terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Friday, December 31, 2010

babai 2010 hai hai 2011~

salam~


beberapa jam lagi kita nak sambut tahun baru 2011...hurmm fikir-fikir balik, cepat betul masa berlalu, tahun berganti tahun, sedar tak sedar saya semakin meningkat usia..sepatutnya sudah semakin matang dan dewasa...tapi kenapa rasa diri ni masih macam anak-anak eh tak, silap keanak-anakan..huduh okeh, kalau muka dah macam mak orang tapi perangai macam budak kecik! huhu

petang tadi saya g Jakel cari baju pengantin,,uhuuu akhirnya dapat jugak pilih baju untuk dipakai masa majlis bertandang nanti..susah betul nak pilih..rambang mata beb! haha warna apa??? hehe biarlah rahsia dulu..nanti tak surprise plak bagitahu awal-awal. sekejap je kami g Jakel tu..bertolak before pukul3 dan balik dalam pukul8...kat Jakel JB tu dalam beberapa jam je..pas beli barang terus balik ke Pontian singgah makan jap..

balik dari rumah, tunjukkan baju pengantin and berbual-bual pasal hantaran n tema dsb dengan mak abah..reaksi mak sangat supportive..tak kisah je..but abah dia macam ejek-ejek je..ada ke dia asek cakap i ni asik berangan nak kawen je,, dah pk macam2 la..tak sabar nak kawen laa..huhu sometimes saya rasa macam belum layak nak kawen je..you all rasa? hurmm mungkin abah lum boleh terima anak bongsu dia ni dah nak kawen...agaknya dia rasa macam baru semalam hantar saya masuk darjah satu tapi sekarang dah nak kawen pun! see, my abah pun tak sedar masa dah berlalu begitu pantas...huhu

honestly, saya rasa..tahun 2011 sungguh mendebarkan..saya akan menghadapi situasi yang tidak dijangka dan mencabar sekali..saya berharap saya akan lebih bersedia nanti.saya ingin menjadi seorang yang matang di mana pandangannya bole diterima dan tidak mudah diperkotak-katikkan..huu saya tak nak jadi seorang yang mudah menanges..ohh adakah ayat2 saya ni menunjukkan saya sedang memasang azam??

Babai 2010, and happy new year to my family and friends, hope this coming new year will bring you all happiness and may our wishes come true, amiin.

Thursday, December 30, 2010

kitalah juara!


wahhh!! seronoknya Malaysia menang piala AFF Suzuki...hehe yes, akhirnya kita bergelar juara..hurmm eh eh, sejak bila i jadi peminat bola sepak ni??hihi tak tau lah sejak bila..sejak 2 menjak ni laa..hehe tapi saya bukan tak minat langsung dulu, minat gak cume tak de la fanatik sangat.cume kan, bila dah negara kita bertanding haruslah kan beri support yang padu..yeahh! hehe

kat rumah saya tak dapat siaran RTM1...hoho..tak tahulah kenapa kan,, tapi kat rumah saya dapat plak semua siaran Indonesia..so, tengok lah perlawanan bola sepak tu kat RCTV..huhu ahhaa,,dan pagi tadi saje saya buka siaran tv indon lagi sebab nak tengok apa ulasan rakyat indonesia terhadap pemain kita dan perlawanan malam semalam.rancangan ni kira macam MHI or Selamat Pagi Malaysia lah.. dan ternyata pengacara tv indonesia tu pon mengakui yang pemain kita kuat dari segi mental tak macam pemain mereka yang mudah hilang tumpuan lepas kena serangan laser masa kat stadium bukit jalil dulu...biasalah kan Ronaldo pon pernah kena serangan laser.rileks je beb tak de sampai nak kuar2 padang..huhu

saya sangat terharu you all, bila tengok pemain kita menjulang piala tu,,huhu macam nak nanges pon ada, tapi kena lah control depan tv..nanti makbonda nampak i nanges..maluu..harhar..pelik betul..orang bersorak kegembiraan, tapi saya nak menangis pulak sebab tengok dorang menang.tacing sungguh malam tadi... ;') tahniah buat skuad kebangsaan kita.


sekarang plak..ramai orang cakap2 pasal Khairul Fahmi..sini Khairul Fahmi sane Khairul Fahmi...tetibe je awek Khairul Fahmi jadi ramai kan? kan? ohhhoo..peminat dia pon sudah semakin ramai..ahaa saya tak tahu kenapa..mungkinkah sebab dia hensem?? yela kot..tapi saya tak da lah minat sampai nak jadi awek die..kuikui, minat sebab tengok dia hebat mempertahankan gawang Malaysia...perghh hebat sungguh beliau. pemain-pemain yang lain pon hebat-hebat gak. :)

syukurlah en azam tak jadi pemain bola sepak kebangsaan..ouhhh tidak mahu saya berkongsi beliau dengan orang ramai..hahaha perasan.

Tuesday, December 28, 2010

dah nak ke arah ITU

selamat pagi semuaa!! tuan punye blog nak menghapdet hari ni..biarkan biarkan..haha biarkan saya nak berupdate hari ni sebab betul-betul ni tak de keje nak buat. :)

tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni.sebab nak p cari baju pengantin..ehehe.tapi kan, still tak tahu warna apa nak pilih nanti..baju yang kami nak p beli ni nak pakai masa kat rumah en azam nanti..huhu..die tanye i nak tema warna pe kat rumah die nanti..haha boleh plak kan? patut die plak la tetapkan nak tema pe..baru la fair..tehehe

suggestion from my cousin, ayu gitu kan pakai ala-ala tok ti..hehe.you all ade ape-ape cadangan tema or warna pe yang cantik lagi gempak?? share lah dengan saya :)


ini baru first step ke arah-arah nak kawen..sebenarnye banyak perkara tak settle lagi..semua dalam perancangan tapi lum start gerak lagi...haha..relaks je ko ni ziha.. :))

Saturday, December 25, 2010

Jerawat Oh Jerawat~

Oh, sejak akhir-akhir ni masalah jerawat semakin merungsingkan kepala, adeii.. kenapakah?? sebabnya kan, jerawat yang dah tumbuh tu, tak reti-reti nak menghilangkan diri lepas datang moon..haihh..tak pelah kan if jerawat tu nak singgah barang 1 atau 2 ketul (yg kecik2 je), then terus blah....ni tak, pas dah tumbuh tu, tak reti-reti nak get lost, dan dia siap ajak lagi kawan-kawan dia mai buat parti atas dahi n between eyebrows.cett ingat parti tupperware ke hape??huhu


kali ni saya izin kan you all klik gambar utk tumbesaran, so you all bole tgk jerawat2 di dahi ku..huhu tak boleh blah betul!


Hurmm nak buat macam ne kan...biasalah umur-umur remaja macam ni, remaja ke? remaja laah!, 12-25 tahun!haha masalah jerawat memang tak pernah lari..huhu cume tula kan saya berharap jerawat saya ni cepat-cepat hilang..sebab saya nak kulit yang licin, cantik dan sihat on my wedding day!! huwaaaa, jerawat cepat lah hilang!!!

Bebel banyak-banyak pon tak guna kan?? so, kita kena berusaha untuk menyahkan jerawat ni..hiyaaarkkk! jaga ko jerawat akan ku tentang ko habis-habisan!!

Hah! ni dia cara-cara nak kurangkan jerawat

Kaedah mengurangkan jerawat ;
  • Minum air secukupnya
  • Kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan berlemak
  • Lebihkan hidangan yang segar seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar
  • Amalkan mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari
  • Jauhi pencuci muka yang keras dan kasar keran ini boleh menambah masalah kulit seperti terlalu kering atau menggalakkan pengeluaran minyak pada kulit muka
  • Jangan sentuh jerawat kerana ia boleh menyebabkan jerawat itu merebak dan meninggalkan parut
  • Jauhi persekitaran yang terdedah kepada cahaya matahari terik, berhabuk dan berdebu
  • Sesekali gunakan pupur dan skrub untuk menanggalkan sel kulit mati
  • Amalkan pengambilan Vitamin C dan E
source: Buku Asas Solekan by Amy Janz

ahaa,, after bace kaedah mengurangkan jerawat ni, baru saya tahu sebab-sebab tumbuh jerawat and kenapa jerawat saya ni tak hilang-hilang. Punca~
  1. dulu muka memang selalu terdedah dengan matahari and habuk2..ni time pergi kerja jalan kaki then ada lori-lori and kenderaan yang lalu-lalang keluarkan asap.
  2. makan berminyak toksah cakaplah,, memanglah kalau nak makan ikan goreng kena lah gorengkan??haha
  3. makan sayur-sayuran hijau..tehehehe..ok fine.dr kecik mmg tak suke makan sayur daun.
  4. Lately, kurang mnum air suam.huhu
dan kenapa jerawat tak mahu hilang?? and semakin banyak anak, cucu-cicit jerawat?? sebab tangan saya gatal!! dok sentuh2..huhu promise! after this tanak kacau2 lagi jerawat tu..jangan sentuh jerawat if tangan tu tak bersih!

okeh, kawan-kawan yang bermasalah macam saya..jom berazam utk memiliki kulit yang cantik! masukkan dalam azam tahun baru korang gak.berazam untuk menjaga kulit wajah agar kelihatan licin, cantik dan sihat. :)

Tag dari Ms Ziela~~

salam~ehhe hi semua! hari ni saya nak jawab tag yang Miss Ziela kasi..firstly, nak ucap time kaceh lah ye Datin, sebab u tag i..i memang suka jawab tag2 ni, eceyy, ye betul...hihi tag kali ni saya belum pernah jawab lagi...so, semangat sikit nak buat.ehehe.


Apakah status anda
saya berstatus single but not available, sudah berpunye otw nak dimiliki..wekk ayat apakah ini?hehehe

Ceritakan tentang diri anda
seorang yang....ermm tak tahu nak describe macam ne.tapi rasanya seorang yang biasa-biasa saje.nothing interesting about me..

Ceritakan tentang Blog anda
Blog saya adalah diari kehidupan saya, tempat saya meluahkan perasaan, berkongsi pengalaman hidup yang suka dan duka..


Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog penuh pancaroba, ecece..

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog
Nasihat saya, berblog lah secara berhemah,hehe.

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda
Blog saya unik la gak kerana tuan punye blog, berblog dengan penuh kasih sayang.haha..tuan punye blog ni berblog dengan penuh ikhlas.. :D

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
saya akan berblog sampai bila-bila..ceyy selagi ada yang mahu membaca blog saya selagi itulah saya akan berblog..cece ayat tak boleh blahh!


okeh, DONE! i da jawab tag u Ms Ziela... :)



Tuesday, December 21, 2010

aku cintan sama kaO!

salam~

semakin hari semakin malas nak update blog..kenapa ye? mood untuk berblogging tibe-tibe hilang..kenapa kah?? mungkinkah sindromorgnakkwen??huhu ergh tak tak..

mari sembang-sembang dengan saya...saya ada satu soalan untuk bertanya pada korang lah...hah, lelaki dan perempuan, siapa yang lagi kuat cemburu??? haa sila jawab cik kakak dan cik abang sekalian..

if you all da ada pasangan, tak kira lah sebagai husband and wife ke, girlfriend and boyfriend ke yang penting bukan pasangan sama jenis..itu tak kire keyhh!! mana lagi kuat cemburunya??

hurm soalan seterusnya..pada pendapat anda, lelaki dan perempuan, bolehkah mereka bersahabat baik?? ok bagi soalan ni sila refer pada situasi di bawah...

situasi : let say, kamu ialah si Gadis. si Gadis dan si Jejaka sudah lama bercouple..ada laa lebey kurang setahun..lame ke tu?hihi sangat cintan laa si Gadis sama si Jejaka ni..si Jejaka pun macam itu.sangat cintan sama si Gadis dan rasa sayang sangat2..itulah yang selalu dikatakan oleh si Jejaka pada Gadis ni..

biasalah kan, berkawan biar seribu berkasih biar satu..katanya ehe. si Jejaka menjalinkan persahabatan dengan seorang Perempuan. Perempuan itu pun sebenarnya sudah ada Lelaki yang dicintai..tapi ape orang kate..'sajeee' nak kawan-kawan..kawan jerk pon! but you still in my heart lah Gadis! kalau taip sms dengan si Perempuan ni, si Jejaka sms yang biasa-biasa saje..just say hi,, tanye kabar..not more than that.hah! if jumpa dengan si Perempuan ni, just jumpe sebagai kawan-kawan saje..

ahaa.begitulah situasinye y'ollss..so, if you all jadi si Gadis, adakah anda akan biarkan si Jejaka bersahabat baik dengan si Perempuan?? cuba kaitkan situasi ini dengan y'olls..pernah alami tak situasi macam ni??

hurmm, honestly la kan saya beranggapan bahawa hubungan si Jejaka dan si Perempuan ni macam tak perlu.sebab si Jejaka ni dah ada si Gadis...so buat apa nak berkawan dengan si Perempuan ni...sebab alasan yang digunakan ialah 'saja-saja' nak berkawan...uhuu..ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan..kemungkinan yang macam mane tu?? kemungkinan yang macam...your boyfriend jatuh cinta pada sahabat dia..huhu

gambar ihsan google


gambar lakonan semula..ehee

so, ini cuma pendapat saya saje..mungkin y'olls de pendapat lain??? mungkin ada yang tak kisah if partner y'olls pon de sahabat perempuan yang sangat rapat and boleh luahkan perasaan or berkongsi rahsia??yang penting korang tahu partner tu setia n sangat sayangkan korang.hurmm mungkin jugaa.

Sunday, December 19, 2010

feeling2 model sat :P

salam~
hai..lamanyer kite tak ketemu kan? tak tahu la haih..nape la diri ini tak de mood nak berblogging sejak akhir-akhir ini..jangan tanye kenapa..saya pon tak tahu jawapannye..

so, entri kali ni saya nak post pasal aksi-aksi saya sebagai berfotogedik ala-ala model..hihihi sangat jelas terpancar pada diri ini betapa tak de kejenya saya..haha

kite mulakan dengan foto ala-ala model iklan ubat gigi... :D


well, saje nk edit-edit gambar kasi efek sephia n graystone..nampak macam zaman dolu-dolu je.hurmm pose pon musti lah feeling-feeling model giteww! haha jangan mare. :p



so here, i nak explain pasal dis pic..nampak benar kan keketaraan perbezaan pada 2 imej yang sama di bawah ni?? ye, pic saya yang pertama ni adalah gambar asal tanpa diedit...pic sebelahnye lak selepas di edit..beza gilerr kan?? kulit terus jadi licinn je.haha semuanya hanya guna efek2 yang ada dalam photoscape! hah itu jela software yang saya ada untuk edit gambar..nak guna photoshop macam leceh lah plak..eleyyy cakap jelaa tak tahu ziha oiii...ngeh3.



explanation gambar di atas:
pic 1 : gambar merenung masa hadapan..renungan yang penuh bermakna
pic 2 : senyuman yang penuh menggoda..konon-konon en.azam ada di depan mata.
pic 3 : mata yang menggoda, tapi tutup muka separuh..malu la tu..haha

hehe..biasalah saya. :) ni testing mekap guna kan eyeshadow baru...nanti de masa saya tunjukkan eyeshadow tu..ada 4 warna saya beli..murah saje.. :) time ni mekap lite2 saje...konon nak try wat teknik solekan soket mata.. tak menjadi sangat lah..sebab tools tak cukup lengkap.haih..sedang menunggu bila laa make up tools sy nak smpai.hihi

oklah you all...itu saje update untuk kali ni..sekadar ingin melepas rindu pada blog ni dan kawan-kawan saya juga.. jumpa lagi :)

Wednesday, December 15, 2010

selesai sudaaaa.....

salam~
update entri untuk hari ni...hari ni saya sudah lepas temuduga KPLI...hoho..apa yang boleh saya katekan..insyaAllah kalau ada rezeki saya, adalah tu..tak boleh terlalu yakin..saya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kekecewaan...kekecewaan itu sudah lali dengan saya..takut nak mengharap sangat..
habis temuduga saya nak buat aktiviti yang menjadi kegemaran saya..hehe then nak fokus ke arah situu plak..teeeheeeheee.

Monday, December 13, 2010

~_~

tarikh sudah ditetapkan.... semoga semuanya berjalan lancar nanti..tapi apa kan daya kita manusia hanya mampu merancang,, Allah juga yang menentukan ~_~

Sunday, December 12, 2010

~ucapanku untukmu~

salam~ selamat berhujung minggu semuaaa! hujung-hujung minggu macam ni, mesti ramai yang bersuka-ria, bercuti-cutian kan? almaklum saja lah, hari tak bekerja.saya plak?? haihh macam ni laaa...ada orang tu janji nak bawa saya keluar hari ni tapi kan tak jadi la plak..uhhuuu, sedey betul la bunyi nyer..tapi tak per...ada hikmahnya..saya boleh study untuk interview nanti..haha..apalah nak di'study'kan..ye tak??hehe

Okehlah..hari ni saya nak story 3 perkara tentang kejadian hari ni dan semalam~ehem..

1. Birthday mak bonda

Today, 12 December is my sister's birthday...ye siapa lagi kalau mak bonda..hehe..so, kat sini sebagai adikmu yang sangat baik..ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Tuaaa' haha..jangan marah aaaa..kikiki...okey2 serius sikit! nak kasi ucapan kena lah ikhlas kan...hurm di sini saya ingin mengambil kesempatan..eceyy terskema plak..he..Selamat Hari lahir yang ke...tettt tak boleh kasi tahu nanti dia marah plak..hehe semoga dengan pertambahan usia ni Kak Ida diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa diredhai Allah..aminn..tak de hadiah lah sekarang ni..tengok lah kalau ade duit lebey Ziha belanja facial kat maibeaute eh..kalau ade duit lebey laaa...ini dia birthday girl kita hari ini....girl ke??hehe


2. En.Azam dan badminton

huuu..en.azam saya...dia dan badminton memang tak boleh dipisahkan,, begitu jugak dengan futsal.malam-malam memang inilah aktiviti beliau..kalau tak main badminton, dia p main futsal...huhu..biasalah aktiviti orang bujang kan..bersukan menyihatkan badan katanya, lagi satu dia tanak gemuk! haahaa yang ni sama macam saya, saya pun tanak gemuk, tapi tak bersukan, makaan je keje.. :P malam tadi dia ada tournament.dapat tempat kedua..ehehe. tahniah la ye cik abang..kamu memang hebat..dan ini dia gambar en.azam menang..ecece terus send gambar kat saya,, nak gitahu dia menang la tu.



3. Cot dan Danial


Eheee..budak 2 ketul ni, my anaksedara..semalam pagi tiba-tiba datang ke rumah dengan berkain pelikat..teehehe baru lepas berkhatan..biasalah kan kalau cuti-cuti sekolah macam ni lah masa yang sesuai untuk berkhatan..semalam ialah masa untuk menyakat budak 2 ketul ni..kalau tak sebelum ni..hamboi2...kemainn lagi dorang..suka tengok dorang melepek dan tak berdaya..dapat sakat..ketawakan dorang..kikikiki..apa-apa pun, nak wish jugak lah kat mereka berdua ni..tahniah lah sebab dah bersunat..selamat datang ke alam remaja..hihi.

sekian sahaja untuk entri kali ini~ have a nice day y'all!

Saturday, December 11, 2010

i'm not fat!!

ini saya.

saje upload gambar sendiri, boleh dikatakan latest jugak ah..latest ni sila percaya! haha gambar ini untuk tatapan kawan-kawan yang merindui saya..haihhh ada ke yang rindu saya ni..hehe


Tinggi: 163cm
Berat:54kg

Nur Dianaty kata saya nampak gumuk! uhuu...tak pe Diey..kite tak marah pon kamu cakap macam tu...sebabnya kamu baru cakap 'nampak' 'macam' gemuk je...yelaaa..nampak je.kadang kite boleh silap nampak,, itu ilusi je..cece. then perkataan 'macam'...baru 'macam' bukan betul-betul gemuk.lainlah perkataannye macam ni, ziha dah gemuk lah sekarang! oHhoo..itu adalah perkataan yang saya tidak mahu dengarr...

kawan-kawanku sekalian~ one question to ask. adakah saya kelihatan gemuk sekarang?? sila jawab dengan jujur..saya tak kisah pun if you all nak cakap saya dah gemuk ke, berisi ke, lain sikit ke..apa-apa sajalah..i redha..huks..setiap hari kena bebel dengan abah..dia cakap suruh makan banyak-banyak..biar gemuk sikit..abah suruh saya gemuk, sebab nak g temuduga la. then, sebab nak kawen la..haha perlukah saya gemuk??

fakta: saya dan en.azam sama-sama kudut..uhuu

Friday, December 10, 2010

ketiak oH ketiaak!

saya tidak boleh hidup tanpanya~



biarlah tak de minyak wangi sekali pun, asalkan saya pakai deodorant! uhhuu

tibe je cite pasal deodorant lak kan??hehe hurm you all biasa tak pakai deodorant? uhu what kind of question is this? mestilah biasa kan pakai deodorant? tapi ada jugak yang tak suke pakai deodorant tau..mungkin sebab die dah rasa ketiak die da bau wangi or die suke dengan bau ketiak die?? or die tak suke ketiak die rasa melengas ke??hihi for me pakai deodorant ni wajib..heh, sebabnya i boleh pengsan bau ketiak sendiri...haha huduh betul...eyp! tapi tak lah seteruk bau bangkai ke apa...asalkan tak de yang mati kira oke lah tu bau ketiak i..wekkk ape ni cite pasal bau ketiak plak?

alang-alang dah cite pasal ketiak kan...meh saya story sedikit pasal ketiak..eh bukan pasal ketiak saya..ade pasal ketiak orang tuu..he. Masa kat universiti dulu, sedang dalam perjalanan pulang ke kolej, dalam bas ni, maklum saje lah dalam bas orang bersesak-sesak.tapi nasib baik lah saya dapat tempat duduk..I rasa time ni dengan Atiqah kut..Tqah ingat tak Tqah?? Saya yang kununnya mahu merehatkan otak selepas gigih belajar ceyy! tibe2 dikejutkan dengan suatu bau!! ye bau...dan of course lah itu bau ketiak..baunye tersangatlah kuat ye kawan-kawan..ok fine lah..saya cube memahami situasi student ni yang baru balik dr kuliah tgahhari plak tu..mesti dah tak wangi lagi kan..then saya cari-cari lah gerangan siapa punye bau itu..ooOOoHH..rupenya bau itu dimiliki oleh girl who was standing next to me..dan girl tu pakai tshirt yang tak de lengan! nak tahu ape yang saya nampak?? ketiak dia!! baru lah saya tahu kenapa bau ketiak die mcm tu.rupenya kat ketiak die ada lalang-lalang yang belum ditebas, bahasa kiasan ni...waduuhhh mengalahkan laki punye bulu ketiak..dah tahu bulu ketiak mcm tu nape lah tak pakai baju yang de lengan or at least baju yang tutup ketiak? so, saya and orang lain tak de lah tahu rahsia die.huhu sy ape lagi cepat-cepat nak turun bas sebab nak hirup udara yang segarrr...!


sebab itulah, sebab itulah! saya pakai deodorant..takut orang bau ketiak saya! ngeh3..ye la kan, mandai je aku ni cite pasal bau ketiak orang, ketiak sendiri macam wangi sangat!ahaha..tapi saya tak perlu risau sebab saya ada ini...........



saya selalu pakai deodorant yang ini..saya sangat suke pakai rexona shower clean ni.sebabnya sepanjang hari rasa segar.wangi pun wangi.saya jarang pakai perfume, kalau terjumpe perfume baru saya pakai.hihi sebenarnya kedekut duit nak beli perfume, rembat my sis punye je..hehehe teruk betul perangai..erk, tetibe terpromot rexona shower clean plak kan??hihi..

kesimpulannya, orang perempuan ni, mestilah kena jaga penampilan, kebersihan...biar cantik luaran dan dalaman juga~biar muka tak cantik asal jangan badan bau longkang! Opss! mandai2 je buat peribahasa sendiri..hihi

Thursday, December 9, 2010

tips kpli~

saya dapat tips intebiu kpli dari seseorang..firstly nak ucapkan terima kasih kepada cik anon yang baik hati..sungguhpun saya tak tahu siapa anda, i really appreciate your comment.tq sebab dah kasi saya tips yang berguna.almaklumlah,untuk temuduga KPLI ni saya tak de pengalaman laa..mungkin dah banyak kali g temuduga..but sometimes i need tips yang more spesifik ke..hehe mane tahu ada penemuduga yang baca entri saya ni..then terus kasi saya sebijik soalan untuk interview nanti..hehe mana lah tahu kan? :) so here, i wanna share on what she/he had commented.

1) kene cool tp jgn cool sgt smpai x brcakap
2) mase intrvw brkumpulan cakap dgn tenang,bg idea yg bernas dan munasabah jgn gopoh gapah.
3)ckp mesti lancar jgn ermm..urhhh..
4)mse intrview individu die tanye spatah jwb 10 patah.
5) bace sket isu2 tentang pendidikan
6)jgn lupe bismillah dgn selawat ;)

thanks again to cik anon~saya berharap sedikit sebanyak tips ni dapat membantu kawan-kawan yang lain untuk temuduga kpli nanti..hurm mungkin ada yang nak share kan tips temuduga di sini? sangatlah dialu-alukan :)

Wednesday, December 8, 2010

Free Make Up Class!!

Hai semua..ahaaa tajuk tak boleh blah kan, macam saya nak buat free make up class je bunyinya.padahhal..he..he..saya cume nak tunjuk solekan smokey eye ala-ala Kristen Stewart n Natalie Portman je..dah lama saya nak tahu macam ne nak buat smokey eye yang macam ni..ala-ala model runaway.. :)


Macam biasa, gambar ihsan dari incik google...



Macam-macam teknik solekan smokey eye ni..salah satunya solekan mata seperti pic di atas laa.so nak tahu macam mane saya belajar buat solekan smokey eye macam pic di atas ni, sila klik link ini ye Your Look How to get a Smokey Eye..simple je step nye..saya nak copy paste je code video dr youtube, tapi macam tak boleh je,,so i kasi u link je la..if nak belajar camne nk buat gaya smokey eye ni, just click on the link ye.. :)

Okeh yang ini mata saya..testing..testing wat wat smokey eye seperti yang ditunjukkan dalam video tu.

ehem..ehem..ada macam mata Kristen Sterwart or Natalie Portman ke?? hoho... Macam scary je kan?ahaha



p/s: nak cari video solekan teknik soket plak..ade sape2 nak ajar or show video camne nak buat teknik solekan soket?

Tuesday, December 7, 2010

My anniversary


sekadar ingin memperingati hari bersejarah ini..

majlis pertunangan saya

insyaAllah....masanya akan tiba..

doakan ye semua..

:)

Monday, December 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah~

Salam Ma'al Hijrah buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia~ marilah kita sama-sama berhijrah ke arah kebaikan. Semoga kehidupan kita di tahun baru ni sentiasa diberkati Allah..aminn...

Sempena tahun baru hijriah ni, biasanya kita akan berazam untuk capaikan sesuatu kan..saya tak delah berazam sangat..sebab saya jenis orang yang takut nak berjanji pada diri sendiri.huhu.saya takut kalau saya target sesuatu nanti tak dapat and saya akan kecewa..huu.penakut betul kan saya? Cuma apa yang selalu saya buat ialah saya cuba berusaha mengikut tahap kemampuan saya..tu je..insyaAllah, asalkan saya berusaha, itu sudah cukup buat saya gembira, dan bersyukur dengan apa yang saya dapat.

InsyaAllah, diharapkan tahun baru hijrah ni nanti saya juga akan berhijrah ke arah kebaikan mengikut pakcik dan rakan-rakan yang lain~aminn :)

masa kecik-kecik dulu selalu main kawen2, best betul..
tapi saya selalu jadi pengapit je..hu2




p/s: maaf if entri pasni-pasni asik pasal kawen2 je.heee

simplysitizulaiha~mandai2 je aku tambah..hiks

salam kawan-kawan! sehat ke? saya hari ni boring-boring tak de buat ape,, jadi selain daripada bukak facebook dan blog..saya pergi youtube tengok video-video yang menarik..selalunya tengok video make up tutorial laa...belajar make up dari situ je..free make up class! harhar..tak payah nak bayar-bayar...jimat duit.kedek seyhhh!!

ecehhh nak dijadikan cerita,, tengah-tengah saya youtubing,, saya terjumpa video mekap simplysiti by Nurul Shukor. sangat suka! and nak suruh you all pon tengok..dah tengok pon tak pe,, tengok lagi..haha

Siti Nurhaliza - Solekan SimplySiti Gold Edition




hurm cantik kan solekan dia? mestilah kann, dah namenya profesional make up artist, mestilah cantik..haii bila la saya nak jadi pro make up artist kan??hoho berangan saje lah dulu..bawah ni gambar lama..haih saje nak tepek sini, amek feeling2 makeup artist giteww..ahakks.. :P



saya nak make up simplysiti!! en.azam tolonglah faham,, harap-harap dia baca entri yang ini... :))

Sunday, December 5, 2010

~saya tak desperate~

fenomena di facebook sekarang!

kawan-kawan ramai yang dah kawen and dah nak kawen. tak kurang juga yang tengah tension2 nak kawen or pening-pening nak kawen..haha yang ni sebab i tengok kat kebanyakan status kawan-kawan semuanya shout pasal kawen..ye, kawen...hoho.. tetiba kalau i plak menambah kat facebook tu kan dengan menge'tag' kad jemputan kawen i..agak-agak masing2 makin tension kaa? yelaa sebab kawan dorang yang sorang ni nak kawen...heheheh...tapi itu belum berlaku kawan-kawan,,jangan risau dulu ye.. :))

Ahaha..tak delah,, sebenarnya biasalah tu kan..usia kita semakin meningkat, masing-masing dah habis belajar and dah kerja, jadi wajarlah kan mereka kawen..i pon kadang rase gak macam tu..tapi belum nak shout lagi laa kat status kat facebook.ngeh3..cume shout status dalam hati je..dalam hati cakap macam ni..'Wahhhh!! kawan aku dah nak kawen!' Ramainya dah nak kwen ni.. Eh dia da nak kawen dah?? tak sangka!' Haihh ikutkan banyak lagi lah..tp itu status dalam hati jelaa..tak boleh taip di facebook..haha dah tulis kat blog ni kira orang dah tahu gak la kan??kihkih

Kepada kawan-kawan yang belum kawen, rileks ye..sampai waktunya nanti kita kawen jugak..sabar ye..kalau dah jodoh tak ke mana, betul tak? [ecece pandai nasihatkan orang, dia tu?? dalam hati Allah saje yang tahu :) ]

Haihhh..tibe je upload gambar tunang dulu kan?hehe mengimbau nostalgia ni. eh, belum..belum..saya belum kawen lagi..coming soon. :)

miss him badly ~_~



salam kawan-kawan!

izinkan saya berjiwang sekejap eyyp hari ni.. :p

saya sangat rindu kat dia! ye dia..

camne ek nak cakap,, hehe

malu plak.. :P

bukan senang nak jumpe dia sekarang..

rasa kalau ajak dia keluar g dating ke apa..macam rasa bersalah je...huhu

sebab ape?? sebab dia sibuk kerja la.. :(

almaklumlah..... (sila 'complete' kn ayat sendiri..hihi)

okeyy, tanak jiwang lebey2..malu plak.. ;D



p/s: legaaa..
p/s: 2 hari lagi anniversary kami :)



Saturday, December 4, 2010

Budak icik Sumayyah~


Gud morning everyone! yeahhh..breakfast apa hari ni? I baru je breakfast nasi lemak and teh susu. sangat best..nampaknyer bertambahlah lemak2 di badan ni..dah lah lame tak exercise! OhHo! sangat rindu sama itu budak yang bernama Helwa.selalunya time2 pagi camni di hari Sabtu yang ceria kami pergi joging or main badminton kt tepi tasik.tapi sekarang..huhu how i really miss that moments.

Pagi2 ni saje nak menjamu mata you all dengan pic budak icik ni...heh..sekarang budak icik ni dah pandai posing depan kamera..kalau disuruh posing mesti die buat-buat muke comel..bestnyer jadi budak kecik kan..mesti orang akan selalu sayang kita n cakap kite comel..nak jadi budak kecik laa macam ni..hehe

Time entri ni ditulis budak icik Sumayyah ni tengah menari-nari depan tv, tengok citer Barneys and friends..haihh kemaainn lagi budak icik ni nari-nari goyang bontot..you all mesti tahu kan budak kecik kalau menari camne? alaaaa..yang goyang bontot atsbwh atsbwh tuuu..haiihh sush betul nak demo kat sini..fhm2 lah ye..you all kalau ada budak kecik mesti tahu camne tarian tu..hihi

ahaaii..budak kecik buat posing macam ni ponnn comel kan??


hahh! cube you all yang tua posing macam ni..jari di hidung macam nak korek hidung,, comel ke??? burok hokkehh! haha

sekarang Sumayyah kalau orang kasi dia barang ke apa ke dia dah pandai sebut 'cehhh'..maksudnya terima kasih..lagi satu die dah pandai sebut 'nak'. Die sebut nak kadang tu jadi 'nok' (bunyi 'o' keluar di tekak bukan di hidung) dengan suara garau2 dia tu. Lagi satu Sumayyah kalau kite sebut bussi (maksud cium)..die akan cium pp kite smbil bunyi mmmmwaah! kadang dia cium kite sebab die dah buat salah tak nak kena marah, so dia cium la kite..memang,kadang tu tak jadi nak marah sebab dia dah mwwah kite.hihi.Macam-macam perangai budak icik Sumayyah ni..ada je keletah dia buat kita ketawa.. Seronok kan ada anak kecil? :))

p/s: nak p tengok Sumayyah..apalah dia buat dengan henpon saya tu..asik hantar gambar ke no Ahmad Zaini je..nasib baik henpon tak leh send gmbar..henpon murah.huhu

Friday, December 3, 2010

K.P.L.I

Attention to kawan-kawan yang memohon KPLI~ dah boleh check keputusan temuduga hari ni.. so kepada sesiapa yang belum check lagi boleh lah klik link berikut :)

Semakan Dalam Talian KPLI


Saya baru je check tadi..huhu...berdebar-debar saya..yelaa, dah lah hari tu jawab macam hape kan..mestilah takut!huhu dan keputusannyaaa...









TAHNIAH!

Anda berjaya di panggil temu duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011.







alhamdulilah,syukur sangat dapat dipanggil temuduga..bila dapat tahu dipanggil temuduga, lagi lah takut kan!ngeee...saya agak fobia dengan intebiu2 ni..kawan-kawan i need your support again..kata-kata perangsang dan doa dari kawan-kawan sebenarnya banyak menguatkan saya..doakan saya ye...


pssst...ade sape-sape tahu tips temuduga untuk KPLI tak?? soalan ape ek yang akan ditanya nanti??

Thursday, December 2, 2010

Thank you~


Thanks to Siti Juhana~ saya suka kad ni, sangat comel. :)



To Atiqah, Cik Husna, Miss Ziela, Gloria, KK, Ayien (sangat rindu zaman kita dolu-dolu kan?)

and nak kasi pada semuaaa kawan-kawan saya! :)

Wednesday, December 1, 2010

1.12.2011

salam semua~
entri pertama bulan Disember.hurmm tak sangka betul kejap je masa berlalu..dah bulan 12 kan?huhu bile ingat-ingat balik, masa awal tahun baru nak belajar macam mane nak buat tesis...pening-pening kepala macam ne nak buat tesis..bile tesis asik kena rejectla..hoho.macam-macam! tapi akhirnya lepas gak..dapat gak berkonvo dengan kawan-kawan..

pastu, ni yang nak cerita ni...bila dah habis belajar dan bekerja, rasa macam rindu la plak saat kanak-kanak riang..huhu tak perlu nak fikir pasal kerja ke apa..kerja belaaajarrr je..yelaa tu.. :P haih..hari ni sangatlah tak de mood..nak buat apa yer yang boleh mengembalikan mood saya ni??