalat baju

saya rasa dah lama sangat nak update pasal entry ni,,tapi tak terhapdet2...sementara tengah berkobar-kobarsemangat nak menghapdet blog ni....mari ki data teruskan.yeaaahh!

ini entry pasal satu petua...wahhh sejak jadi ibu2 ni ken,, keluar segala petua ala-ala ibu.haha ini sekadar perkongsian ye you all...saya baru tahu. maybe you all di luar sana dah lamaa tahu. saya dapat tahu pon dari en.suami. haa cepatlah! ape petua nyer tu????

masalah: baju anak saya banyak na tahi lalat..jadi tak molek la kan, baju cantik2 tapi penuh tahi lalat. faktor utamanya ialah anak saya banyak air liur meleleh...org jawa cakap ngences...so, bahagian paling kotor ialah pada bahagian  dada.

ha senang je..1. rendamkan baju dalam air panas mendidih +clorox

2. angkat baju yang direndamya,, (hati2 pegang pakaian tu..klu boleh pakai sarung tangan,,jgn wat aksi spt suami saya.tangan die tebal kot.haha) & berus pada bahagian yang banyak tahi lalat tue.

3. masa berus tu curahkan sekali air panas tadi dan teruskan memberus..berus dan berus sampai hilang tahi lalat tue..


4. then siap berus, bilas bersih2 & sidailah. :)


serius cakap, ada baju anak saya yang dah standard  kain buruk boleh hilang segala tahi lalat & da macam baru. so tak jadi buang baju lama Azid,, masih cantik dipakai. so you all jangan lupa mencuba.

Thursday, March 21, 2013

our beloved son

assalamualikum semua..tetibe malam ni terasa nak update. waa mood tengah ade ni..Jom2x! blogging.. :P

tema malam ni ialah pasal anak. anak adalah anugerah ilahi yang tidak ternilai. so, kite sbagai parents ni kena jaga baik2 anak tu. baru tadi tertengok pasal semanis kurma tajuk bibik oh bibik..tak baik betul maid tu sengaja susu kan anak majikan dier. komen saya, erm maid kita tak kenal kan asal usul dia macam ne. jadi biarlah anak kita tu dapat susu ibu seniri.melainkan kite kenal ibu susuan tu,, sihat dan baik2 saja..kita nak berikan yang terbaik utk anak kan? macam anak saya, ibu susuan dia ialah kakak saya seniri. Azid pgil kakak saya umi dan suami dia walid. So, Azid ada mummy + daddy and umi +walid..he

sekarang azid dah pandai macam2..antaranya :

  • amik segala benda yg macam henpon letak kat telinga konon2 tengah tepon.
  • pandai tunjuk and tengok ke arah objek yg selalu die dengar mcm, gmbar kak Sumayyah, bird, cat, fan, ball, lizard..mcm2 lg.
  • da berdiri tanpa bantuan dan cuba utk melangkah setapak.
  • nampak orang sembahyang and angkat tangan macam berdoa.
  • pandai tengok kartun..kartun kegemaran Upin Ipin.hehe
wahh macam2 lagilah gelagat azid ni. seronok bila dapat tengok Azid dah pandai macam2.sekejap je masa berlalu..bulan depan Azid dah nak setahun..wee,,semoga menjadi anak yang baik,soleh ye sayang.

Monday, March 18, 2013

we want the best

Ya Allah berikanlah yang terbaik buat kami.

Semoga keputusan yang dipilih adalah tepat dan terbaik.

Friday, March 15, 2013

about us

i love him very much.

thanks a lot abang.

* kesusahan mengajar erti kesabaran, kesetiaan dan kebahagiaan

Wednesday, March 13, 2013

happy birthday to me & happy second anniversary Izam Ziha.

alhamdulilah...alhamdulilah...semalam genaplah umur saya 26 tahun. dan genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. terima kasih kawan2 yang mendoakan di facebook. tak sangka saya,, walaupun saya tak berapa aktif di FB tapi masih ada kawan2 yang sudi wish besday saya.thank you so much friends.

so, apa hadiahnya untuk si birthday gurl (gurl ke?) and anniversary yang kedua? hee tak de pe2 sangat.cume celebrate kecil2n bersama family. itu saja. semoga perkahwinan kami kekal selamanya dan sentiasa dirahmati Allah. bertambahnya usia ku, diharapkan bertambah segala-galanya, ilmu, iman, amal dsb (tambah lemak di badan tanak! haha)

ps: next month birthday azid, next next month birthday my hubby...ngeeee~

Saturday, March 2, 2013

tak sanggup


Gambar yang dikongsikan oleh kawan di FB, buat saya terfikir..HUH, masyarakat sekarang. Gini ker?? Susah nak cakap, tapi kalau nampak budak kecik, baby kena dera ke...tak sanggup nak biarkan. kesian. Lebih baik selamatkan budak tu dari rakam video. Tapi kalau nampak orang kena tikam berkali-kali depan mata kita macam mana ek? apa yang boleh kita buat?? Nak jadi hero, nanti diri seniri terkorban. mungkin kena fikir kan cara lain yang lebih selamat utk menyelamatkan mangsa time tu.

March~

It's March! can't waiitt o...our second anniversary and my birthday....hehe