terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Saturday, December 25, 2010

Jerawat Oh Jerawat~

Oh, sejak akhir-akhir ni masalah jerawat semakin merungsingkan kepala, adeii.. kenapakah?? sebabnya kan, jerawat yang dah tumbuh tu, tak reti-reti nak menghilangkan diri lepas datang moon..haihh..tak pelah kan if jerawat tu nak singgah barang 1 atau 2 ketul (yg kecik2 je), then terus blah....ni tak, pas dah tumbuh tu, tak reti-reti nak get lost, dan dia siap ajak lagi kawan-kawan dia mai buat parti atas dahi n between eyebrows.cett ingat parti tupperware ke hape??huhu


kali ni saya izin kan you all klik gambar utk tumbesaran, so you all bole tgk jerawat2 di dahi ku..huhu tak boleh blah betul!


Hurmm nak buat macam ne kan...biasalah umur-umur remaja macam ni, remaja ke? remaja laah!, 12-25 tahun!haha masalah jerawat memang tak pernah lari..huhu cume tula kan saya berharap jerawat saya ni cepat-cepat hilang..sebab saya nak kulit yang licin, cantik dan sihat on my wedding day!! huwaaaa, jerawat cepat lah hilang!!!

Bebel banyak-banyak pon tak guna kan?? so, kita kena berusaha untuk menyahkan jerawat ni..hiyaaarkkk! jaga ko jerawat akan ku tentang ko habis-habisan!!

Hah! ni dia cara-cara nak kurangkan jerawat

Kaedah mengurangkan jerawat ;
  • Minum air secukupnya
  • Kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan berlemak
  • Lebihkan hidangan yang segar seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar
  • Amalkan mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari
  • Jauhi pencuci muka yang keras dan kasar keran ini boleh menambah masalah kulit seperti terlalu kering atau menggalakkan pengeluaran minyak pada kulit muka
  • Jangan sentuh jerawat kerana ia boleh menyebabkan jerawat itu merebak dan meninggalkan parut
  • Jauhi persekitaran yang terdedah kepada cahaya matahari terik, berhabuk dan berdebu
  • Sesekali gunakan pupur dan skrub untuk menanggalkan sel kulit mati
  • Amalkan pengambilan Vitamin C dan E
source: Buku Asas Solekan by Amy Janz

ahaa,, after bace kaedah mengurangkan jerawat ni, baru saya tahu sebab-sebab tumbuh jerawat and kenapa jerawat saya ni tak hilang-hilang. Punca~
  1. dulu muka memang selalu terdedah dengan matahari and habuk2..ni time pergi kerja jalan kaki then ada lori-lori and kenderaan yang lalu-lalang keluarkan asap.
  2. makan berminyak toksah cakaplah,, memanglah kalau nak makan ikan goreng kena lah gorengkan??haha
  3. makan sayur-sayuran hijau..tehehehe..ok fine.dr kecik mmg tak suke makan sayur daun.
  4. Lately, kurang mnum air suam.huhu
dan kenapa jerawat tak mahu hilang?? and semakin banyak anak, cucu-cicit jerawat?? sebab tangan saya gatal!! dok sentuh2..huhu promise! after this tanak kacau2 lagi jerawat tu..jangan sentuh jerawat if tangan tu tak bersih!

okeh, kawan-kawan yang bermasalah macam saya..jom berazam utk memiliki kulit yang cantik! masukkan dalam azam tahun baru korang gak.berazam untuk menjaga kulit wajah agar kelihatan licin, cantik dan sihat. :)

4 comments:

AA said...

samala kte..hr tu blk dr kem..naik blk...wuaaaa skrg dh ssh nk nyahkan blk..hr tu dh leh nmpk kulit mulus kat sebalik parut2 tu..sekali g kem kat perlis terus naik balik.pastu kering mcm tanah gersang lak tu...haishhh sabo je la...

ziha said...

yeke? huhu tak pe pasnih jaga balik. kite pnye prob jerawatnye kat dahi je.tmpt tak pernah2 tumbuh jerawat dulu kali ni die tumbuh plak.hoho

azalia hjsalleh said...

owh nice tips dear
muka lya pun dh byk jerawat nie
stress punyer pasal !

ziha said...

thanks lyaa..yup, stress pon boleh sebab kan jerawt kan?