terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Saturday, May 11, 2013

idioms of the day~

Let sleeping dogs lie
If someone is told to let sleeping dogs lie, it means that they shouldn't disturb a situation as it would result in trouble or complications.

~current situation that happened to me and my friends.just let them be larrr..so sad you know. :( we just don't want to add fuel to the fire.

#sabar separuh daripada iman

Friday, May 10, 2013

sing barney song


Lets sing this song with the tune "Barney"..hehe again...hari ni lagu baru lagi dicipta...tapi belum dibentangkan lg. esok last day berkursus. hope group kami dapat bentangkan dengan baik...yayy! Seronok sebenarnya kursus BI ni..relax and banyak buat kerja dalam kumpulan, boleh share idea and pendapat utk PnP..banyak ilmu dapat. semoga dapat dimanfaatkan kepada anak murid ku.

Thursday, May 9, 2013

kursus 4 hari

salam semua...saat ini tengah berguling-guling atas katil sambil tengok tv sorang-sorang di bilik hotel..erm buat ape plak kan kat bilik hotel sorang-sorang? mane en hubby and Azid? huhu actually, ada course yang perlu dihadiri..LINUS 2.0..apa itu LINUS 2.0? kalau rajin nanti google apa itu LINUS 2.0 ye..saya pon sedang berkursus ni, nanti dah mahir saya kasi tahu ye apa itu LINUS 2.0...

oke, ini dia kerja group kami untuk hari ni...sila nyanyi ikut tune lagu London Bridge ye.
seronok betul berkursus di hotel ni..bilik, makanan boleh tahan bestnyer...ahaha gemuklah saya kalau macam ni...tapi lagi best kalau en.hubby and Azid ade..rindu kat dorang, 4 hari tak jumpe... :( chaiyook!! lagi 2 hari nak habis kursus!

Monday, May 6, 2013

the best mother in the world!

selepas pilihan raya pon, masih ramai lagi orang yang share di facebook, perkara-perkara yang berbaur fitnah. mana nak percaya pon tak tahu lah..si parti A kata macam ni, si parti B cakap macam ni,,, A tuduh B yang buat,,, B tuduh A yang buat.... haih pening betul,, tatau nak percaya yang mana.

saya bukan jenis yang suka percaya seratus peratus apa yang di share. dan saya baca semmuaa yang berkaitan. tidaklah berpihak kepada satu parti saja. baca dua2 baru dapat buat perbandingan..tidaklah nampak berat sebelah, tanak nampak seperti bodoh sombong,, cakap bergegar2 tapi rupanya fakta yang di bawa tu salah....huhu

tapi alhamdulilah saya punyai ibu yang mampu merasionalkan saya sesuatu perkara dengan hujah yang begitu islamik. walaupun mak tidaklah berpelajaran tinggi, tapi setiap kata-katanya umpama penawar yang mampu mengubat hati. apabila mendengar penjelasan mak, barulah saya lega dan faham kenapa sesuatu perkara tu terjadi.. saya suka bercerita dengan mak segala apa yang berlaku di fb, dan apa saja yang dikongsikan di fb... mak lah pendengar setia. jika melibatkan ttg sejarah politik negara dulu2, langsung saja saya bertanyakan pada mak....mak ade jawapan...huhu

mak memang sangat memahami setiap apa jua masalah anaknya. apa yang mak rasa anaknya betul, mak akan bela or back up,,, tapi kalau mak rasa anaknya salah, mak takkan back up, malahan mak beri nasihat...dari kecil saya memang rasa sangat bertuah kerana punyai ibu seperti dia. everyone should say, My mother is the bessstt mother in the world!!!

forgive n forget, can you?


Sunday, May 5, 2013

sebelum berakhir

alhamdulilah...selesai sudah mengundi...perghh memang ramai kat saluran 4 tadi. semua pengundi baru..wahh cepatlah berakhir semua ini. tak sabar rasanya nak tunggu keputusan, sungguh mendebarkan sejak semalam. haishhh. sekarang ni memang sibuk orang post status itu ini, share pasal pengundi hantulah...macam2 lah lagi. saya cuma membaca sahaja. nak terus percaya tu kena fikir sejuta kali.haha kalaulah perkara yang di share tu tak betul... dah kira fitnah kan??? uiii takutnye. apa-apa pon orang yang nak share tu, mesti ada tujuannya kan? mesti mereka nak beri kesedaran, nak tarik ramai org mengundi parti A or parti B...

bagi saya, saya sendiri tak perlu lah kot nak share ape2. saya pon dah tetap di hati nak pilih apa. kalau untuk orang lain, saya mampu berdoa aje lah,supaya hati mereka terbuka dan dapat memilih calon yang tepat. kita pon xth kn siapa yg tepat sebenarnya?? takot betul saya kalo benda yg kite share tu sbnrnya fitnah....minta dijauhkn lah....

oh yee,, sebelum semuanya berakhir,, meh saya share kn sdikit foto2 suasana PRU  di tempat saya :)






mengharapkan yg terbaik utk Malaysia :)

jom pergi mengundi

hari yang penuh mendebarkan ialah hari ini...saya sangat eksaited seperti orang lain juga yang baru first time nak mengundi. harap-harap tiada sebarang masalah semasa saya ingin memangkah nanti. dari semalam sebenarnya saya berdebar-debar. macam lah saya yang bertandingkan? :P tapi kalau  boleh saya mahukan parti yang saya pilih tu menang :) apa-apa pun, buatlah pilihan yang bijak dengan menjalankan tanggungjawab anda! :) jom kita mengundi!

Saturday, May 4, 2013

aku dia dan buku


Eh, eh...dah Mei rupanyaa! inilah entri pertama saya di bulan Mei 2013. :)

Tajuk entri: Aku dia dan buku.....ecewaahhh

ini aktiviti kami pada hari pekerja yang lepas...berjalan-jalan di AEON Bukit Indah.

Erm tujuan utama ialah untuk mencari buku en.hubby punye..

so beramai-ramai pegi, walaupun sebenarnya tak de pe sangat nak dibelinye.hehe


 
 with mak abah and Azid..
berlatar-belakaangkan orang yg sedang beli tiket panggung wayang! huh memang panjang gilerr Q.

fuyyoooo! inilah dia..saya memang sangat rambang mata.perasaan tengok buku-buku ni tak sama macam perasaan tengok baju-baju, kasut-kasut, handbag-handbag...even barang kemas! hehe


antara aksi-aksi saya membelek buku~ :P

ishh, pening2 tatau nak pilih yang mana satu nih..macam nak beli semua je rasa...haha


di rak buku-buku koleksi Twilight Saga.


di rak buku-buku Sophie Kinsella dan Cecilia Ahern.Erm, rasa macam nak beli semua je buku koleksi dorang ni.aishhhh...


kesudahannyaa....heee tak beli gak buku, walaupun rambang mata. ada lah sebab-sebab tertentu kenapa saya tak beli buku di kedai buku Popular AEON Bt Indah ni..

first; sebab saya masih ada banyaaakk lagi unread novels kat rumah tu,,, yang beli time BBW dulu..haha tak sempat2 nak bacalah....

second; BWW is coming to JOHOR.....yeayyy! yippie yayy yayy..yippie yippie yayy!! haha ni memang tak sabar nak gi ni. aduih..mintak2 lah tak de ape halangan mendatang. so boleh g sana beli buku yang murah-murah.


woww...begitulah seronoknya bila jatuh cinta dengan buku. saya percaya you all pon ramai yang minat baca buku kan??

next plan nak buat mini library kat rumah..nak gantikan rak-rak buku lama, biar nampak lebih menarik dan tertarik de bom utk membaca ....hehe

Monday, April 29, 2013

a kind reminder

kenapa kita selalu salah faham?

~ tiada komunikasi 2 hala
~ tidak berterus-terang
~ selalu berfikiran negatif pada orang lain

ini ialah pandangan saya saja. itu yang saya rasa. sebab kadang pon saya macam tu. cuma yang bezanya saya tak zahir kan kesalah-fahaman itu.erm faham tak? hehe

ok, andaikan satu perkara berlaku. perkara yang boleh menimbulkan perselisihan faham antara dua pihak. saya lebih suka berdiam diri daripada berkata-kata. saya biarkan, pendam dalam hati dan tidak berterus-terang...timbul andaian saya sendiri, kenapa terjadi macam tu dan macam ni. dan mula lah saya fikir yang bukan-bukan. TAPI... ada tapinya...saya takkan menampakkan yang saya bermasalah dengan dia, sehingga melibatkan orang lain, dan membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh.berdiam  diri lebih baik daripada kita turut sama menyakiti hati orang.

pernah tak dengar ayat ni...face it (the problem) don't facebook it! i don't facebook it...but i blog it...haha. same ke tak ek, bunyi nye?? kikikiki...my blog,, i dunno la..but i guess...my friends, tak banyak yang baca my blog yang merepek ni...betul tak? so, that's why i tulis je, ikut suka hati. :) i just want to release my tension. 

sehebat mana pun ujian yang datang,,try not to facebook it. cos it'll show ur weakness..and try not to blog it as well, just write in your personal diary or share with people who loves you..AND don't forget to seek for Allah forgiveness, May He always show us the right path..a reminder for me.
.

Sunday, April 28, 2013

sekadar renungan

sahabat sejati ialah....

sahabat yang memahami setiap kata-kata yang keluar dari mulut sahabatnya walau  dalam nada apa sekalipun.


~ maksudnya, kalau dia seorang sahabat baik anda, sepatutnya dia faham setiap apa kata-kata yang keluar dari mulut anda. nada kita kadang berbeza, ada yang rasa nada suara kita kasar jadi orang akan  mudah terasa. kadang tu, orang cakap lembut je, tapi pedas menusuk hati.

~ kadang tu, kita maksud lain, orang yang mendengar beranggapan lain. padahal anggapan dia jauh sama sekali dan tidak benar.

jadi tolonglah, kalau kamu ada sahabat baik, mesti kamu akan faham benar dengan tingkah laku n kata-kata kawan kamu. adakah dia memaksudkan sesuatu perkara atau tidak.

anda juga akan langsung tidak akan merajuk or terasa hati dengan kata-kata kawan anda sekiranya anda sangat memahami dan betul-betul mengenali kawan anda.

peace yo...sekadar renungan.

Saturday, April 27, 2013

bb cream kegemaran

peace yo! hari ini mau cerita tentang bb cream kegemaran. ahaa ape tu bb cream? alaa dia kire mcm foundation la jugak, tapi rasanya kadang tu ia bertindak 3 in 1 laa.. 8 in 1 la...hee sebabnya kita just perlu pakai bb cream ni aje, dia dah at least ada 3 fungsi iaitu moisturizer, concealer and sunscreen. mudah kan? tak perlulah nak sapu krim banyak2 kat muka.betul tak?

so bb cream yang saya nak review ni ialah dari jenama Revlon.. sebelum ni saya pakai maybelline. Memang dah banyak gak lah beli bb cream Maybelline ni. tapi tetiba terasa nak test pakai brand Revlon plak. sebab ade baca review yang foundation Revlon ni best. so, cer la try nak pakai foundation Revlon. sekali rupanya Revlon Photoready ada bb cream plak. saya yang penggemar bb cream ni pon ape lagi...tanpa toleh kiri kanan, terus amik n bayar di kaunter Guardian  RM40+  kut harga time tu.

nak dibandingkan dengan bb cream maybelline, bb cream revlon ni lebih best sikit. sebab dia tak rasa terlampau berminyak or berkilat pada muka. sapu je kat muka bb cream nya terus serap. then boleh terus  pakai compact powder.

kesannya, jerawat kurang tumbuhlah. sebab kalau sebelum ni pakai maybelline bb cream, time period mesti ada tumbuh jerawat kecik-kecik banyak. tapi since pakai revlon ni, cuma satu je jerawat tumbuh kat pipi. haa. nak cakap bagus sangat bb cream ni sampai tak tumbuh jerawat tu idak lerr kan.
ahaa..gambar ni hasil pakai bb cream.yer nampak biasa2 saja.itulah yang kita mahukan. bukan nampak cakey. kadang kulit macam saya ni pakai foundation tu mcm tak sesuai lah. nanti bertompok-tompok bedak tu. tapi, sangatlah kagum dgn wanita yang pakai make up di luar sana tapi sikit pon tak cair.malah nampak flawless je sepanjang masa. foundation apakah yang dipakai?? cer cerita sikit. macam-macam dah foundation dah try, tapi tak jumpa lagi yang betul2 boleh tahan lama tanpa ada tompok2 pada kulit (bila dah berpeluh @ lama).

tapi, tak apelah, walaupun tak boleh pakai foundation, masih ada bb cream....penyelamat. hihi

Friday, April 26, 2013

PRU-13 lagi~

bahang PRU-13 semakin terasa. selepas hari penamaan calon, makin berkobar-kobar rasa nak mengundi.haha seperti dalam lagu Black, Tomok, Shiha & Ayu. :)

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Hari-hari dengar lagu ni kat tv, lama-lama dengar best plak.ngehehe. Dulu saya pon memang tak amik tahu tentang politik ni. Walhal saya sepatutnya dah boleh mengundi umur 21 tahun, tapi sekarang baru nak mengundi, ter'miss' PRU. sebab dulu saya masih belajar kat u..tak tahu sangat nak daftar macam mana...huhu and dulu pon kononnya tak minat politik....malas nak ambil tahu, sebab tak tahu mana yang betul....parti politik or parti pembangkang...betul lah apa yang Shiha nyanyikan dalam lagu mengundi tu.sedap plak dengar suara Shiha...husben pon suka dengar...haipp!! :P

Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita
 
Now, saya dah besar (macam dalam iklan calci yum),, so dah ada pendirian, berbekalkan pengalaman, pengamatan, pengaruh sekeliling, hasil tinjauan dari pelbagai sumber, bukti-bukti dan sebagainya..and dah tinjau2, stalk2 facebook calon DUN and parlimen kawasan saya...hehe saya dah ada satu pegangan politik tersendiri, yang rahsiaaaa...hihi
 
Apa-apa pun pilihan anda, ingat! janganlah terlampau ekstrem...melebih-lebih kutuk-mengutuk...jangan sampai putus saudara. kadang tu saya rasa tak selesa kalau ada keadaan macam ni. walaupun kita rasa kita dah betul, janganlah kita cuba nak pertahankan gak. sabar jelaa...nak-nak kalau yang cakap tu ialah orang yang paling kita hormat. kasihan kan dia sajalah, sebabnya dia tak ada pengalaman dan pengetahuan yang luas, cuma berdasarkan pada satu sumber je, dia dah boleh percaya dan kutuk. hidup mati dia memang bersama parti yang dipilihnya. itu tak salah, sebab itu pendirian dia.biarlah kan....kalau kita pon ikut mengutuk kita pon sama je dengan dia.
 
sebenarnya siapa yang menang pun, saya berharap Malaysia akan jadi lebih baik. saya pilih Malaysia!