terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Jerawat Oh Jerawat~

Oh, sejak akhir-akhir ni masalah jerawat semakin merungsingkan kepala, adeii.. kenapakah?? sebabnya kan, jerawat yang dah tumbuh tu, tak reti-reti nak menghilangkan diri lepas datang moon..haihh..tak pelah kan if jerawat tu nak singgah barang 1 atau 2 ketul (yg kecik2 je), then terus blah....ni tak, pas dah tumbuh tu, tak reti-reti nak get lost, dan dia siap ajak lagi kawan-kawan dia mai buat parti atas dahi n between eyebrows.cett ingat parti tupperware ke hape??huhu


kali ni saya izin kan you all klik gambar utk tumbesaran, so you all bole tgk jerawat2 di dahi ku..huhu tak boleh blah betul!


Hurmm nak buat macam ne kan...biasalah umur-umur remaja macam ni, remaja ke? remaja laah!, 12-25 tahun!haha masalah jerawat memang tak pernah lari..huhu cume tula kan saya berharap jerawat saya ni cepat-cepat hilang..sebab saya nak kulit yang licin, cantik dan sihat on my wedding day!! huwaaaa, jerawat cepat lah hilang!!!

Bebel banyak-banyak pon tak guna kan?? so, kita kena berusaha untuk menyahkan jerawat ni..hiyaaarkkk! jaga ko jerawat akan ku tentang ko habis-habisan!!

Hah! ni dia cara-cara nak kurangkan jerawat

Kaedah mengurangkan jerawat ;
  • Minum air secukupnya
  • Kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan berlemak
  • Lebihkan hidangan yang segar seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar
  • Amalkan mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari
  • Jauhi pencuci muka yang keras dan kasar keran ini boleh menambah masalah kulit seperti terlalu kering atau menggalakkan pengeluaran minyak pada kulit muka
  • Jangan sentuh jerawat kerana ia boleh menyebabkan jerawat itu merebak dan meninggalkan parut
  • Jauhi persekitaran yang terdedah kepada cahaya matahari terik, berhabuk dan berdebu
  • Sesekali gunakan pupur dan skrub untuk menanggalkan sel kulit mati
  • Amalkan pengambilan Vitamin C dan E
source: Buku Asas Solekan by Amy Janz

ahaa,, after bace kaedah mengurangkan jerawat ni, baru saya tahu sebab-sebab tumbuh jerawat and kenapa jerawat saya ni tak hilang-hilang. Punca~
  1. dulu muka memang selalu terdedah dengan matahari and habuk2..ni time pergi kerja jalan kaki then ada lori-lori and kenderaan yang lalu-lalang keluarkan asap.
  2. makan berminyak toksah cakaplah,, memanglah kalau nak makan ikan goreng kena lah gorengkan??haha
  3. makan sayur-sayuran hijau..tehehehe..ok fine.dr kecik mmg tak suke makan sayur daun.
  4. Lately, kurang mnum air suam.huhu
dan kenapa jerawat tak mahu hilang?? and semakin banyak anak, cucu-cicit jerawat?? sebab tangan saya gatal!! dok sentuh2..huhu promise! after this tanak kacau2 lagi jerawat tu..jangan sentuh jerawat if tangan tu tak bersih!

okeh, kawan-kawan yang bermasalah macam saya..jom berazam utk memiliki kulit yang cantik! masukkan dalam azam tahun baru korang gak.berazam untuk menjaga kulit wajah agar kelihatan licin, cantik dan sihat. :)

Thursday, December 9, 2010

tips kpli~

saya dapat tips intebiu kpli dari seseorang..firstly nak ucapkan terima kasih kepada cik anon yang baik hati..sungguhpun saya tak tahu siapa anda, i really appreciate your comment.tq sebab dah kasi saya tips yang berguna.almaklumlah,untuk temuduga KPLI ni saya tak de pengalaman laa..mungkin dah banyak kali g temuduga..but sometimes i need tips yang more spesifik ke..hehe mane tahu ada penemuduga yang baca entri saya ni..then terus kasi saya sebijik soalan untuk interview nanti..hehe mana lah tahu kan? :) so here, i wanna share on what she/he had commented.

1) kene cool tp jgn cool sgt smpai x brcakap
2) mase intrvw brkumpulan cakap dgn tenang,bg idea yg bernas dan munasabah jgn gopoh gapah.
3)ckp mesti lancar jgn ermm..urhhh..
4)mse intrview individu die tanye spatah jwb 10 patah.
5) bace sket isu2 tentang pendidikan
6)jgn lupe bismillah dgn selawat ;)

thanks again to cik anon~saya berharap sedikit sebanyak tips ni dapat membantu kawan-kawan yang lain untuk temuduga kpli nanti..hurm mungkin ada yang nak share kan tips temuduga di sini? sangatlah dialu-alukan :)

Monday, October 4, 2010

Entri Bajet Tunang khas untuk Atiqah~~ :))

salam
entri kali ni khas untuk Atiqah (sebab dia yang request, ni baru sempat nak update),, okeh ini entri untuk mereka yang bakal2 bertunang.ceyy cewaah2 malu la tu, haiss.. :D wokeh cek bagi header, paparan utama akhbar untuk entri kali ini naa..

Bajet [cun] Majlis Pertunangan~

errmm...sebenarnya, ini terpulanglah bajet masing-masing kan...kalau rasa bajet tu banyak, buatlah grand2..bajet sederhana pon masih boleh buat meriah2..almaklumlah, diri ini pernah suatu ketika dulu seorang student yang gatal sangat nak bertunang...ehekk.tapi, you all faham2 saje lah..student kann, mane laa de duit sangat.. tapi pe2 pon saya masih rasa bersyukur dan kalau boleh nak tunang lagi sekali, sebab seronok bila kita yang in charge semua perkara..well, tak delah semua perkara, tapi senang cite puas hati laah..hak2..ikuti tips2 saya okeh [kalau nak ikut ahh..hihi]


wokeh,, sila check2 list perkara berkenaan..ini perkara yang saya pernah buat dulu laa..WARNING! Sila jangan ikut tips ini jika anda ada bajet yang besar untuk majlis pertunangan anda! pi hire wedding planner sane! haha..

JURUANDAM/PAKAIAN/MEKAP *RM300
~pakaian = sendiri
baju pengantin ni biasanya kalau untuk majlis pertunangan ada yang suke baju yang simple je..tapi ada gak yang tempah or beli baju pengantin yang vogue2 tu..itu up to diri masing-masing la..

TIPS UNTUK JIMAT~ pergi pinjam baju pengantin kawan-kawan ke, sedara-mara ke..macam saya.saya pakai baju pengantin kakak saya, tapi baju tu dia tak jadi pakai masa dia kawen dulu laaa..haa jimat bukan?ngeeee~~~

~mekap= sendiri
okeh, ni bagi yang da ade skill mekap kan diri sendiri, tak perlu lah nak hire mak andam ke ape...SAVE BUDGET kan??

;;; Tapi lets say you all nak guna khidmat mak andam kan, pilih pakej pertunangan, RM300++ dah dapat..hurm lengkap dengan baju pengantin, aksesori dan make up lah..kat mane nak dapat tu?? haa you all kena pandai survey butik2 pengantin yang offer pakej harga yang berpatutan lah..kat tempat saya RM300 dah dapat laa..but without mini pelamin laa..nk ada pelamin kena tambah lah sikit duit tuu...hihi

KENDURI *RM300
~ untuk majlis kenduri, if tetamu yang hadir adalah terdiri daripada ahli keluarga pihak perempuan dan ahli keluarga pihak lelaki sahaja RM300 dah cukup dah... siyes tak tipu :)).. based on pengalaman ni..hehe..masak seniri secara bergotong-royong lah ape lagi..

HANTARAN *RM500
~wokeh, bab hantaran ni kan..time saya dulu ade lah mintak kakak2 tolong sapot..he3,, duit saya seniri ada lah dalam beberapa ratus...not exceed RM500 lerr tapi...pe2 pon bergantung pada bajet you all la kan..bab hias2 hantaran plak if you all kreatip, gubah la sendiri,, tak kreatip pon buleh jaa. macam saye.hehe

TIPS UNTUK MEMERIAHKAN HANTARAN
cehh ayat tak boleh blah yang kat atas ni...tips memeriahkan hantaran bermaksud, korang nak letak banyak2 hantaran, i mean nak buat sampai 20 dulang pon boleh..hihi. selain daripada hantaran untuk brangan diri sendiri,, kita boleh gak buat hantaran yang berupa makanan..contohnya kek,buah, cokelat, sweets, cookies..haa apa saje lah you all, asalkan boleh dimakan..hehe.bukanya apa, nanti selepas majlis tu selesai boleh la kita berikan brg2 hantaran berupa makanan tu pada ahli keluarga kita..ahli keluarga pihak lelaki yang ikut pon nanti bile balik rumah masing2 dapat lah merasa sedikit makanan tu..kan seronok macam tu :))

In a nutshell la kn Cik Tqah...if nak buat majlis pertunangan ikut badget saye, RM1000 ++ pon dah cukup..hehe perkara yang perlu di'consider' ialah kenduri, baju pengantin&mekap dan juga hantaran...simpan duit syiling dalam tabung banyak2, nanti lama2 blh wt tung..silap2 boleh wat kawen nanti duit tuu kalau kite rajin menabung,,ceyy! hihi

Monday, April 26, 2010

Tips memilih lelaki idaman~

Tajuk entri tak boleh blah kan? hehe
Ekceli hari ni nak bercerita pasal lelaki idaman saya~ :P
Husna! you kalau nak cari macam ni okeh..he3

Dari segi fizikal~ seseorang yang lelaki itu hensem di mata saya apabila dia kurus dan tinggi and of course laa good looking macam Jang Geun Suk bawah ni.he3

Dari dulu sampai sekarang saya suka kalau lelaki yang kurus dan tinggi.. Tak suka yang badan macam orang ahli bina badan tuu..senang cite badan lelaki yang sasa dan ada muscle tu. Sebab senang nak jaga..nanti pas kawen tak delah gemuk sangat.haha.tapi tak jugak..ada je yang sebelum kawen kurus kering macam lidi tapi pas kawen..boroi..haha.tu depend kat gak orang ok. Hurm..tapi teori saya macam tula..orang laki yang kurus sebelum kawen ni, nanti pas kawen kalau gemuk pon sikit je..

Seorang yang penyayang~

Mak kata kalau orang tu suka kucing dia seorang yang penyayang! yayy..Cik Azam saya suka kucing..tapi saya tak suka..hehe Tapi orang yang lahir bulan tiga romantik..ok la tu..hihi. Lagi satu tak suka lelaki yang panas baran..you all de detect tak si dia tu panas baran gile babeng? hah! kalau ade sila tinggalkan!

Aduss..cairlah tengok JGS pegang baby macam ni..

Cool dan stylo macam ni~

Haha..yang ni bagi saya tak perlulah stylo mylo macam model tu..but just smart dari segi pakaian dan personaliti..dan juga kebersihan.

Lelaki yang cool ialah lelaki yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan tak menggelabah.bijak membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain, tapi kena bertimbang rasa juga. :)

oh ye lagi satu..lelaki itu tidak merokok.merokok itu tidak cool okeh...bagi saya, imej saya akan tercalar jika pasangan saya itu merokok.huhu

JGS yang cool :)
Pandai jaga anak~

Heheh..ini perlu ye bile seseorang itu sudah berkawen..tak delah semua isteri je nak kena buat.. lagi best kalau dia juga pandai mengurus rumah tangga. sape kate mengurus rumah tangga tu tugas isteri saje? wahh manyak chantekk! tugas suami gak okeh.haha


Haa..yang paling penting! seseorang lelaki itu haruslah beriman dan boleh membimbing saya ke arah jalan yang diredhai. :) Ini perkara paling asas lah..bukan pilih sebab dia kacak dan kaya je. Kacak dan kaya itu bonus je..ceyy pandai je aku ni cakap..haha Saya tak mencari lelaki yang kaya..tapi saya nak saya sendiri yang kaya...huahua!

Thursday, April 22, 2010

Cerita beautician~

Kenali jenis kulit wajah anda..yang mana satu kah?

Kalau saya..jenis kulit saya ialah combination iaitu normal/dry macam rajah di atas. Bahagian T-Zone, hidung dan dagu agak berminyak.tapi kat bahagian pipi saya kering.so..saya mendapat nasihat dari beautician..he yang saya hanya perlu sapu moisturizer kat bahagian pipi sahaja..bahagian dahi dan hidung tak payah..sebab kawasan tu berminyak...sila rujuk gambar di bawah..agak berminyak kan muka saya?huhu


But it's ok..better kulit berminyak daripada kering.sebab kulit yang kering cepat berkedut.waa..tanak2! so, I cant live without my moisturizer..everyday kena apply..at least dua kali sehari..huhu..tapi tak boleh apply banyak-banyak moisturizer ni..nanti beautician tu kata tumbuh biji-biji halus kat kulit muka..so, apply moisturuzer pada kadar yang berpatutan la ye..

Cita benar nih..mase tu saya berjalan kat Pusanika, UKM..de jualan..so ada kat satu tempat ni..hurm you all kalau budak UKM mesti tahu kat mane...dia ada buka booth untuk check2 kulit...I dengan sengajanya telah cuba-cuba nak check kulit..heh..nak tengok kulit muka ok ke tak selepas hampir setahun pakai produk neutrogena. Alhamdulilah ok..banyak improve kulit ni..sebelum ni ada gak check kat tempat yang sama..boleh tengok kat entri ni macam mane kulit saya dulu..cume yang baru-baru ni check tak sempat plak nak amik gambarnya..apa yang boleh saya katekan..kulit dah tak kering macam dulu..dan bintik hitam yang kat dalam kulit pon hilang.


Kulit kita sentiasa terdedah dengan cahaya matahari..dinasihatkan pada yang muda belia remaja supaya pakai sunscreen so, nanti kalau dah berusia tak de atau kurang lah dari masalah jeragat ni..ini nasihat dari beautician yang saya jumpa mase tu...pastu sempat lagi tuu beautician ni promote barang dia..adehh kalau murah takpe...ni mahal lerr..nasib baik tak terpengaruh..haha.cukuplah dengan pakai produk neutrogena je..senang nak dapat, kat Watson je :)

Oke..itu aje nak share ngan you all hari ni~mari kita sama-sama rajin-rajin jaga kulit wajah ye~hee babai..

Saturday, April 3, 2010

mari menabung amalan mulia~

salam semua..
dalam kesibukan ini sempat gak saya mengupdate sesuatu kat blog ni..he3 tapi tak pela just untuk merehatkan otak untuk seketika membuat perkara yang light2 jer.kesian plak bila tengok blog terabai.macam tuan punya blog ni jugak.terabai dan serabai.haha tak dela..saya ok je..masih lagi cukup kasih sayang..alhamdulilah..hihi..

ekceli nak share something kat sini..but maybe you all dah tahu..tapi tak pelah..I nak update gak pasal mende ni..hihi sebab I just figure it out..hurm I nak cite pasal amalan menabung..yeahh..ayat skema sket 'amalan menabung'.hihi.. I'm sure you all suke menabung kan? kan? hihi tak pon you all suke simpan duit dalam bank..perhhh kalau yang suke simpan duit tu mesti dah banyak kan duit??

Saye sejak tahun yang lalu..suka plak kumpul duit dalam tabung..yelaa..almaklumlah..dapat hadiah besday tabung dariCik Husna.. mestilah suke! nak-nak tabung tu kaler purple..hah lagilah suke...dan patung tu plak berbentuk monyet...cumil je...tapi monyet kat zaba ni tak comel langsung! suke curik makanan orang...dah name pon monyet kan...haha


jom cuci-cuci mata tengok gambar saye dengan tabung monyet purple saye.
ni gambar lame..duit dalam tabung tu pon da abes..hihi


tapi kini..tabung tersebut telah penuh kembali...miahaha!
sebab kalau dulu mision menabung untuk bertunang, tapi kali ini mission menabung adalah untuk berkawen..huahua! ketawa jahat..dah nak penuh kan? cube you all teka dah berapa hengget dalam tabung ni??


orite! saye nak share satu konsep simpan duit..I dunno whether u all da tahu ke belum. I baru dapat tahu, and I feel it's interesting..my friend Azlina yang beritahu kat saya pasal sistem ni..and die dapat tahu dari member lagi satu ni..member saya gak, Farhana namenye..name sistem tersebut ialah 'sistem sampul surat'..haaa pernah dengar tak? tak?

Cara-caranya sangat mudah ye u'olls..mule-mule sediakan sampul surat..ape-ape jenis sampul surat pon tak kisah..macam saye, saye pilih sampul surat yang besau macam kat gambar ni..banyak sikit duit boleh simpan..haha


then u'olls amek pen marker dan yang sewaktu dengannya..asalkan bole buat tulis.hihi..u'olls tulis kat atas kertas tu ape2 la..contoh macam saye..saye nak simpan duit untuk shopping..so, satu sampul surat 'shopping' saye sediakan..pastuh kalau nak simpan duit untuk honeymoon la kate kan..hiks2..tulislah honeymoon kat sampul surat tu..senang kan??hehe sila rujuk gambar kat bawah kalau tak paham..u'olls agak2 sampul yang keempat tu saye nak simpan duit untuk ape ye??haha

Langkah seterusnya ialah masukkan duit dalam sampul surat..letak lah beberapa ringgit yang kamu mahu..contoh dalam gambar ialah RM1..u'olls simpan lah satu hari seringgit ke, sepuluh ringgit ke seratus ringgit ke..suke ati la..yang penting simpan..haha senangkan nak simpan duit..


haaa..itulah cara-caranya..tapi terpulang pada diri masing-masing..kalau u'olls rase nak buka akaun bank 1 bank untuk shopping 1 bank untuk melancong 1 bank untuk barang make up pon bollehh..tak de masalah..hahah..yelaa, lagi selamat bukan? Prinsip menabung saya: menabunglah setiap hari walau pon seposen..sebab dari seposen lama-lama jadi berposen-posen. :) oh ye lagi satu lupa nak cakap..tabung kawen saye lagi satu ade kat blog ni..so u'olls kalau berminat boleh la klik2 yer..heheh.maceh..