terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Tuesday, April 9, 2013

politikus~

kabarnya pengundi baru tahun ini semakin meningkat. lupa angka yang disebutkan, tapi macam tulah yang saya dengar dalam radio baru-baru ini. pengundi baru tu termasuklah saya dan encik hubby..hehe sangat teruja tahun ini. sebab ini pertama kali saya ingin memangkah dalam PRU.sebelum2 ni ada juga pengalaman mengundi.tapi masa zaman U dulu lah. memang x amik port langsung politik di zaman U dulu. asalkan ku hidup selesa cukup lah..sapa2 menang pon time tu, rasa macam sama jek.haha.

tapi itu dulu. ini sekarang. dari zaman kecik, abah selalu pesan pada kakak. 'ada' lah satu pesanan ini. dan sekarang giliran saya dah boleh mengundi. 'pesanan' itu ditujukan buat saya pula. ermm,, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai warganegara. apa yang diharapkan selepas PRU nanti, manifesto yang dijanjikan tu, ditunaikanlah..jangan menjadi bebanan rakyat pulak.

ishhh..tak pernah-pernah saya bercerita pasal politik ni. selalu saya mengamalkan dasar seimbang. walaupun saya sudah ada pilihan sendiri, namun saya masih mendengar isu-isu kedua-dua belah pihak. sebab kadang tu rasa macam xpham. bosan. at last malas nak ambil tahu.....huhu but tis time, saya kena bijak memilih. :)

fanatik? taksub? janganlah terlalu fanatik pada satu2 pihak. jangan kerana terlalu taksub, sampai menyebabkan perpecahan berlaku antara keluarga, saudara-mara, jiran tetangga. buka mata, berfikir secara rasional kay.jangan mudah terpedaya dengan khabar angin. 

ku pilih Malaysia~tanah tumpah darahku~chentaku di Malaysia~hihihi

No comments: