terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Monday, April 29, 2013

a kind reminder

kenapa kita selalu salah faham?

~ tiada komunikasi 2 hala
~ tidak berterus-terang
~ selalu berfikiran negatif pada orang lain

ini ialah pandangan saya saja. itu yang saya rasa. sebab kadang pon saya macam tu. cuma yang bezanya saya tak zahir kan kesalah-fahaman itu.erm faham tak? hehe

ok, andaikan satu perkara berlaku. perkara yang boleh menimbulkan perselisihan faham antara dua pihak. saya lebih suka berdiam diri daripada berkata-kata. saya biarkan, pendam dalam hati dan tidak berterus-terang...timbul andaian saya sendiri, kenapa terjadi macam tu dan macam ni. dan mula lah saya fikir yang bukan-bukan. TAPI... ada tapinya...saya takkan menampakkan yang saya bermasalah dengan dia, sehingga melibatkan orang lain, dan membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh.berdiam  diri lebih baik daripada kita turut sama menyakiti hati orang.

pernah tak dengar ayat ni...face it (the problem) don't facebook it! i don't facebook it...but i blog it...haha. same ke tak ek, bunyi nye?? kikikiki...my blog,, i dunno la..but i guess...my friends, tak banyak yang baca my blog yang merepek ni...betul tak? so, that's why i tulis je, ikut suka hati. :) i just want to release my tension. 

sehebat mana pun ujian yang datang,,try not to facebook it. cos it'll show ur weakness..and try not to blog it as well, just write in your personal diary or share with people who loves you..AND don't forget to seek for Allah forgiveness, May He always show us the right path..a reminder for me.
.

Sunday, April 28, 2013

sekadar renungan

sahabat sejati ialah....

sahabat yang memahami setiap kata-kata yang keluar dari mulut sahabatnya walau  dalam nada apa sekalipun.


~ maksudnya, kalau dia seorang sahabat baik anda, sepatutnya dia faham setiap apa kata-kata yang keluar dari mulut anda. nada kita kadang berbeza, ada yang rasa nada suara kita kasar jadi orang akan  mudah terasa. kadang tu, orang cakap lembut je, tapi pedas menusuk hati.

~ kadang tu, kita maksud lain, orang yang mendengar beranggapan lain. padahal anggapan dia jauh sama sekali dan tidak benar.

jadi tolonglah, kalau kamu ada sahabat baik, mesti kamu akan faham benar dengan tingkah laku n kata-kata kawan kamu. adakah dia memaksudkan sesuatu perkara atau tidak.

anda juga akan langsung tidak akan merajuk or terasa hati dengan kata-kata kawan anda sekiranya anda sangat memahami dan betul-betul mengenali kawan anda.

peace yo...sekadar renungan.

Saturday, April 27, 2013

bb cream kegemaran

peace yo! hari ini mau cerita tentang bb cream kegemaran. ahaa ape tu bb cream? alaa dia kire mcm foundation la jugak, tapi rasanya kadang tu ia bertindak 3 in 1 laa.. 8 in 1 la...hee sebabnya kita just perlu pakai bb cream ni aje, dia dah at least ada 3 fungsi iaitu moisturizer, concealer and sunscreen. mudah kan? tak perlulah nak sapu krim banyak2 kat muka.betul tak?

so bb cream yang saya nak review ni ialah dari jenama Revlon.. sebelum ni saya pakai maybelline. Memang dah banyak gak lah beli bb cream Maybelline ni. tapi tetiba terasa nak test pakai brand Revlon plak. sebab ade baca review yang foundation Revlon ni best. so, cer la try nak pakai foundation Revlon. sekali rupanya Revlon Photoready ada bb cream plak. saya yang penggemar bb cream ni pon ape lagi...tanpa toleh kiri kanan, terus amik n bayar di kaunter Guardian  RM40+  kut harga time tu.

nak dibandingkan dengan bb cream maybelline, bb cream revlon ni lebih best sikit. sebab dia tak rasa terlampau berminyak or berkilat pada muka. sapu je kat muka bb cream nya terus serap. then boleh terus  pakai compact powder.

kesannya, jerawat kurang tumbuhlah. sebab kalau sebelum ni pakai maybelline bb cream, time period mesti ada tumbuh jerawat kecik-kecik banyak. tapi since pakai revlon ni, cuma satu je jerawat tumbuh kat pipi. haa. nak cakap bagus sangat bb cream ni sampai tak tumbuh jerawat tu idak lerr kan.
ahaa..gambar ni hasil pakai bb cream.yer nampak biasa2 saja.itulah yang kita mahukan. bukan nampak cakey. kadang kulit macam saya ni pakai foundation tu mcm tak sesuai lah. nanti bertompok-tompok bedak tu. tapi, sangatlah kagum dgn wanita yang pakai make up di luar sana tapi sikit pon tak cair.malah nampak flawless je sepanjang masa. foundation apakah yang dipakai?? cer cerita sikit. macam-macam dah foundation dah try, tapi tak jumpa lagi yang betul2 boleh tahan lama tanpa ada tompok2 pada kulit (bila dah berpeluh @ lama).

tapi, tak apelah, walaupun tak boleh pakai foundation, masih ada bb cream....penyelamat. hihi

Friday, April 26, 2013

PRU-13 lagi~

bahang PRU-13 semakin terasa. selepas hari penamaan calon, makin berkobar-kobar rasa nak mengundi.haha seperti dalam lagu Black, Tomok, Shiha & Ayu. :)

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Hari-hari dengar lagu ni kat tv, lama-lama dengar best plak.ngehehe. Dulu saya pon memang tak amik tahu tentang politik ni. Walhal saya sepatutnya dah boleh mengundi umur 21 tahun, tapi sekarang baru nak mengundi, ter'miss' PRU. sebab dulu saya masih belajar kat u..tak tahu sangat nak daftar macam mana...huhu and dulu pon kononnya tak minat politik....malas nak ambil tahu, sebab tak tahu mana yang betul....parti politik or parti pembangkang...betul lah apa yang Shiha nyanyikan dalam lagu mengundi tu.sedap plak dengar suara Shiha...husben pon suka dengar...haipp!! :P

Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita
 
Now, saya dah besar (macam dalam iklan calci yum),, so dah ada pendirian, berbekalkan pengalaman, pengamatan, pengaruh sekeliling, hasil tinjauan dari pelbagai sumber, bukti-bukti dan sebagainya..and dah tinjau2, stalk2 facebook calon DUN and parlimen kawasan saya...hehe saya dah ada satu pegangan politik tersendiri, yang rahsiaaaa...hihi
 
Apa-apa pun pilihan anda, ingat! janganlah terlampau ekstrem...melebih-lebih kutuk-mengutuk...jangan sampai putus saudara. kadang tu saya rasa tak selesa kalau ada keadaan macam ni. walaupun kita rasa kita dah betul, janganlah kita cuba nak pertahankan gak. sabar jelaa...nak-nak kalau yang cakap tu ialah orang yang paling kita hormat. kasihan kan dia sajalah, sebabnya dia tak ada pengalaman dan pengetahuan yang luas, cuma berdasarkan pada satu sumber je, dia dah boleh percaya dan kutuk. hidup mati dia memang bersama parti yang dipilihnya. itu tak salah, sebab itu pendirian dia.biarlah kan....kalau kita pon ikut mengutuk kita pon sama je dengan dia.
 
sebenarnya siapa yang menang pun, saya berharap Malaysia akan jadi lebih baik. saya pilih Malaysia!

Wednesday, April 24, 2013

sepetang bersama

Isnin yang lepas, dapat jugak merealisasikan impian my hubby nak  berpicnic di tepi laut....haha  almaklum sajalah hampir sebulan my hubby jadi 'househusband'...ini bagi meraikan dia dapat kerja baru katenye.... dia kata kalau dia dah kerja nanti, susah nak ajak jalan-jalan petang...huhu

tapi kan you all....memang best betul bila my hubby jadi househusband....hihi. dia ada banyak masa dengan kita dan anak.... petang-petang, weekend we all selalu gi jalan-jalan cari makan...tu yang me n my hubby badan sama2 naik!! hehe

so, agenda kami petang Isnin yang lepas ialah...makan-makan di tepi laut,, bentang tikar bawah pokok sambil makan  mengadap matahari yang dah nak terbenam tu....ooo best betol, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi tak reti bahasa tu....sungguh nyamann.

beli makanan kat pasar lambak jer....then makan sambil menikmati pemandangan indah di kala sore. hamboih... :)

kami pergi berlima...me, my hubby, Azid n mak abah


Wahh tengoklah pic ni...almost 3 weeks, my hubby menjaga si kecik ni di rumah. so dia sangat manja dengan daddy dia. tak nak mummy dah.huhu. petang2 daddy ajak jalan naik moto, main bola sama-sama..seronokkan kalau daddy jadi surirumah.boleh layan adik.. :)



Alhamdulilah, sekarang daddy da ada kerja yang baru...so, Adik must behave,, don't be naughty ye.daddy nak work. hihi Tq abang cos jaga adik dengan baik. macam-macam karenah adik sekarang. :)




Tuesday, April 23, 2013

the little rabbit tricks the wolf

assalamualaikum~

syukur alhamdulilah atas kemenangan yang engkau berikan padaku dan anak didik ku..saya yakin dan percaya setiap kesungguhan dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara akan membuahkan hasil. sekiranya tidak mendapat apa-apa ganjaran atau kemenangan,, janganlah mudah putus asa, carilah hikmah yang terjadi di sebaliknya.

teringat pada kata-kata Prof. Muhaya,maaf kalau tak sama,tp mksdnya lebih kurang begini,, jika kita mahu Allah jagakan anak kita,, buatlah sesuatu kerja dengan betul2 dan ikhlas, insyaAllah Allah akn jaga dan berikan kebaikan pada anak kita.  kata-kata itu yang saya pegang sehingga sekarang. Alhamdulilah, segala penat lelah kita sbg guru akan hilang bila melihat kejayaan anak didik.

bukan kemenangan yang saya inginkan, tetapi saya yakin kan anak didik saya supaya dapat buat yang terbaik. dan itu sudah cukup bagi saya. menang itu satu bonus.


 Ya Allah, kau berikanlah kami yang terbaik...permudahkan lah kami. semoga kami dapat mara selangkah yang lebih baik. aminn


Monday, April 22, 2013

sahabat untuk selamanya

ini kali entri masih mahu bercerita soal persahabatan.again.

lately, perkara yang terjadi membuatkan saya teringat-ingat, termenung, berfikir berhari-hari.mengapa begini jadinya. sekadar memujuk hati jadi saya taipkan entri ini. harap kawan-kawan sudi membacanya.adehh sedih no bunyinye dah..hehe rilekslah kawan!

dalam persahabatan ada dua perkara yang menjadi pegangan saya. erm nak cakap pegangan tu tidaklah, tapi nak cakap ape ye?? saya pon tak tahu...hehe tapi kata kunci yang pertama ialah MERAJUK.

dalam persahabatan saya, saya tak de perkataan merajuk ni. saya ada ramai kawan.ada yang kuat merajuk ada yang biasa-biasa saja. seingat saya, saya tak pernah merajuk yang begitu serius sampai tak mahu menegur. kalau ada ingatkan saya ye kawan. kalau saya yang memulakan merajuk tu...seingat saya..mungkin tidak lah. sebab saya kadang tu tak tahu nak merajuk sebab apa. kalau ada kawan yang merajuk, saya lebih senang biarkan dia cool down dulu. tak pandai nak pujuk. unless betol2 salah saya..saya mengaku yang saya buat salah...phewww! susah tau mau pujuk orang yang merajuk ni. common laaah.

kalau saya merajuk, mungkin orang tatau. sebab satu je yang saya fikir, kalau saya merajuk, kawan tu jugaklah yang kita akan mengadap hari-hari...so buat ape ada uneasy feelings kan? xbestlah hidup macam tu.biasa kita dah selalu rapat, bergembira, bergurau bersama, bertegur sapa...tapi bila sorang tu merajuk...haihsss...susah la kan? sedih tau...saya memang tak pandai nak berterus-terang. lebih suka pendam sensorang.dan berfikir sampai berhari-hari apa salah saya.apa yang saya dah buat. sebab dia yang merajuk biar dia yang explain why dia merajuk. then baru saya tahu...kalau salah saya, saya tak da masalah nak say sorry.

kata kunci kedua~ BERGURAU

bergurau ni,memang ada orang kata kena bertempat. jangan melampau sangat. as friends sepatutnya kita tahu gurauan tu adalah betul2 atau tidak. kalau anda seorang yang tak boleh menerima gurauan,, tolonglah jangan bergurau berlebihan dengan kawan2. saya plak senang je....kalau saya bergurau, saya cuma main-main dan habis di situ je. bukan untuk menyakitkan hati...saya boleh terima gurauan kawan-kawan saya sebab saya  tahu mereka cuma main-main je..takkan nak amik hati kot? saya tak amik hati sebab, saya pon kadang bergurau dengan kawan2 berlebih2n...tapi bukan nak sakitkan hati..so tak de nak terasa lah.

so kawan, FYI saya ni bukan jenis yang kuat merajuk sampai tanak bertegur sapa dengan kawan-kawan. saya memahami keadaan kawan-kawan saya.dan saya suka bergurau.saya anggap usikan kawan-kawan cuma gurauan. kawan yang biasa dengan saya mesti faham saya.

kesimpulannya, hargai persahabatan anda. jangan kerana perkara yang remeh-temeh anda sanggup putus kawan~

 




Saturday, April 20, 2013

khas untukmu sahabat

dalam lawak Harith Iskander ada mengatakan orang yang upload gambar 'teh ais' dan seumpama dengannya ialah loser. tapi the ultimate loser ialah orang yang komen pada gambar tersebut. ahaha. marah tak you all?? suka hati lah kan nak upload mende pon? fb kiter...............kikiki. tapi i jaranglah upload gambar2 macam tu. sekarang ni bila dah berkawin dah tak upload dah gmbar yang syiok seniri or muncung2 bibir macam itik tu dah...haha zaman tersebut dah berlalo pon... so, saya suka upload gambar2 seperti ini. tapi still masih nampak macam syok sndiri kan??? haha






of course lah bergambar dengan insan-insan yang tersayang...heee well di fb gambar2 bersama benda hidup menjadi pilihan saya. tapi tak salah pun kan nak upload gambar makanan.nak-nak kalau nak share resipi ke, nak tunjuk hasil masakan macam buat kek ke..haa itu saya suka! kdg tu kalau upload gmbar makanan buatkan saya pon nak makan jugak! hadoi...jadi gemoklah macam nih!

macam mana dengan status di fb plak?? klu orang share gmbar mendpat like yang banyak tu,, saya faham la gak.sebabnyer orang suka dengan gambar kite tu. maybe cantik ke, kiut ke.apa2 lah. tapi kalau orang tu just tulis status die "lalalalalalalalalalala" dan "hehehehehehehehe" pon boleh dapat 58 comments..mmg hebatlah. famous macam artis. elehh jeles la tu ko ziha tak de orang comment status ko! haha

sekarang ni mmg jaranglah saya update status or upload gambar di fb. kalau saya upload gambar di fb tu maksudnya saya ingin berkongsi momen2 indah saya bersama mereka yg saya syg dengan kawan2 fb. kadang tu kalau saya update status sekali-sekala, itu just terlintas di fikiran sesuatu perkara or benda yang sedang berlaku pd diri saya..itu semua utk tatapan kawan2 y ingin mengetahui perkembangan saya, and wanna know that im happi, yayyy! :D

oleh sebab itu kawan-kawan...updatelah kalau rajin ape2 y patut ttg anda,, supaya dapat mengubat hati yang rindu seorang sahabat..ketahuilah yang sebenarnya sahabatmu ini merindui mu...ecewaaah! :))

Friday, April 19, 2013

birthday Azid :)

alhamdulilah...selesai jugak semalam majlis sambutan hari lahir Azid yang pertama. first time nak sambut mmg excited. tapi tak de lah besar-besaran sangat. cuma jemput ahli keluarga terdekat je. nanti Azid dah besar ke, dah ramai kawan boleh lah jemput kawan-kawan dia plak.hihi

last month anniversary n besday sy menunya ialah mee kari n of courselah ada hidangan sampingan spt kek, koktel n buah...heee malam semalam menunya ialah laksa penang, pulut kuning + rendang dan kek, koktel n buah..wajib tu...heehee

 setahun sudah masa berlalu...detik-detik melahirkan memang sangat indah...alhamdulilah dapat laluinya walaupun terasa sukar pada awal-awalnya. :) semoga Azid menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat..membesar dengan sihat ye sayang.... :)

yaa...inilah dia, ahli keluarga kami....party kecil-kecilan sajorkk! ngeh3..

syukur...2 bulan berturut-turut sambut besday. tinggal birthday my hubby je, bulan depan. tapi dia tanak lah sambut macam ni.kekeke..tengoklah nanti camna sambutannya pulak.hee

Wednesday, April 17, 2013

tips penjagaan brooch

salam you all!

entri kali ni nak citer pasal brooch a.k.a kerongsang a.k.a butang tudung... alaa butang yang selalu kita pakai pada tudung tuu. macam-macam jenis ada kan? yang berbatu, mutiara, manik-manik, berjurai-jurai, berkelip-kelip...ahaa macam2 design ada kan sekarang? hee pergi je butik jual tudung mesti rambang mata kan?

tapi kan...bila dah beli banyak-banyak brooch tu kan, mesti masalahnya ialah batu tercabut la, pin patah la..haa macam-macam kn. kalau saya plak..saya rasa tak bestt plak kalau batu-batu pada brooch tu tanggal..so,  da tak comel dah kan? saya pon ade banyak brooch yg da tanggal2 batunya.. erm tapi kan brooch yang kehilangan batu-batu tu jangan dibuang plak tau..mari kite rawat brooch itu dengaaannn

ini dia....gam gajah~ tak mahal pon RM 2.50 jer.


so inilah dia brooch2 saya yang banyak dah tanggal2 batunyer. ingat, jangan dibuang! sebab kita boleh gunakannya lagi. Batu yang ada pada brooch ni kita boleh gam kan pada brooch baru kita,, kena pilih batu-batu yang sesuai warna dan saiz.

proses men'glue' batu pada brooch yg ingin dibaiki

 


see, ini brooch yang saya beli 2 tapi dh tertanggal batu-batunya. so, saya ambil batu yang satu ni tampal kat brooch lagi satu. dan alang-alang brooch satu tu dah togel batunya so kite gunakannya utk tampal pada brooch2 yg lain plak...hee
 

dan ini ialah sebahagian daripada koleksi brooch saya. sebahagiannya saya dah tampal batunya.hee

kena susun brooch kemas-kemas supaya batu2 tu tak mudah tanggal.elakkan daripada terjatuh. kalau rajin p mintak akk yg jual brooch bekas mcm dlm gba di atas ni. confirm, mst byk dorang simpn bekas brooch yg kosong. bekas brooch ni pon saya mnta dr kakak kedai brooch dulu..hihi

Tuesday, April 16, 2013

tak lawak pon :P

siapa dah tengok Lawak Ke Der 2? sila angkat tangan! saya sudah. tak pergi IB pon,, tapi tengok dalam video.hehe dalam banyak-banyak lawak tu saya suka lawak Harith Iskander sebab lawak dia selalu buat saya terfikir. Lawak yang lain best jugak, cuma ketawa berdekah-dekah time tu jela..sebab aksi and perbuatan dorang tu kelakar.

lawak Harith tentang lelaki dan perempuan tu ade betolnya jugak...kadang saya pon terfikir jugak,, lelaki ni dia memang tak ambil pusing perkara yang remeh-temeh, sebab itu Harith cakap kalau kuman masuk dalam brain perempuan tak boleh bergerak, cos banyaakk sangat information. tapi kalau brain lelaki,,fhewww, masuk siap boleh buat echo lagi; menunjukkan betapa kosongnya info dlm fikiran lelaki..maybe dia tapis info2 yang penting je. 

tapi btul la jugak...saya pon tatau napa. dulu time school, saya ni mudah kenal orang, esp schoolmates.tak kiralah dia 1 batch atau bukan. abg2 senior saya boleh igtlah muka mereka. well at least tahu yang dia dulu ex-schoolmate. but  for sure la..abg2 senior ni tak kenal saya. n kalau jumpe pon tak tahu pon saya 1 school ngan dia. ntah ek...bukan saya nak sgt tahu..tapi info tu mudah sgt masuk kepala...dulu2 pon rajin ergossip,,that's why la....haha

lagi satu lawak yang agak betul jugaklah...bila bf terkantoi berjumpa dengan ex-gf dia...bertalu-talu soalan dilemparkan pada lelaki. soalan yang sama diulang-ulang. pendapat sayalah kan. perempuan ni bertindak sedemikian sebab dia nak kan kepuasan. dia nak betul-betul rasa puas hati dengan jawapan yang bf dia berikan.tapi sebenarnya perempuan ni nak dipujuk n janji tak buat lagi....hehe macam ada pengalaman je kan saya ni??? :D


kalau you all tak paham ape yang saya merepek ni sebab tak tengok lawak ke der 2,,sila lah tengok lawak ke der 2 kat youtube...peace (^^)v

Thursday, April 11, 2013

rezeki kali kedua.

dah boleh cash out duit nuffnang lagi! yeayy...

thanks nuffnang!!

 ini yang buatkan saya bersemangat nak blogging ni...hehe

Tuesday, April 9, 2013

politikus~

kabarnya pengundi baru tahun ini semakin meningkat. lupa angka yang disebutkan, tapi macam tulah yang saya dengar dalam radio baru-baru ini. pengundi baru tu termasuklah saya dan encik hubby..hehe sangat teruja tahun ini. sebab ini pertama kali saya ingin memangkah dalam PRU.sebelum2 ni ada juga pengalaman mengundi.tapi masa zaman U dulu lah. memang x amik port langsung politik di zaman U dulu. asalkan ku hidup selesa cukup lah..sapa2 menang pon time tu, rasa macam sama jek.haha.

tapi itu dulu. ini sekarang. dari zaman kecik, abah selalu pesan pada kakak. 'ada' lah satu pesanan ini. dan sekarang giliran saya dah boleh mengundi. 'pesanan' itu ditujukan buat saya pula. ermm,, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai warganegara. apa yang diharapkan selepas PRU nanti, manifesto yang dijanjikan tu, ditunaikanlah..jangan menjadi bebanan rakyat pulak.

ishhh..tak pernah-pernah saya bercerita pasal politik ni. selalu saya mengamalkan dasar seimbang. walaupun saya sudah ada pilihan sendiri, namun saya masih mendengar isu-isu kedua-dua belah pihak. sebab kadang tu rasa macam xpham. bosan. at last malas nak ambil tahu.....huhu but tis time, saya kena bijak memilih. :)

fanatik? taksub? janganlah terlalu fanatik pada satu2 pihak. jangan kerana terlalu taksub, sampai menyebabkan perpecahan berlaku antara keluarga, saudara-mara, jiran tetangga. buka mata, berfikir secara rasional kay.jangan mudah terpedaya dengan khabar angin. 

ku pilih Malaysia~tanah tumpah darahku~chentaku di Malaysia~hihihi

Sunday, April 7, 2013

sew mama nour

Selain daripada mempunyai kerjaya yang tetap..apa lagi yang anda ibu-ibu sekalian (termasuk saya) boleh lakukan untuk menambah pendapatan sampingan? err...kalau saya,,ermmm ape ye?? blogging kuttt..tapi berapa sangatlah yang dapat dari berblogging (blog yg macam saya lah) hehehe....

ada gak terpikir nak buat pendapatan sampingan..tapi ape ye???? nak2 hubby saya..kelakar je die tuh..sekejap kang dia nampak orang bisnes jual cendol, dia nak jual cendol, nampak orang bisnes teddy bear maju, dia nak bisnes teddy bear. ada pernah satu hari tu dia suruh saya jahit baju baby.jual barang2 baby..haha.jahit pun tak pandai, nak jual baju baby.ekeke kadang tu kelakar je dengar my hubby punyer idea nak berbisnes...satu pon tak boleh nak jalan.kikiki 

ahHaaa! bercakap pasal bisnes barang baby ni kan..ada satu jenama barang baby ni kan..sangat best. membuatkan mommy2 di luar sane bila tengok rasa nak ada baby lagi. haha sebab barang2 baby nye comel2 dan unik. kawan saya, Mira ada menjual barang2 baby, hasil jahitan tangan beliau. sungguh tak ku sangka beliau pandai menjahit...hihi idea buat barang2 baby ni terilham daripada anak beliau sendiri. itu yang menggerakkan beliau untuk membuat projek menjahit ni...alahaiii best betul la...saya kalau pandai menjahit kan best? :)
 ok, antara produk yang telah dihasilkan ialah~

barut and baby cocoon
changing mat with pocket
blanket  
my friend ada juga jual gift set seperti di bawah.

changing mat + diaper pouch + taggy toy
pinafore + nappy cover + cloth shoe





ahaa dan macam-macam lagi lah barang2 baby yang  kawan saya hasilkan. so apa lagi, if you all berminat cer ramai-ramai kita like dia punya page...sila click picture di bawah. :)


Wednesday, April 3, 2013

neutrogena vs MK

saya tak ingat dah berapa kali saya review pasal produk ni dulu..tapi memang dulu saya pengguna tegar dan rasa tanak tukar dah produk ni...hehe produk ape kah itew??

yerp..neutrogena fine fairness
haha boleh klik review saya di link ini... halamak siap buat GA lagi pasal neutrogena ni,, tak blh blah obsesnya saya pada produk ni dulu :P
see...sampai hantaran kawen pon saya minta neutrogena fine fairness ni..hikhik


tapi bila orang tanya bagos ker neutrogena ni??? err...errm..actually nak cakap lihatlaa wajahkuu...comeyy kan?? macam kak ton...muehehe tapi tak sampai hati pulak,, bukan apa, nak cakap macam tu,, satgi tetiba ada jerawat setepek kat pipi....hihi so, jawapan yang selamat...depends on kulit laa. i rasa i pakai ni ok...satgi orang tue test produk ni tak ok, atas saranan saya...matilaa...kikiki

tapi sekarang cinta dah berpaling arah...ecehhh...setelah diperkenalkan oleh kawan saya.saya pon terhasut jugaklah nak mencubanya..masa ni bajet dah lebih sikit...so bolehla try produk yang mahal sikit :P Mary Kay Botanical Effects..saya pakai no 2..produk ni blh customize ikut jenis kulit kita..ada no 1, 2 and 3.

mula-mula saya pakai produk ni, tak berapa ok pon.sebab masa tu baru2 mengandung. so kulit mengelupas and mcm tak seswai plak.maybe alahan masa mengandung. so saya stop pakai ni...bila da beberapa bulan mengandung, saya test semula pakai MK ni,,almaklumlah mahal tuuu beli, sayang plak mahal2 tak pakai :P tapi alhamdulilah lepas tu pakai ok...tak de mengelupas ke hape...so saya teruskan sampai laaa ni.hihi


 MK ni saya cuma pakai spt gambar di ats. ada cleanser, toner, moisturizer and masker. moisturizer saya tak berapa pakai sangat sebab dia pakai rasa berminyak.just pakai 3 selain moisturizer tu pon dah ok, kulit dah rasa lembap..yang paling best ialah masker dia. masker pakai setiap 3 hari sekali..kalau anda seorang yang rajin pakai masker MK ni, insyaAllah bekas2 jerawat, biji2 kecil pada muka boleh hilang. nak kena rajin la kan?? kalau saya pakai masker pada waktu malam, keesokan paginya rasa muka macam bersih dan licin + ade glow2 sikit.ngee.

haa,, itu cuma pendapat peribadi saya lah yang dah gunakan produk ni masuk tahun ke 2. so far,, rakan2 yang pakai produk ni pon banyak kata ok. saya pon masih banyak lagi nak belajar pasal produk ni. ada beberapa lagi skincare dia yang boleh dicuba..cume fuluss je standby...hakhak! haa acaner nak dapatkan produk ni?? kenalah cari MK beautician yang jual produk ni. nanti dia order produk yang kita nak,, so beli la dari dia. saya pom order je dari kawan....hehe

ps: produk neutrogena pon masih relevan lagi bg saya...kalo kot2 la nanti MK tak sempat saya restock.saya p watson beli cleanser neutrogena dulu.hikhik.

Tuesday, April 2, 2013

my April baby

April sudaaaa! sekejap je April...bye2 Mac! saya suka bulan Mac sebab birthday and anniversary kami pada bulan Mac.huhu tapi tak pe,, April pom besh jugak..sebab April ade birthday Azid! hihi.. :)

bercerita tentang Azid yang baru-baru ni terkena sakit kaki tangan dan mulut. Alhamdulilah penyakit tu semakin membaik. demam semua dah hilang, selera makan dah ok, kencing pun macam biasa (kalau tak, masa sakit tu dia kurang kencing), tidur malam pon dah lenaa (sama ngan mummy dia...lena sangat.he), kesan ruam semakin hilang, kesan melepuh pd lutut pon dah semakin kering...and yang kesian saya tengok masa tu Azid merangkak guna satu kaki, sebab lutut kiri dia banyak biji2 air..sakit agaknya. but now saya nampak Azid dah berani nak merangkak guna dua kaki....dah kurang sakit agaknya.

orang kata anak kalau demam, upah dia nak pandai sesuatu, nak pandai berjalan ke, bercakap ke...hihi tataulah betul ke tak. tapi harap2 Azid cepat2 pandai berjalan (nanti boleh teman mummy jogging n shopping..he) cepat2 pandai bercakap (nanti boleh sama-sama membebel ngan mummy..he)

 get well soon dear...alhamdulilah Azid dah kembali ceria.