terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Tuesday, January 31, 2012

mimpi bintang

good night you all,, have a nice dream. semoga hari esok lebih baik dari hari ini. hari-hari saya pergi ke sekolah dengan penuh semangat..walaupun belum dapat jadual lagi.hehikk..i follow je. :) saya nak mimpi sampai ke bintang malam ni.. :P

Monday, January 30, 2012

kembali mengarut

baru lepas tengok AJL26, terasa nak update blog sekejap.he.. rasa lama gak menyepi dari mengarut kat blog nih..2 minggu yang lepas agak busy, tapi takla busy sangat..sebab mood blogging kureng sikit..sebab beri tumpuan kat sekolah baru.masih dalam sesi menyesuaikan diri kt sekolah baru...so balik sekolah dah penat and tak de masa sangat nak pk nak merepek apa kat blog ni..and seminggu yg lepas ni, cuti CNY..balik rumah mentua tak bawak berukben..bagus kann..so sunyi sepi la blog saya ni...tapi ada hikmahnye tak bawa broadband, sebab masa dihabiskan baca novel2 yang baru beli..haha naik sekolah nanti agak susah dah nak concentrate baca novel, sibuk keje lain plak.ermm tinggal lagi 2 novel nak dibaca, harap2 dapat curi masa baca.

ps: Atiqah...Winter Garden and Prayer For Sale best citenyer.

Sunday, January 15, 2012

ahad sebelum bergelar guru

esok ada taklimat di PPD.harap-harap semuanya akan berjalan lancar.nervous mula-mula bila belum dapat tahu sekolah.tapi sikit-sikit nervous tu hilang bila dah tahu dapat posting mana ^_^.

tahniah buat kawan-kawan yang lain juga. alhamdulilah dapat posting juga akhirnya..walaupun sebulan menganggur..kira ok la tu kan, sekarang ni dah tahu sekolah masing-masing.

selamat bertugas buat rakan-rakan guru semua.

Friday, January 13, 2012

again..good news.

salam Jumaat buat semua.
again, today  I got a good news for my posting. saya ditempatkan di SK Permas Kelapa. SK Permas Kelapa ni sekolah masa saya buat SBE dulu.dekat je dari rumah, xsampai 5 minit kalau merempit.hehe Along saya pon mengajar di sekolah yang sama..he janganlah die buli saya nanti.. :) sebenarnya memang dia ada cakap, yang kat sekolah tu kurang guru bahasa Inggeris. bukan kurang lagi, cuma dia sorang je cikgu BI yang ada..huhu my family semua memang mendoakan saya dapat kat sekolah tu je sebenarnya.tak sangka plak masin mulut semua.

saya rasa bersyukur sangat sebab dapat sekolah yang dekat. Allah sangat memahami kesusahan yang saya alami sekarang. jadi dia tempatkan saya di sekolah ni.alhamdulilah. insyaAllah akan cuba buat yang terbaik di sekolah baru nanti..doakan saya ye kawan-kawan! :)

Thursday, January 12, 2012

another good news


alhamdulilah syukurr.... :) petang tadi dapat sms dari kawan tanya saya dapat daerah mana utk posting. saya ingatkan esok baru dapat tahu..rupanya dah boleh check petang tadi.

seperti yang tercatat dalam gambar di bawah :)

 
alhamdulilah doa saya dimakbulkan. saya dapat daerah Pontian. hari Isnin minggu depan kena lapor di PPD then baru dpt tahu dapat mengajar sekolah mana plak..alhamdulilah syukur tak terhingga.

Wednesday, January 11, 2012

posto posto!


ermm,, minggu lepas bila dapat bungkusan ini dari incik posmen, excited sangat! hoho..inilah bungkusan yang saya nanti-nantikan.tapi kenapa 2?? kenapa? hehe...lagilah bertambah excited!


so, untuk bungkusan yang pertama, dari kiri dalam gambar.
inilah dia...hehe

ENGLISH NOVEL


ada 8 semua sekali..hehe
FYI, buku2 ni Atiqah yang belikan untuk saya time Big Bad Wolf Sales.
memang berbaloi lah..sebab buku ni RM5/each.
murahh gilllerrr.kualiti buku pon elok..saper yang tak nak kan?
so, Tqah, next time kalau ada book sales macam ni lagi inform kite eh..hihi
boleh kirim lagi :)

sekarang dah masuk buku ke3 baca..ada 5 lagi nak kena abeskan. sementara ada masa free ni kan..nanti dah sibuk kat sekolah tak de masa plak nak baca..lagi2 kalau baby dah kuar nanti.hehe

ps: untuk bungkusan yang kedua tu..nak tahu ape? meh tengok blog ni Mummy Zee's Journal apa yang saya dapat.hee


Tuesday, January 10, 2012

good news..

alhamdulilah selepas menunggu dari malam tadi...tunggu la sangat kan...pagi tadi bangun tido terus i check..dan inilah keputusannya..dapat posting di Johor..baru dapat tahu negeri. daerah and sekolah tempat kita akan dipostingkan belum tahu lagi.kena call JPN dulu.harap2 dapat di Pontian lah.dekat je.

perasaan: excited + nervous..macam-macam ada..tengah pk nak shopping barang apa ni..nak masuk sekolah kn.hee..fufufuhhh.. :)

semalam and hari ni dapat berita gembira. semalam abah dah balik rumah dan kesihatannya semakin pulih. and hari ni dapat tahu posting, kat Johor..memang apply kat negeri sendiri and kalau boleh di daerah seniri..

thank you Allah.


Friday, January 6, 2012

i believe in miracle

pagi tadi dapat call dari mak.sepatutnya abah hari ni ke hospital Johor lagi utk buat 'tapak' for dialisis. but then kena postponed sebab ada perubahan yang positif pada abah.

it is a miracle..sebab. bila scan doktor cakap buah pinggang rosak..tapi air kencing dah ok..apa-apa pon saya memang yakin abah boleh sembuh..kalau boleh tak perlu lah dialisis tu..yang penting nak abah kuat dan sihat.

Tuesday, January 3, 2012

i love abah

awal 2012 saya dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. namun harapan saya agar semuanya boleh pulih dan sembuh seperti sedia kala. walaupun tidak mungkin 100% sembuh, saya berharap dapat kembalikan senyuman di bibir insan yang saya sayang..insan yang selama ini telah banyak berkorban dan berjuang demi saya. berkorban untuk melihat saya berjaya dan tidak pernah berhenti untuk membahagiakan dan memberi kesenangan kepada keluarganya.

abah.semalam dapat berita abah disahkan sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis. tak sangka jadi macam ni, baru beberapa hari lalu abah sakit tak boleh kencing.tapi tak sangka boleh jadi seteruk ini. mula-mula saya dapat berita abah tak boleh kencing, saya risau jugak, cuma tanak bersangka yang bukan-bukan..saya yakin abah boleh sembuh..sampailah semalam bila dapat tahu buah pinggang abah hampir rosak, saya rasa sedih sangat.saya menangis. abah pun menangis, sampai tak mampu nak beritahu berita yang disampaikan kepada doktor kepada abang dan kak long saya yang menjaganya di hospital..last2 a.long yang tanya sendiri pada doktor keadaan sebenar abah.

tengah hari td saya pergi melawat abah. abah memang nampak sedih,dia tak banyak bercakap. dan saya tak menangis, sedaya upaya saya tahan nangis dan buat seperti biasa.cuma kata-kata semangat yang mampu saya berikan kepadanya..dalam hati saya yakin abah boleh sembuh, dan menjalani kehidupan normal seperti sedia kala..cuma saya berharap abah kuatkan semangat untuk melawan penyakitnya. kami masih sayangkan abah. 

Ya Allah berilah aku peluang untuk berbakti kepada abah, untuk menyayangi abah sepenuh hati..berikanlah abah kekuatan, kembalikanlah senyuman di wajahnya.




Sunday, January 1, 2012

hAZAM 2o12

eh, eh! dah 2o12! uhuhu..happy new year everyone! 
 mari kita doakan kesejahteraan bersama
semoga sempena tahun baru ni, hidup kita lebih bermakna.
sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah. 

saya tak punya azam baru, dan tak perlu azam baru..
sebab saya dah ada en hAZAM..huhu
itulah yg kawan-kawan selalu kata.

mungkin azam saya setiap tahun baru ialah
mempertahankan hAZAM yang sedia ada.
menjadi isteri yang taat & terbaik kpd hAZAM.
sayangkan hAZAM sepenuh hati..
semua akan buat yang terbaik demi hAZAM :)