selepas pilihan raya pon, masih ramai lagi orang yang share di facebook, perkara-perkara yang berbaur fitnah. mana nak percaya pon tak tahu lah..si parti A kata macam ni, si parti B cakap macam ni,,, A tuduh B yang buat,,, B tuduh A yang buat.... haih pening betul,, tatau nak percaya yang mana.
saya bukan jenis yang suka percaya seratus peratus apa yang di share. dan saya baca semmuaa yang berkaitan. tidaklah berpihak kepada satu parti saja. baca dua2 baru dapat buat perbandingan..tidaklah nampak berat sebelah, tanak nampak seperti bodoh sombong,, cakap bergegar2 tapi rupanya fakta yang di bawa tu salah....huhu
tapi alhamdulilah saya punyai ibu yang mampu merasionalkan saya sesuatu perkara dengan hujah yang begitu islamik. walaupun mak tidaklah berpelajaran tinggi, tapi setiap kata-katanya umpama penawar yang mampu mengubat hati. apabila mendengar penjelasan mak, barulah saya lega dan faham kenapa sesuatu perkara tu terjadi.. saya suka bercerita dengan mak segala apa yang berlaku di fb, dan apa saja yang dikongsikan di fb... mak lah pendengar setia. jika melibatkan ttg sejarah politik negara dulu2, langsung saja saya bertanyakan pada mak....mak ade jawapan...huhu
mak memang sangat memahami setiap apa jua masalah anaknya. apa yang mak rasa anaknya betul, mak akan bela or back up,,, tapi kalau mak rasa anaknya salah, mak takkan back up, malahan mak beri nasihat...dari kecil saya memang rasa sangat bertuah kerana punyai ibu seperti dia. everyone should say, My mother is the bessstt mother in the world!!!
2 comments:
betul tu.. Hurm balik kampung PRU13 bukan nak balik mengundi pun. Just nak curi peluang cuti jumpa ngan Ma kat kampung hoho...
Cara Buat Blog Lebih Mesra SEO
Selamat Hari Wanita, Ibu!
hoho...bile lg kn nk blik kg selain hari raya? pilihan raya pon bollehh.
:)
Post a Comment