terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Showing posts with label CURHAT. Show all posts
Showing posts with label CURHAT. Show all posts

Monday, March 5, 2012

adududuuuu~

penat dan mengantuklah! tak de mood nak buat RPH..huhu tolonglah...sangat tak larat.sehari kalau tak dapat tidur siang, malam otak tak dapat berfungsi dengan baik..so jalan penyelesaian, kemas-kemas barang untuk esok dan g terus masuk tido..gud nite you all...

ps: it's march already..cepatnye masa berlalu....setahun suda.

Monday, January 30, 2012

kembali mengarut

baru lepas tengok AJL26, terasa nak update blog sekejap.he.. rasa lama gak menyepi dari mengarut kat blog nih..2 minggu yang lepas agak busy, tapi takla busy sangat..sebab mood blogging kureng sikit..sebab beri tumpuan kat sekolah baru.masih dalam sesi menyesuaikan diri kt sekolah baru...so balik sekolah dah penat and tak de masa sangat nak pk nak merepek apa kat blog ni..and seminggu yg lepas ni, cuti CNY..balik rumah mentua tak bawak berukben..bagus kann..so sunyi sepi la blog saya ni...tapi ada hikmahnye tak bawa broadband, sebab masa dihabiskan baca novel2 yang baru beli..haha naik sekolah nanti agak susah dah nak concentrate baca novel, sibuk keje lain plak.ermm tinggal lagi 2 novel nak dibaca, harap2 dapat curi masa baca.

ps: Atiqah...Winter Garden and Prayer For Sale best citenyer.

Sunday, January 15, 2012

ahad sebelum bergelar guru

esok ada taklimat di PPD.harap-harap semuanya akan berjalan lancar.nervous mula-mula bila belum dapat tahu sekolah.tapi sikit-sikit nervous tu hilang bila dah tahu dapat posting mana ^_^.

tahniah buat kawan-kawan yang lain juga. alhamdulilah dapat posting juga akhirnya..walaupun sebulan menganggur..kira ok la tu kan, sekarang ni dah tahu sekolah masing-masing.

selamat bertugas buat rakan-rakan guru semua.

Friday, January 13, 2012

again..good news.

salam Jumaat buat semua.
again, today  I got a good news for my posting. saya ditempatkan di SK Permas Kelapa. SK Permas Kelapa ni sekolah masa saya buat SBE dulu.dekat je dari rumah, xsampai 5 minit kalau merempit.hehe Along saya pon mengajar di sekolah yang sama..he janganlah die buli saya nanti.. :) sebenarnya memang dia ada cakap, yang kat sekolah tu kurang guru bahasa Inggeris. bukan kurang lagi, cuma dia sorang je cikgu BI yang ada..huhu my family semua memang mendoakan saya dapat kat sekolah tu je sebenarnya.tak sangka plak masin mulut semua.

saya rasa bersyukur sangat sebab dapat sekolah yang dekat. Allah sangat memahami kesusahan yang saya alami sekarang. jadi dia tempatkan saya di sekolah ni.alhamdulilah. insyaAllah akan cuba buat yang terbaik di sekolah baru nanti..doakan saya ye kawan-kawan! :)

Thursday, January 12, 2012

another good news


alhamdulilah syukurr.... :) petang tadi dapat sms dari kawan tanya saya dapat daerah mana utk posting. saya ingatkan esok baru dapat tahu..rupanya dah boleh check petang tadi.

seperti yang tercatat dalam gambar di bawah :)

 
alhamdulilah doa saya dimakbulkan. saya dapat daerah Pontian. hari Isnin minggu depan kena lapor di PPD then baru dpt tahu dapat mengajar sekolah mana plak..alhamdulilah syukur tak terhingga.

Tuesday, January 10, 2012

good news..

alhamdulilah selepas menunggu dari malam tadi...tunggu la sangat kan...pagi tadi bangun tido terus i check..dan inilah keputusannya..dapat posting di Johor..baru dapat tahu negeri. daerah and sekolah tempat kita akan dipostingkan belum tahu lagi.kena call JPN dulu.harap2 dapat di Pontian lah.dekat je.

perasaan: excited + nervous..macam-macam ada..tengah pk nak shopping barang apa ni..nak masuk sekolah kn.hee..fufufuhhh.. :)

semalam and hari ni dapat berita gembira. semalam abah dah balik rumah dan kesihatannya semakin pulih. and hari ni dapat tahu posting, kat Johor..memang apply kat negeri sendiri and kalau boleh di daerah seniri..

thank you Allah.


Friday, January 6, 2012

i believe in miracle

pagi tadi dapat call dari mak.sepatutnya abah hari ni ke hospital Johor lagi utk buat 'tapak' for dialisis. but then kena postponed sebab ada perubahan yang positif pada abah.

it is a miracle..sebab. bila scan doktor cakap buah pinggang rosak..tapi air kencing dah ok..apa-apa pon saya memang yakin abah boleh sembuh..kalau boleh tak perlu lah dialisis tu..yang penting nak abah kuat dan sihat.

Sunday, January 1, 2012

hAZAM 2o12

eh, eh! dah 2o12! uhuhu..happy new year everyone! 
 mari kita doakan kesejahteraan bersama
semoga sempena tahun baru ni, hidup kita lebih bermakna.
sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah. 

saya tak punya azam baru, dan tak perlu azam baru..
sebab saya dah ada en hAZAM..huhu
itulah yg kawan-kawan selalu kata.

mungkin azam saya setiap tahun baru ialah
mempertahankan hAZAM yang sedia ada.
menjadi isteri yang taat & terbaik kpd hAZAM.
sayangkan hAZAM sepenuh hati..
semua akan buat yang terbaik demi hAZAM :)


Thursday, December 15, 2011

today is not Sunday.

hari ini bukan hari Ahad ye kawan-kawan! hari ni hari Khamis..huhu sejak beberapa menjak ni bila dah jadi penanam anggur yang berjaya, kawan-kawan semua berstatus 'hari-hari ialah hari Ahad'..rileks la kawan-kawan, nanti bila dah dapat posting korang akan merindui hari Ahad tu.sekarang ni enjoylah dengan hari 'Ahad' korang tuu..tak pon pergi buat kerja yang berfaedah yang tak membosankan dalam erti kata lain pergi lah cari kerja. :)

saya pulak? tak bosan ke hari-hari? erm setakat ni masih tak bosan lagi.hehe kalau keadaan mengizinkan, lama dah saya cari kerja.kerja apa-apa lah yang penting halalkan?

ps: belajar menjadi suri rumah yang berjaya pon seronok apa. :P

Tuesday, December 13, 2011

life is unpredictable

semalam kita ketawa hari ini kita menangis.esok.................


hari ini kita masih mampu bernafas, esok belum tentu lagi.


Wednesday, December 7, 2011

saya tak pasti jawapannya

sekarang sudah pun selesai segalanya. semalam baru habis temuduga SPP. damn it! saya memang tak dapat nak jawab soalan berbentuk pengetahuan am. huh! saya kira profesor pun belum tentu boleh jawab soalan tu.. untuk kesemua soalan tu jawapan saya, 'maaf tuan saya tak pasti jawapannya'. bayangkan lah kalau dia tanya yang berkaitan statistik. berapa banyak duit yang diberi, berapa bilangan stesen bas then tanya surat pekeliling itu ini...adoii kalau tak baca memang lah tak tahu.huhu tapi kalau tanya soalan berkaitan Falsafah Pendidikan Negara, pasal teaching and isu-isu yang berkaitannya memanglah boleh jawab.memang tak boleh nak expect dia akan soal soalan yang macam tuh! bukan saya sorang jela, kawan-kawan yang lain pun sama.memang dorang cakap soalan intebiu amat susah!

moral of the story~ sila baca surat khabar hari-hari, dari tajuk utama sampailah tajuk kecil2,, termasuk nombor2 tapi bukan nombor ekor.haha take note apa peristiwa yang berlaku setiap hari.

Sunday, December 4, 2011

Hanya Allah yang tahu

sekadar ingin berkongsi rasa bahagia di sini :)

Mummy Zee's Journal

gembira bila for the first time nampak si kecik..

Sunday, November 27, 2011

dendam

terserempak dengan orang yang tak mahu diserempak.huh! nak buat macam ne, dunia ni kecil (kunun) pusing-pusing dekat tempat yang sama memanglah akan terjumpa dengan orang yang tak ingin kau jumpa.huhu boleh ke kalau saya buat-buat tak kenal dengan orang yang pernah menyakitkan hati saya? yang dulu pernah cuba untuk merampas orang yang saya sayang? dendam ni memang tak boleh dipadam. walaupun sekarang saya dah menang. banyak cerita masa lalu yang menyakitkan tidak boleh dilupakan...walaupun cuba lupakan memang tak boleh..dendam yang satu ni memang tak boleh dipadam.

Thursday, November 10, 2011

exam BI paper 2

paper kedua sudah selesai..alhamdulilah..nak tahu macam mana saya jawab tadi?? huhu semuanya menggunakan teknik common sense..kebanyakan soalan lah saya guna common sense and based on my experience masa praktikum dulu...feww! lega sikit..ada tinggal 1lagi paper penting.harap-harap dapat jawab lah paper yang satu nih.

untuk paper hari ni saya memang tak berapa nak study sangat. (samalah dengan paper semalam..ahakss) lepas je jawab paper 1 semalam otak terus beku, sebab exam hall dah macam kutub utara dah..abes exam pale tak okeh lagi..walaupun paper semalam senang sikit berbanding hari ni, tapi disebabkan hari ni exam kat bangunan lain, jadi tak berapa sejuk...paper yang susah bolehlah dijawab dengan tenang tanpa sakit-sakit kepala selepas menjawab.huhu

nasib baik exam after this kat bangunan yang sama, tak tension kot..tapi tak tahu lah soalan nye macam ne nanti. Subjek Bahasa Inggeris dah boleh tutup buku, segala nota and tok nenek nota sudahlah disimpan untuk dijadikan kenangan.hehe...tinggal paper Ilmu Pendidikan.Bersedialah tiga buah buku IP untuk dikhatam dalam masa 3 hari ni..uhuhu...

doakan kejayaan saya ye kawan2!

Wednesday, November 9, 2011

exam BI paper 1

exam BI paper 1 sudah pon tamat..fewww! leganya..ade lagi 2 papers..sok BI paper 2..sok punyer paper quite tough..kena study bebetol..haiyaaa..dah tu buat ape lagi? sempat lagi blogging eh ko ziha! hehehe...bukan aper, beku dah otak ni tadi dok dalam exam hall 3 jam.penat tau menggoreng! ahaha..sampai saat-saat akhir pun masih tidak mahu mengaku kalah! cewaah! tadi ade soalan pasal literature tau..pasal poem Muhammad Haji Salleh..uhuuu terubat sikit rindu nak jawab paper literature, boleh tahan senang lah. erm soalan yang lain tu no comment! ahaha... puas hati jugak jawab soalan esei..jawab karangan macam karangan SPM..fuuhh lame tak buat macam tu.tak tahulah oke ke tak..harap-harap i pass dengan cemerlang paper ni dan paper seterusnya..

wokeylah! nanti i sambung cerita lagi ye....sempat ke tak sempat ke saya akan try update blog ni seadanya, buat kawan-kawan yang merindu...hihi

Monday, October 31, 2011

selamat tinggal sayangku

sekarang kena study no matter what..good bye blog! nanti if ade free update lagi oke! doakan saya dapat menjawab soalan exam dengan tenang dan berjaya menghabiskan KPLI ni dengan jayanya..about one month to go! chaiyok ziha!!

p/s: sekadar catatan dan ingin berkongsi pengalaman di blog ini..doakan yang terbaik untuk saya.

Thursday, October 27, 2011

jiwangs ;p

++ ku bahagia ++



++ mengharapkan kebahagiaan ini kekal buat selamanya ++

Tuesday, October 4, 2011

mahu habes sudah

salam..
uit lamanya rasa tak update blog..busy la katakan.hehe
sekarang tak berapa nak busy sangat..heheh dan rasanya tak sabar sangat dah ni nak menghabiskan sisa-sisa hidup di sekolah ni..haha
inilah masa yang dinanti-nantikan!!

saya dah nak abes praktikum!!

minggu ni last saya berpraktikum..
haha...gembiranya saye...
12 minggu dah berlalu...
pasni saya akan kembali ke IPG..
belajar selama beberapa minggu and sit for the exam..
phewww...
i think i lebeh suka belajar than bekerja...hoho
but no assignments please...
boleh ke nak belajarr je tapi tak payah ade assignments yang membosankan..kihkih.


erm okehlah....mahu sambung kerja sikit..
penatlah asik kena relief kelas jerk...
nak buat macam ne...huhu

Sunday, September 18, 2011

sabar

bercakap soal sabar. apa itu sabar? sabar itu separuh daripada iman.itu je yang saya tahu...bukan senang nak mendidik hati ni menjadi seorang yang sabar.sabar dalam segala hal itu perlu.

saya bukannya seorang yang sabar. untuk meluahkannya dengan kata-kata saya tak mampu, cume melalui tulisan saja dapat saya kurangkan kesedihan hati ini.biarlah orang tidak tahu tentang apa kesedihan ini..cume ingin berkongsi yang saya sedang berduka.itu saja.pasal apa saya berduka biarlah saya saja yang tahu..

terima kasih sekiranya ada yang ingin berkongsi, tapi setakat ini saja yang mampu saya katakan, saya sedang bersedih.sekian.

~-~^



cuti dah nak abes....tak bestlah....huhu~
pe2 pon, gud luck utk diri sendiri....
tak tahulah, ape lagi cabaran yang datang selepas ni.ermm
Ya Allah, kuatkanlah saya.amin