terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Saturday, March 17, 2012

fulus

duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit.

:(

hai bila nak dapat gaji ni kan. agak tensen di situ sebab dah lama tak shopping. dah start verangan nak beli macam-macam ni.hihi oh gaji cepatlah masuk..jangan kau tak masuk bulan ni...dah 3 bulan kot. surat SPP dah dapat, segala dokumen2 sudah diserahkan ke kerani..kalau tak dapat gak bulan ni tak tahulah kan nak cakap ape, terpaksalah encik suami sapot lagi..he3

ps: cuti dah tinggal esok je...bersiap sedia lah ke sekolah! yosshhh...!!

Friday, March 16, 2012

blog oh blog!

kenapa saya suka berbloging? tetiba nak tulis entri pasal nape saya suke berblogging nih..sedar tak sedar dah masuk tahun keempat blog nih. tapi saya start berblogging tahun 2008 kalau tak silap. tu pun sebab ade course masa kat u dulu suh create blog. so, start dari situ saya tahu cane nak blogging ni.


orang kata saya rajin betul berblog nih..saya pon tak terkata apa lah, sebabnya memang suka, nak buat macam ne.dengan cara ni mungkin saya rasa lebih gembira dapat luahkan perasaan sy. erm tapi sebenarnya bukan lah rajin saya saya berbloging ni.sekarang ni saya berbloging bila ada masa je, tak macam dulu lagi.tapi minat tu masih ada.dan tak kan padam. dengan cara berbloging ni lah saya dapat memahat memori indah sy..cehhh. :P

blog ni memang dah masuk tahun ke4. tergerak nak buat entri pasal blogging ni bila tengok pada bilangan entri yang saya hasilkan pada setiap tahun. sila rujuk angka di bawah or kat sidebar pon ade.

 2012 (20)
2011 (160)
2010 (239)
2009 (106)


tahun 2010 entri yang dihasilkan adalah sebanyak 239 entries. tahun lain-lain tu dalam seratus lebih je. erm kenapa ek tahun 2010 tu banyak betul saya menulis entri? tak sempat pulak nak buat kajian...hehe tapi saya rasa masa tahun 2010 ni, saya final year kat u..so ketensionan membuat tesis dari awal tahun telah bermula, so apa-apa yang mengganggu fikiran saya mungkin saya luahkan di blog. almaklum saje lah, tinggal sorang kat bilik, then wireless pon laju masa kat kolej dulu. zaman muda remaja, banyak benda nak ditulisnya.semua perkara yang dibuat nak di 'share' satu dunia. tapi bila fikir-fikir balik seronok zaman tu. 

saya suka berbloging kerana (macam nak buat slogan pertandingan plak)


  • dapat meluahkan perasaan (mostly perasaan gembira, duka sikit-sikit je)
  • dapat share sesuatu dengan kawan-kawan (perkembangan diri, aktiviti harian, kegemaran dll)
  • dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru
  • dapat tambah pengetahuan bila baca blog orang lain
  • dapat tahu update kawan-kawan yang berjauhan
  • dapat duit dari nuffnang.he3
so far,tu je kot sebab saya suka berblogging nih.mungkin faktor utama sebab saya suka merepek..hehe saya suka menulis kat blog nih. rasa release tension bila dapat menulis di blog. tak kisah lah ada orang baca ke tidak kan. tapi sebenarnya saya rasa ada gak kawan-kawan and sedara-mara yang membaca blog ni. sebab bila jumpa dorang macam tahu-tahu je perkembangan diri ini.cewah. cer mereka-mereka yang membaca blog ni say halu-halu kat saya ni...tahulah saya, yang anda sebenarnya 'stalker' saya.hehe perasan.

Thursday, March 15, 2012

my flowery heart

lagu apakah yang akan membuatkan hati anda berbunga-bunga seperti rajah di bawah? hehe
 

kalau saya,, lagu yang akan buat hati saya berbunga-bunga or macam berada di sebuah taman sambil kelopak-kelopak bunga rose jatuh dari langit ialah lagu Terukir di Bintang by Yuna..kamu pulak??
 
Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



waah lots of flowers in this entry uh! :)

dan rangkap lagu yang selalu terukir di bibir saya ialah seperti di bawah :


Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

erm saya selalu dengar lagu ni pagi-pagi time nak g sekolah @ radio Suria FM. so layan jiwang sekejap.heheh. and saya jugak selalu nyanyikan lagu ni untuk encik husben. dan die kata suara saya nyanyi sedap, tapi kalau tak nyanyi lagi sedap...caittt! :P

kesimpulannya,lagu yang mendamaikan amat penting untuk membuatkan jiwa anda berasa tenang dan bersemangat untuk menjalankan tugas setiap hari.kira macam terapi la.




Wednesday, March 14, 2012

mahu ketenangan hati

tahniah buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga. setiap tahun, setiap masa ramai kawan-kawan yang mengakhiri zaman bujang. saya dah lepas, lepas ni turn bestfriends saya pulak. tak sabar nak tunggu mereka join the club.haha tapi yang masih mencari lagi tu, usah putus asa, jodoh pertemuan di tangan Allah. bersabarlah dan berdoa banyak-banyak.mungkin Allah nak berikan jodoh yang terbaik buat kamu, janganlah bersedih kalau belum berpunya. insyaAllah suatu hari nanti akan bertemulah dengan jodoh anda.
nak kawen ni pun bukan mudah. banyak cabaran sebelum dan selepas. tapi saya nak cerita dari sudut positif jela ek..saya pon baru setahun berkahwin, banyak lagi nak kena belajar.tapi so far, saya rasa bahagia sangat bila ada dia di samping saya. rasa ada yang melindungi dan rasa selamat. walau di mana kita berada, dia mahu kita berada dlm keadaan selamat. so apa-apa hal  kena inform dia selalu supaya dia tak risau. walaupun kadang-kadang kita rasa benda tu biasa dan tak perlu diberitahu pon xpe..huhu


the best thing, kita boleh ceritakan apa sahaja pada pasangan. boleh berkongsi masalah..tak macam time bercouple, kita ade batasannya.bila da berkawin tu de tempat mengadu dan bermanje :P bab bercerita story mory  ni memang saya suka..kadang benda yang merepek2 pun ade..hehe..cuma kena tahu gaklah,, tak semua benda boleh cerita pada suami..ade benda or cerita yang suami tak suka nak dengar. depends la dengan pasangan masing-masing. macam encik suami saya tak suka dengar kalau cerita yang nak memburukkan orang, dalam perkataan lain mengumpat.haha biasalah pompuan kan....eh tak2x...tak semua perempuan macam tu.

suami saya selalu pesan..jangan asyik tengok pada keburukan/kelemahan orang lain, tapi tengok pada keburukan/kelemahan diri sendiri. bila dia cakap macam ni je kat saya,, tak jadi saya nak gosip2 dengan dia...haha

kesimpulannya you all, berkawinlah spt mana yg dituntut oleh syara'..supaya kita sentiasa dapat ketenangan dan dirahmati Allah.berhati-hati juga ketika memilih pasangan. :)

Monday, March 12, 2012

12 March again!

happy birthday untuk diri sendiri and happy anniversary to us,, zam & ziha. sekejap masa setahun tu kan.. and dah nak dapat baby pertama pun insyaAllah..

bila dikenang-kenang kan balik, time ni saya memang tengah sibuk melayan tetamu yang datang, or tengah sibuk make up untuk bersanding plak.seronok and happy je masa tu tengok kawan-kawan and sedara mara datang.thanks a lot ye. :)

saya mengharapkan kebahagiaan saya bersama encik suami akan berkekalan selama-lamanya.saya ingin bahagia bersamanya.

terima kasih juga kawan-kawan yang wish birthday kat saya di FB and personally to my hp...so sorry tak dapat nak balas yang kat hp..credit dah habis tempoh..tenkiu2 so much, and I LOVE YOU ALL. :)

Friday, March 9, 2012

makcik kecoh dapat check!

betul lah saya nak kata Nuffnang itu wujud....hehe.sebab? sebabnya semalam dah sampai dah check dari encik Nuffnang.heh..saje je kan nak cash out kan duit,, test-test power sikit.betul lah ada!kihkih..ni yang boost up kan semangat saya ni...nak berblogging sepenuh masa.haha 


ye, saya tahu saya memang kepoh..padahal blogger lain dah banyak kali kot cash out kan duit mereka...beribu-riban lagi..saya ni ha jee yang berapa ratt je.. :P i dun care lah, yang penting dapat duit begitu sahaja, nyambil2 blogging kan.adalah gak pekdahnye..hihi sekarang ni nak tunggu duit yang di FB plak..heheh..cukup je duit cash out terus,, tak yah tunggu-tunggu.boleh buat soping barang mekap! oopss! sekarang barang mekap perlu dikurangkanlah..sebab nak ada baby, kita fokus kat barang baby plak. :)

okeh di sini ini saya mengucapkan :

THANKS NUFFNANG

lain kali bagi lagi ye :) thanks juga kepada pengunjung blog ini yang sudi berkunjung kat blog yang tak seberapa ni.

Monday, March 5, 2012

adududuuuu~

penat dan mengantuklah! tak de mood nak buat RPH..huhu tolonglah...sangat tak larat.sehari kalau tak dapat tidur siang, malam otak tak dapat berfungsi dengan baik..so jalan penyelesaian, kemas-kemas barang untuk esok dan g terus masuk tido..gud nite you all...

ps: it's march already..cepatnye masa berlalu....setahun suda.

Saturday, February 25, 2012

Q&A

Q : boyfriend sekolah mana? satu sekolah ke?
A : boyfriend tak sekolah lagi dah kerja.

time ni waktu belajar kat sekolah, specifically waktu form 6..kawan-kawan akan bertanya boyfriend sekolah mana..satu sekolah ke..kebanyakkan dan kebiasaannya time-time ni bercouple dengan-dengan kawan2 satu sekolah ataupun dengan kawan-kawan sekolah lain.senang cerita bercouple dengan budak sekolah jugak. tapi saya tak.huhu 

Q : boyfriend 'U' mana?
A : dia tak belajar di U.

bila dah masuk universiti plak, pertanyaannye lain plak.bf belajar u mana? Ooo..kebanyakkan kawan-kawan time ni, couple dengan kawan se'u' masing-masing, tak pun bercinta dengan mereka dari u lain..erm, budak universiti kena couple dengan budak universiti jugak ke? 

Q : suami kerja di mana? cikgu kat sekolah mana?
A : kerja di Pekan, bukan cikgu...technician.

ahaa..ini soalan the latest yang saya dapat..dah jadi cikgu pon..eh tak, masa praktikum lagi pon dah dapat soalan macam ni..kalau cikgu kena kawin dengan cikgu jugak ke?

hehe..macam-macam la kan..biasalah kita tidak boleh lari dari kebiasaan n timbullah pertanyaan macam ni..sebab saya lari sikit dari kebiasaan..haha ape yang aku merepek nih??  biasanya..selalunya..adakah anda juga melalui keadaan macam saya? mesti ada jugak kan?

Friday, February 24, 2012

tidak susah

saya melihat kesusahan ini sebagai kebahagiaan..pada pandangan orang lain, ianya kesusahan. tapi bagi saya tidak. sebab bila kita sabar dan redha semua kesusahan seolah-olah tidak terasa. biarlah apa pandangan orang.yang penting saya bahagia dengan hidup seperti ini.lebih suka mengamalkan pepatah Melayu yang berbunyi, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. saya harap mereka faham. walaupun mereka  tak faham..akan ada yang memahami, jadi berceritalah dan mengadu masalah itu.insyaAllah hati jadi lebih tenang.

Wednesday, February 22, 2012

buat masa ni

malas.penat dan tak larat.

tapi blogging saya sempat. :P


blog ku sayang

hi blog! saya rindu awak! lama betul tak update awak ye.saya sangat penat lately.nak taip pon tak larat tau...ini taip sambil baring-baring atas katil..punyelah malas dan tak larat..tapi semangat nak berblogging tu masih ada lagi..haha caiyokk ziha! saya dah samapai ke tahap malas nak update status di Facebook..yeahh, ini mungkin disebabkan faktor saya sudah matang..haha dulu masih zaman remaja dan kanak-kanak lagi, so rajinlah mengupdate status..

ehh, tidak lah macam tu sekali...bukan sebab dah matang or rasa diri dah dewasa..kadang tengok de je makcik-makcik and pakcik-pakcik tu rajin betul update status..layan fb.pergghh kalah orang muda-muda macam I.hihi entahlah mungkin sebab malas dan rasa tak de pe yang menarik untuk di share kan dengan kawan-kawan. tapi sebenarnya saya selalu je on fb tu..cume jarang update status,upload gambar and komen2...saya just jadi stalker je..ada yang menarik minat saya, saya komen lah.hehe

oleh itu, sesiapa yang merindui saya,cehh ada ke? datanglah jenguk-jenguk saya di blog ni..insyaAllah blog akan sentiasa di update..sebab saya sayang blog saya.hihi

Monday, February 13, 2012

esok start mengajar betul-betul..haha

salam~
 uii   rasa lama tak mengupdate blog..haih.rasa idea nak blogging sebelum ni macam-macam.tp bila da mengadap laptop nih hilang semua. pejam celik-pejam celik dekat sebulan da saya posting kat sekolah baru..but baru dapat jadual hari ni..fewww, kawan-kawan yang sama posting dengan saya second day dah buat RPH terus..so saya ni baru nak warm up lah kiranya.hehe lama betul berehat dari buat lesson plan ni..so harap-harap sok segalanya akan berjalan dengan lancar P&P saya.ermm sebelum-sebelum ni masuk kelas just relief je.mengajar jugak tapi mengajar subjek lain..contoh macam hari ni, terpaksa ajar B.Arab and P.Islam..sampai budak pon konpius tadi, saya ni sebenarnya ajar apa...sebab kadang masuk kelas dorang ajar BI, then ajar B.Arab plak...mane tak nye dorang pening..haha...so sekarang ni dah dapat jadual waktu mengajar sendiri..saya akan ajar bahasa Inggeris tahun 1, 2, 3...semua sekali 28 waktu..pengsann tengok jadual saya tadi..tapi nak buat macam ne,, i follow je..ok la, nak p siapkan lesson plan..ohh KSSR!