terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Friday, April 26, 2013

PRU-13 lagi~

bahang PRU-13 semakin terasa. selepas hari penamaan calon, makin berkobar-kobar rasa nak mengundi.haha seperti dalam lagu Black, Tomok, Shiha & Ayu. :)

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Hari-hari dengar lagu ni kat tv, lama-lama dengar best plak.ngehehe. Dulu saya pon memang tak amik tahu tentang politik ni. Walhal saya sepatutnya dah boleh mengundi umur 21 tahun, tapi sekarang baru nak mengundi, ter'miss' PRU. sebab dulu saya masih belajar kat u..tak tahu sangat nak daftar macam mana...huhu and dulu pon kononnya tak minat politik....malas nak ambil tahu, sebab tak tahu mana yang betul....parti politik or parti pembangkang...betul lah apa yang Shiha nyanyikan dalam lagu mengundi tu.sedap plak dengar suara Shiha...husben pon suka dengar...haipp!! :P

Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita
 
Now, saya dah besar (macam dalam iklan calci yum),, so dah ada pendirian, berbekalkan pengalaman, pengamatan, pengaruh sekeliling, hasil tinjauan dari pelbagai sumber, bukti-bukti dan sebagainya..and dah tinjau2, stalk2 facebook calon DUN and parlimen kawasan saya...hehe saya dah ada satu pegangan politik tersendiri, yang rahsiaaaa...hihi
 
Apa-apa pun pilihan anda, ingat! janganlah terlampau ekstrem...melebih-lebih kutuk-mengutuk...jangan sampai putus saudara. kadang tu saya rasa tak selesa kalau ada keadaan macam ni. walaupun kita rasa kita dah betul, janganlah kita cuba nak pertahankan gak. sabar jelaa...nak-nak kalau yang cakap tu ialah orang yang paling kita hormat. kasihan kan dia sajalah, sebabnya dia tak ada pengalaman dan pengetahuan yang luas, cuma berdasarkan pada satu sumber je, dia dah boleh percaya dan kutuk. hidup mati dia memang bersama parti yang dipilihnya. itu tak salah, sebab itu pendirian dia.biarlah kan....kalau kita pon ikut mengutuk kita pon sama je dengan dia.
 
sebenarnya siapa yang menang pun, saya berharap Malaysia akan jadi lebih baik. saya pilih Malaysia!

2 comments:

roshidayahdayu said...

jom kita mengundi!!!!
alamak, umur sy baru 21 tahun tak genap la..hihi

ziha said...

xpe,, next pru mesti undi tau.