terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Thursday, March 28, 2013

sakit kaki, tangan & mulut

ibu mana yang tak risau bila anak kesayangan sakit. huhu. dua hari yang lepas (Selasa) Azid demam, pada mulanya ingat cuma demam biasa, so saya dan husband cuma beli ubat demam di farmasi. tapi dah perasan ada bintik-bintik merah pada kaki Azid, ingat tak teruk.lama kelamaan bintik2 tu bertukar jadi biji2 besar yang berair. lama-lama makin banyak di bahagian lutut dan tangan. Malamnya pulak Azid tak dapat tidur n badan panas sangat.huhu  esoknya (Rabu) kami hantar ke klinik and doktor sahkan Azid kena sakit tangan, kaki dan mulut..huhu

selama ni cuma dengar je penyakit ni. tak tau macam na nak blh dapat sakit ni, cara nak cegah, etc. So, ada sedikit info yang saya dapat hasil saya menggooggling.. you all yang tak da anak pon kena baca gak ni, mana lah tahu nanti suatu hari bila da ada anak,, or anak2 orang lain ke..jadi tahulah sikit macam ne cara-cara nak mencegahnya. saya baca dari website ini

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
  • Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu



Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan
sekarang demam Azid dah kebah. semalam dah bawa Azid berurut, jadi malam tadi memang dia dapat tidur lena, berbanding semalam2nya. mmg tak boleh tidur. cuma sekarang Azid kerap merengek, tak tahu dia nak apa. doakan ruam2 di badan Azid hilang.