terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Monday, May 28, 2012

tepon tangan

handphone oh handphone!
kenapa? handphone anda rosak kah, Pn. Ziha? (sekarang pki pn, dah x cik lagi :P)
taklah..sajee nak cakap pasal handphone kali ni.
siapa pengguna handphone tegar..sila angkat tangan!! fuyyoohh! ramai betul yang angkat tangan..adik, kakak abang, makcik, pakcik semua angkat tangan. :P


sebenarnya apa yang ko nak cakap ni Ziha?? straight to the point je lah.. well, sebenarnya saya nak menceritakan sedikit masalah saya dengan handphone ni..ouhhh tolongg2! haha dah mula merepek dah..

problem saya berbunyi macam ni:

saya selalu mengabaikan handphone saya.kalau orang kol kadang tu dekat sejuta kali saya tak angkat pon.sebabnya handphone akan diletakkan di tempat di mana2 yang saya tak tau.then tak de kuasa nak kol balik orang yang kol kite tu.teruk kan? saya bukan jenis handphone sentiasa di tangan. nama je telepon tangan,,tapi tak sentiasa di tangan..abis di mana? di kaki ke?? selalu kena marah dengan boyfriend saya dulu sebab asik tak angkat telefon...kadang tu bukan apa, tak dengar dia kol,or tertido or handphone dlm bilik saya kat ruang tamu..macam tula..then bila selalu minta maaf kat bf sebab selalu xangkt tepon, maaf saya dah tak laku..selalu beno berlaku kejadian seperti itu.but now my boyfriend a.k.a husband dah lali sangat..if i xangkat kol die, dia xkn marah dah...buang karen je marah.hihi

at last, saya buat conclusion, orang yang sentiasa tangan pegang handphone, or cant live without their hp ialah orang yang sedang 'hangat bercinta'..siapa setuju angkat tangan!! tak setuju pergi main jauh2..haha itu dari pengamatan saya lah..sebab da banyak kejadian saya saksikan begitu.. :P saya bercinta gak, tapi tgn tak sentiasa berkepit dengan hp..erm, mula-mula tu yelaa, tapi lama2 bercinta dah tak selalu calling2..msg2 ada lah...calling2 jarang..tunggu ada free kol selama seminggu bila time birthday je..baru kol puas2..HAHAHA! tp alhamdulilah jodoh kami kuat sampai sekarang.. :)

saya juga tak suka kol orang.saya lebih suka msg dari kol. unless ada betul2 perkara penting and terpaksa saya telefon orang tu baru saya telefon. teruk kan? kadang tu saya akan suruh orang telefon kan utk saya.erm masalah tak? sorry friends kalau terasa, tapi tak bermakna saya tak telefon you all saya lupa sama kamuorang..sbab you all sentiasa di hati. :)

fakta lain tentang saya dan handphone
1. saya boleh hidup tanpa kredit di hp selama berminggu-minggu.(well, msih pakai prepaid)
2. tak suka pakai hanphone screen touch..sgt mengjengkelkan.haha
3. mula pakai hp mahal selepas berkahwin.


ps: handphone bagi saya adalah alat utk menge'kol' and bermesej saja..kadang-kadang utk amik gambar.itu jaa..

Sunday, May 27, 2012

mood terkenang & mengenang


date : 26th May 2012
time : 11.30pm

malam-malam macam ni tetiba terasa nak tulis something kat blog ni. sedang bersama-sama emak menjaga si kecik ni  tidur.. sempat lagi tu tulis blog..gilir-gilir jaga baby..my hubby kerja malam ni.so emak and always memang emaklah yang banyak tolong saya uruskan si kecik ni.

kehidupan saya dah berubah sekarang.. kalau dulu single, then become double and now triple.. me, my husband and baby.. :) sekejap je..begitu pantas masa berlalu.syukur sebab sekarang hidup saya sudah sempurna..alhamdulilah.

bila teringatkan balik kehidupan masa single dulu,esp time sekolah, belajar di universiti and IPG..i really2 miss that moments. really miss my friends and everything that we did together. huu.. kalau dulu saya ada ramai kawan 'kanak-kanak ribena' yang selalu sama-sama saya belajar or stay up untuk exam, tinggal di asrama yang perlu ikut peraturan, then melangkah ke alam u..jumpa kawan-kawan baru..belajar buat assignments sama2..masuk IPG walaupun dah kawen, dapat jumpa kawan2 yang sekepala..walaupun aktiviti di IPG sgt pack, and assignments yg tersgt byk nk disiapkan dalam 1masa...ermm tak sangka semua tu saya dah lalui..tetiba terasa nak menangis bila teringatkan semua tu..memang betullah apa yang pensyarah saya kate dulu. u gonna miss the moment when u're a student.

biarlah kenangan tu sentiasa tersemat di ingatan,,ceyy. now i've my own family..and i'm happy. :) kawan-kawan saya yang lain pun macam saya jugak..yang kawen sama2 dengan saya, mostly melahirkan anak sulung mereka. and tak kurang juga yang baru mendirikan rumah tangga like my beloved friend and cousin. but so sad, i cant attend on their wedding day..cos still berpantang.what to do.huhu

anyway congrats to them. selamat pengantin baru.semoga berkekalan ke akhir hayat. selamat menempuh alam berumah tangga and berbahagialah selalu.
Q & D's wedding. This pic is not complete without me! :P

My beloved cousin, Ayu and  his husband, Eijam.  

Thursday, May 17, 2012

my bidan's birthday

sebelum 17 Mei melabuhkan tirainya.. i wanna wish...

HAPPY BIRTHDAY!!

to my beloved boyfriend, soul mate, husband and currently as my 'bidan'..hehe

love you so much abang..sorry no cake, no expensive gift, no celebration on your birthday.

but i promise u, we'll celebrate my birthday, our anniversary and ur birthday after my confinement period ends.
 :)


ps: our little hero, Harish dah bagi present kat daddy die pagi tadi tepat jam 12 pagi...dengan buang air besar plus kecik sebanyak 3 kali, then kejutkan daddy die bangun tido utk buatkan susu...good boy.hehe

Sunday, April 1, 2012

@ random

~ baru buat satu perenggan dah ngantuk..macam ne nak siap ni assignment ni..hoho.nak2 buat atas katil yang empuk... 

~ nampak pic kek cekelat tadi kat facebook,, teringin la plak nak makan kek cekelat..

~ alhamdulilah kakak kedua saya selamat melahirkan baby boy nye..kakak kedua n ketiga saya dah selamat lahirkan baby masing-masing..tinggal turn saya plak..huu mudah-mudahan saya juga selamat. sok check di klinik lagi.

~ nak memasak pulak. ok bye..

Wednesday, March 28, 2012

bermadah la pulakk.

usah dikenang kebahagiaan orang lain yang tidak pernah membahagiakan kamu..kerana dia kamu kecewa. tapi percayalah kamu sedang meniti bahagia bersama orang yang menyayangi kamu.

mode: rasaterkilanbilatakpernahdiberipenjelasan.

psst: jgn dilayan kemerepekan saya,tapi boleh direnung-renungkan sampai termenung! ngeeee :P

Sunday, March 25, 2012

assignment di hari Ahad

selamat hari Ahad!

adelah seminggu tak update blog..biasalah weekdays sibuk dengan school and macam-macam. jadi tak sempat nak update.minggu lepas ade masa sikit sebab tengah cuti sekolah.now tengah nak amik mood nak buat assignment and kerja sekolah..haii ade assignment lagi ke?? Tteeettt... itu kena tanya cikgu-cikgu yang sambung belajar nak dapatkan DG41..haha.kenapakah saya?


orait! just nak share beberapa keping gambar..lama tak upload gambar saya kat blog nih..cehh. so ni gambar-gambar saya bersama anak-anak saya.hehe Sumayyah and Zinnirah.hehe well actually anak sedara. tunggulah ye sebulan lagi ke insyaAllah saya share pic anak sendiri :) doakan saya.

me and Zinnirah

me and Sumayyah. comel kan Sumayyah pakai tudung?

Saturday, March 17, 2012

fulus

duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit.

:(

hai bila nak dapat gaji ni kan. agak tensen di situ sebab dah lama tak shopping. dah start verangan nak beli macam-macam ni.hihi oh gaji cepatlah masuk..jangan kau tak masuk bulan ni...dah 3 bulan kot. surat SPP dah dapat, segala dokumen2 sudah diserahkan ke kerani..kalau tak dapat gak bulan ni tak tahulah kan nak cakap ape, terpaksalah encik suami sapot lagi..he3

ps: cuti dah tinggal esok je...bersiap sedia lah ke sekolah! yosshhh...!!

Friday, March 16, 2012

blog oh blog!

kenapa saya suka berbloging? tetiba nak tulis entri pasal nape saya suke berblogging nih..sedar tak sedar dah masuk tahun keempat blog nih. tapi saya start berblogging tahun 2008 kalau tak silap. tu pun sebab ade course masa kat u dulu suh create blog. so, start dari situ saya tahu cane nak blogging ni.


orang kata saya rajin betul berblog nih..saya pon tak terkata apa lah, sebabnya memang suka, nak buat macam ne.dengan cara ni mungkin saya rasa lebih gembira dapat luahkan perasaan sy. erm tapi sebenarnya bukan lah rajin saya saya berbloging ni.sekarang ni saya berbloging bila ada masa je, tak macam dulu lagi.tapi minat tu masih ada.dan tak kan padam. dengan cara berbloging ni lah saya dapat memahat memori indah sy..cehhh. :P

blog ni memang dah masuk tahun ke4. tergerak nak buat entri pasal blogging ni bila tengok pada bilangan entri yang saya hasilkan pada setiap tahun. sila rujuk angka di bawah or kat sidebar pon ade.

 2012 (20)
2011 (160)
2010 (239)
2009 (106)


tahun 2010 entri yang dihasilkan adalah sebanyak 239 entries. tahun lain-lain tu dalam seratus lebih je. erm kenapa ek tahun 2010 tu banyak betul saya menulis entri? tak sempat pulak nak buat kajian...hehe tapi saya rasa masa tahun 2010 ni, saya final year kat u..so ketensionan membuat tesis dari awal tahun telah bermula, so apa-apa yang mengganggu fikiran saya mungkin saya luahkan di blog. almaklum saje lah, tinggal sorang kat bilik, then wireless pon laju masa kat kolej dulu. zaman muda remaja, banyak benda nak ditulisnya.semua perkara yang dibuat nak di 'share' satu dunia. tapi bila fikir-fikir balik seronok zaman tu. 

saya suka berbloging kerana (macam nak buat slogan pertandingan plak)


  • dapat meluahkan perasaan (mostly perasaan gembira, duka sikit-sikit je)
  • dapat share sesuatu dengan kawan-kawan (perkembangan diri, aktiviti harian, kegemaran dll)
  • dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru
  • dapat tambah pengetahuan bila baca blog orang lain
  • dapat tahu update kawan-kawan yang berjauhan
  • dapat duit dari nuffnang.he3
so far,tu je kot sebab saya suka berblogging nih.mungkin faktor utama sebab saya suka merepek..hehe saya suka menulis kat blog nih. rasa release tension bila dapat menulis di blog. tak kisah lah ada orang baca ke tidak kan. tapi sebenarnya saya rasa ada gak kawan-kawan and sedara-mara yang membaca blog ni. sebab bila jumpa dorang macam tahu-tahu je perkembangan diri ini.cewah. cer mereka-mereka yang membaca blog ni say halu-halu kat saya ni...tahulah saya, yang anda sebenarnya 'stalker' saya.hehe perasan.

Thursday, March 15, 2012

my flowery heart

lagu apakah yang akan membuatkan hati anda berbunga-bunga seperti rajah di bawah? hehe
 

kalau saya,, lagu yang akan buat hati saya berbunga-bunga or macam berada di sebuah taman sambil kelopak-kelopak bunga rose jatuh dari langit ialah lagu Terukir di Bintang by Yuna..kamu pulak??
 
Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



waah lots of flowers in this entry uh! :)

dan rangkap lagu yang selalu terukir di bibir saya ialah seperti di bawah :


Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

erm saya selalu dengar lagu ni pagi-pagi time nak g sekolah @ radio Suria FM. so layan jiwang sekejap.heheh. and saya jugak selalu nyanyikan lagu ni untuk encik husben. dan die kata suara saya nyanyi sedap, tapi kalau tak nyanyi lagi sedap...caittt! :P

kesimpulannya,lagu yang mendamaikan amat penting untuk membuatkan jiwa anda berasa tenang dan bersemangat untuk menjalankan tugas setiap hari.kira macam terapi la.




Wednesday, March 14, 2012

mahu ketenangan hati

tahniah buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga. setiap tahun, setiap masa ramai kawan-kawan yang mengakhiri zaman bujang. saya dah lepas, lepas ni turn bestfriends saya pulak. tak sabar nak tunggu mereka join the club.haha tapi yang masih mencari lagi tu, usah putus asa, jodoh pertemuan di tangan Allah. bersabarlah dan berdoa banyak-banyak.mungkin Allah nak berikan jodoh yang terbaik buat kamu, janganlah bersedih kalau belum berpunya. insyaAllah suatu hari nanti akan bertemulah dengan jodoh anda.
nak kawen ni pun bukan mudah. banyak cabaran sebelum dan selepas. tapi saya nak cerita dari sudut positif jela ek..saya pon baru setahun berkahwin, banyak lagi nak kena belajar.tapi so far, saya rasa bahagia sangat bila ada dia di samping saya. rasa ada yang melindungi dan rasa selamat. walau di mana kita berada, dia mahu kita berada dlm keadaan selamat. so apa-apa hal  kena inform dia selalu supaya dia tak risau. walaupun kadang-kadang kita rasa benda tu biasa dan tak perlu diberitahu pon xpe..huhu


the best thing, kita boleh ceritakan apa sahaja pada pasangan. boleh berkongsi masalah..tak macam time bercouple, kita ade batasannya.bila da berkawin tu de tempat mengadu dan bermanje :P bab bercerita story mory  ni memang saya suka..kadang benda yang merepek2 pun ade..hehe..cuma kena tahu gaklah,, tak semua benda boleh cerita pada suami..ade benda or cerita yang suami tak suka nak dengar. depends la dengan pasangan masing-masing. macam encik suami saya tak suka dengar kalau cerita yang nak memburukkan orang, dalam perkataan lain mengumpat.haha biasalah pompuan kan....eh tak2x...tak semua perempuan macam tu.

suami saya selalu pesan..jangan asyik tengok pada keburukan/kelemahan orang lain, tapi tengok pada keburukan/kelemahan diri sendiri. bila dia cakap macam ni je kat saya,, tak jadi saya nak gosip2 dengan dia...haha

kesimpulannya you all, berkawinlah spt mana yg dituntut oleh syara'..supaya kita sentiasa dapat ketenangan dan dirahmati Allah.berhati-hati juga ketika memilih pasangan. :)

Monday, March 12, 2012

12 March again!

happy birthday untuk diri sendiri and happy anniversary to us,, zam & ziha. sekejap masa setahun tu kan.. and dah nak dapat baby pertama pun insyaAllah..

bila dikenang-kenang kan balik, time ni saya memang tengah sibuk melayan tetamu yang datang, or tengah sibuk make up untuk bersanding plak.seronok and happy je masa tu tengok kawan-kawan and sedara mara datang.thanks a lot ye. :)

saya mengharapkan kebahagiaan saya bersama encik suami akan berkekalan selama-lamanya.saya ingin bahagia bersamanya.

terima kasih juga kawan-kawan yang wish birthday kat saya di FB and personally to my hp...so sorry tak dapat nak balas yang kat hp..credit dah habis tempoh..tenkiu2 so much, and I LOVE YOU ALL. :)

Friday, March 9, 2012

makcik kecoh dapat check!

betul lah saya nak kata Nuffnang itu wujud....hehe.sebab? sebabnya semalam dah sampai dah check dari encik Nuffnang.heh..saje je kan nak cash out kan duit,, test-test power sikit.betul lah ada!kihkih..ni yang boost up kan semangat saya ni...nak berblogging sepenuh masa.haha 


ye, saya tahu saya memang kepoh..padahal blogger lain dah banyak kali kot cash out kan duit mereka...beribu-riban lagi..saya ni ha jee yang berapa ratt je.. :P i dun care lah, yang penting dapat duit begitu sahaja, nyambil2 blogging kan.adalah gak pekdahnye..hihi sekarang ni nak tunggu duit yang di FB plak..heheh..cukup je duit cash out terus,, tak yah tunggu-tunggu.boleh buat soping barang mekap! oopss! sekarang barang mekap perlu dikurangkanlah..sebab nak ada baby, kita fokus kat barang baby plak. :)

okeh di sini ini saya mengucapkan :

THANKS NUFFNANG

lain kali bagi lagi ye :) thanks juga kepada pengunjung blog ini yang sudi berkunjung kat blog yang tak seberapa ni.