terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Friday, December 30, 2011

suka duka 2011


tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya..tak sangka sekejap je setahun tu..dalam masa setahun macam-macam dah berlaku,, banyak perkara dah berubah pada diri..terutamanya pada status dari single kepada married..dah jadi isteri orang and bakal ibu..alhamdulilah..semua dapat dirasa tahun 2011 ni.

awal tahun 2011,saya masih terumbang-ambing dalam mencari kerjaya.menunggu tawaran itu ini..almaklumlah baru lepas konvo bulan Ogos tahun 2010 and kontrak guru ganti pulak dah tamat masa tu..konon nak menunggu keputusan kemasukan KPLI, tinggal ni je harapan saya, mohon guru MRSM cuma sampai stage kedua je..interview tak dapat, takpelah tak de rezeki nak buat macam mana.. bila mengharap KPLI, KPLI pon tak dapat..perasaan tentulah HAMPA...sebulan menganggur..(konon) then tak boleh jadi ni, i apply balik guru ganti...alhamdulilah, dapat..de rezeki saya di situ..dalam hati fikir, tak boleh tak kerja...tahun ni nak kawen..huhu

dalam bulan Februari gitu...saya dpt mengajar as guru ganti bersalin macam sebelum2 ni saya dapat mengajar di 2 buah sekolah after saya konvo..tapi cuma 3 hari je saya dapat  mengajar di sekolah tu..guess what?? hehe saya dapat juga offer KPLI as calon gantian...alhamdulilah..perasaan ni cuma Allah je yang tahu..memang saya ada buat rayuan,, tulis surat segala bagai..dengan harapan adalah jugak rezeki saya sambung KPLI ni...alhamdulilah dapat..walaupun sebagai calon gantian.

bila dah jadi student KPLI,, faham-faham ajelah betapa sibuknya dunia..terasa kebizian mula melanda, sampai wedding sendiri pun tak sempat nak concentrate..begitulah seadanya...huhu alhamdulilah lepas juga majlis saya.akhirnya impian tercapai.



kehidupan lepas berkahwin dah tentu berbeza daripada sebelum-sebelumnya..lepas kawen bertambah tanggungjawab.selama ni fikirkan untuk diri sendiri je..tapi lepas kawen ada suami yang perlu dijaga.tapi almaklum sajalah, life as a KPLI student really tough. kena tinggalkan suami untuk capai cita-cita.alhamdulilah dia faham.dan syukur setiap minggu masih boleh balik rumah jenguk beliau...haha dan ini berterusan sehinggalah 8 bulan yang seterusnya.

langit tak selalu cerah..baru sebulan kami mendirikan rumah tangga, ayah mertua meninggal dunia..memang  terkejut..tak sempat saya berbakti kepada beliau.tak banyak masa saya habiskan masa bersamanya..tapi apakan daya Allah lebih menyayangi dia, semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.aminn
apa-apa pun life must go on..life saya memang sangat bizi pada sem 1 KPLI..kelas, assignment, presentation..semua harus difikirkan...masa belajar dari pukul 8pagi sampai ke 7 malam...every day..sangat memenatkan! very very busy...mana nak belajarnya, buat assignmentnya, presentationnya..bersukan berlari melompat..aktiviti tu aktiviti ni, camping...hah! puas dah saya merasa semuanya..memang pengalaman yang tak boleh saya lupakan..itulah suka duka KPLI..

 

classmates saya! KPLI BI/SN/MO 2 batch Januari 2011 IPGKTI..segala kenangan manis bersama you all memang takkan dilupakan..you all the best! 

bila sem 2 KPLI dah start makin bizi lah saya..start bulan Julai sampai Oktober saya ada praktikum di sekolah..time nilah mana nak fikir pasal lesson plan, teaching aids, portfolio lagi..dengan nak kena observe ngan pensyarah lagi...huhu semuanya saya lalui dengan rakan-rakan serumah di Kg Sawah, Pekan Nanas.wahh tak sangka sangat dapat lalui semua tu..memang pengalaman yang cukup manis berada di SK Melayu Raya..
my record book

counting days...week by week

 
portfolio yang tiada pada saya lagi...pada lecturer..huhu i miss my portfolio.
memanglah time praktikum tak sabar rasanya dah habiskan semuanya..alhamdulilah dapat saya habiskan praktikum dengan jayanya..klu cerita pasal praktikum ni saya rasa tak cukup satu entri saje..hehe 

pheww! selesai berpraktikum kena fikir pasal exam pulak...yaww! dan ini pun saya sudah melepasinya dengan jayanya...satu persatu dihabiskan...after exam, KISSM dan SPP..exam dan KISSM dah tahu resultnya dan alhamdulilah lulus.cuma interview SPP je yang tak tahu lagi.

dan cerita paling hangat 2011..haha. bukan lah paling hangat.tapi bagi saya perkara yang paling menggembirakan saya dan juga en suami..segala-galanya tercatat di sini Mummy Zee's Journal

itulah suka duka tahun 2011 saya. segala penat lelah, suka, duka, nangis, ketawa, kegembiraan  saya semua dapat saya  kongsikan bersama kawan dan insan-insan yang saya sayang..alhamdulilah, syukur sangat-sangat kerana Allah sentiasa melimpahkan rezeki buat saya dan keluarga. Saya mengharapkan tahun 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan menjadikan hidup kami sekeluarga lebih bermakna dan sempurna,sentiasa dilimpahi rezeki dan kasih sayang..amin

Thursday, December 29, 2011

bosan day

another bosan day~ pheww. but what to do? 

membaca mungkin cara menghilangkan kebosanan.

bila membaca pon lama-lama menjadi bosan

apa lagi...tido laa..haha

ohh..en hubby cepatlah balik rumah..saya bosan ni.
 kita g jalan-jalan nak? dah nak gaji kan? :P

Tuesday, December 27, 2011

si mulut murai


i miss this budak kepochi very muchiee,, tengah buatpe la tu agaknya sekarang..budak yang banyak tanye ni akan tanye sesuatu perkara tu berulang-ulang..contohnya, auntie ziha buat ape tu? then saya jawab 'tengah masak'..Sumayyah ulang balik pe yang saya cakap tapi tambah tanda soal..'tengah masak?' then die ulang lagi tanya, auntie ziha watpe tu? huhu suka tanya ulang2..ulang dan ulang lagi..alaa macam iklan dalam tv tu.. yaang budak kecik tu tanya ayah die, burung ape? haa macam tu la..si Sumayyah yang mulut murai ni..hehe i wish my children pun nanti kepoh macam Sumayyah ni, suka bertanya..kepoh yang baik-baik saja, bukan kepoh cakap benda-benda yang tak baik.

Monday, December 26, 2011

wanita dan kosmetik


wanita di Malaysia berbelanja sebanyak RM2000 sebulan untuk produk kecantikan. setuju? bukan saya yang kata tapi surat khabar Utusan Malaysia hari ni yang kata...huhu 1 amaun yang banyak buat saya yang bekerja sebagai penanam anggur yang berjaya. fikir-fikir balik ada tak sampai 2K sebulan saya berbelanja barang2 kecantikan..erm jawapannya mestilah tidak! tapi kalau dikumpul2 belanja saya untuk produk kecantikan selama ni adalah sampai 2K, maybe lebih!

istilah produk kecantikan bagi saya ialah barang make up, lipstick, foundation, blusher,eyeshadow etc, then set penjagaan wajah cleanser, toner, moisturizer, masker dll...itu tak termasuk produk kesihatan  lagi, vitamin dan segala bagai...huhu saya rasa duit saya mmg banyak habis kt barang2 macam ni berbanding brg pakaian mcm baju, tudung kasut and beg...huhu perempuan perempuann.

lately dok usha-usha dua website ni elf make up and Mary Kay..itu je yang mampu saya buat..nak beli tak mampu....takpe kite aim je dulu..he3

saya memang ada beberapa koleksi elf make up ni, banyak jugaklah..beli di online blog, harga pun berpatutan..beli time ada promotion tu yang syok..hehe brush set die memang best, saya beli dengan harga yang murah!


Mary Kay ni saya pernah cuba dia punya skincare set. harga tu memang bagi saya agak mahal lah..tapi dengar dari member-member yang pakai banyak bagi kesan yang positif..tapi nape saya pakai tak macam tu plak??huhu so i decided jual kt kawan yang pakai MK..maybe sebab i tengah preggy sekarang ni, so pakai apa2 brand pencuci muka memang tak ok..kulit akan kering..so now saya tak pki pencuci muka apa-apa pun. sekarang ni,, just sapu bio serum je kat muka..alhamdulilah time pregnant jerawat tak byk...cume masalah kulit kering je..

so for MK produk ni, saya berkenan kt brg2 makeup die je..sebab kalau produk make up ni saya rasa tak de masalah kot pada kulit ni, as long as make up tak tebal2 and cuci muka sebersih-bersihnya after pakai make up :P

ps: nak try goda en husband supaya dia belikan make up utk saya..haha :P

Thursday, December 22, 2011

my reader's digest


my reader's digest collection for year 2011.start collect mag ni since 2007 if tak silap.sekarang dah nak 2012. saya kena renew subscription for next year..tapi belum renew2 lagi.haha bila la ada masa nak g bank eh.huhu

sekarang ni baru ada masa nak baca semua RD saya. sebelum2 ni tak sempat sangat, just selak-selak and baca story yang menarik aje. sekarang pun dah kurang nak tengok tv.boleh katakan tak minat sangat dah tengok tv..tak tahu kenapa, mungkin blogging and reading lebih seronok kot.ceyy :p

sejak duk asrama memang tak minat dah tengok tv.sebabnya kat asrama tengok tv kena share.tengok tv ramai-ramai macam tak best plak.memang agaknya saya ni bukan hantu TV.

azam tahun baru; nak banyakkan koleksi buku, buat mini library..heheh berangan

ps: Atiqah cepat pos novel saya..dah tak sabar nak baca ni.hehe

Tuesday, December 20, 2011

ayam masak kicap.

Hari ni masak ayam masak kicap.erm first time masak kat rumah MIL tanpa pertolongan sesiapa.he sebelum ni kalau masak di rumah mertua just tolong-tolong memasak je.tapi hari ni oleh kerana ketiadaan beliau,, saya lah yang memasak.hehe gambar tak delah plak..tapi apa yang boleh saya cakap pasal rasa ayam masak kicap tersebut, boleh tahan..and sama je ngan rasa ayam masak kicap yang saya makan sebelum ni.ngee kira jadilah ayam masak kicap saya tu..kuikui...tak delah teruk sangat.heh

haha..entri kali ni cume nak cite pasal ayam masak kicap je.. :P

Saturday, December 17, 2011

drive carefully

selamat pagi sayangs!

ahakss, tetiba nak berjiwang kat blog nih..sajee. :)

harap you all semua sihat lah ye..

alhamdulilah pagi ni saya sihat. (tak tahula tengah hari nanti..he)

mahu berkongsi Quotes:

DRIVE CAREFULLY. WHY DIE IN PERFECT HEALTH?

quote ni menyuruh kite memandu dengan berhati-hati. bwatpenye nk mati dalam keadaan sihat? kalau nak mati biarlah memang betul-betul sakit..haha betul ke?

tapi ajal maut tu semua ketentuan Allah.kita tak tahu kapan kita akan mati, muda, tua, sihat atau pon sakit.

tapi waktu memandu tu janganlah drive laju-laju.ingat orang tersayang dan keselamatan orang lain juga.

ok, renung-renungkan selamat beramal! :)






Friday, December 16, 2011

gift wrapper


bercakap pasal hadiah..hee sekarang ni saya sudah ada tukang sampulkan hadiah yang berjaya.hehe sape lagi kalau bukan en husband saya.memang kalau ada kawan-kawan or sedara mara yang nak berkawin,kami akan belikan hadiah, dan tukang sampulnya ialah beliau lah.sumbangan saya pulak ialah tuu haa yang kecik secoet dalam gambar ni...hihi buat kad ucapan dan tulis sekali.

kalau dulu saya ada Atiqah, yang boleh sampulkan buku-buku saya dengan kemas, sekarang pun ada gak..hehe en azam dia suka menyampul buku gak,, semua komik dia, dia sampul.so, saya nak amek kesempatan ini nak suruh dia sampulkan kesemua novel2 saya.hihi

Thursday, December 15, 2011

today is not Sunday.

hari ini bukan hari Ahad ye kawan-kawan! hari ni hari Khamis..huhu sejak beberapa menjak ni bila dah jadi penanam anggur yang berjaya, kawan-kawan semua berstatus 'hari-hari ialah hari Ahad'..rileks la kawan-kawan, nanti bila dah dapat posting korang akan merindui hari Ahad tu.sekarang ni enjoylah dengan hari 'Ahad' korang tuu..tak pon pergi buat kerja yang berfaedah yang tak membosankan dalam erti kata lain pergi lah cari kerja. :)

saya pulak? tak bosan ke hari-hari? erm setakat ni masih tak bosan lagi.hehe kalau keadaan mengizinkan, lama dah saya cari kerja.kerja apa-apa lah yang penting halalkan?

ps: belajar menjadi suri rumah yang berjaya pon seronok apa. :P

Tuesday, December 13, 2011

life is unpredictable

semalam kita ketawa hari ini kita menangis.esok.................


hari ini kita masih mampu bernafas, esok belum tentu lagi.


Monday, December 12, 2011

di suatu petang

saya tak tahu nak tulis apa, tapi rasa mahu menulis sesuatu yang banyak terlintas di kepala tapi tak tahu nak start cerita dari mana. senang cerita tak de idea nak tulis apa kat blog! haha.

disebabkan terlalu banyak masa di rumah sekarang, jadi masa untuk berblogging dan kebarangkalian untuk berblogging adalah tinggi.hehe so why not kite pot pet dalam online diary ni.ceyy! tak kisah lah you all nak bace ke tak entri merepek saya nih. :)

erm mungkin malam ni saya nak p dating ngan my hubby.semalam punye janji die tak tunaikan lagi..huu so kena tuntut sampai dapat.he seronok la bila da kawen ni, boleh keluar malam-malam which is sebelum ni tak pernah buat.ngee~ if pernah keluar malam pon akan rasa bersalah.tapi jarang lah berbuat demikian.

ps: petang ni saya buat lempeng cicah dengan gula durian n sambal tumis udang..nyummeh! dap tau..



Saturday, December 10, 2011

result sudah keluar

result exam sudah keluar! alhamdulilah lega rasanya bila tengok result tadi.syukur sangat-sangat. tak sangka pun ada.senyum sampai ke telinga :D tak pernah merasa masa zaman di universiti dulu, time di IPG pon jadi lah..kegembiraan dikongsi bersama en suami, dialah orang pertama saya kongsikan kegembiraan ini..dapat kiss sebijik di pipi, dan esok dia nak belanja makan n bawa jalan2.heheh

Syukur ya Allah kau perkenankan doaku..saya redha je jika Allah berikan kepujian pada saya.kerana saya tahu usaha saya tidak seberapa.tapi Allah beri saya lebih dari itu.mungkin Allah inginkan saya lebih berusaha selepas ni, kerana tidak selamanya Dia akan beri kita nikmat seperti ini.Kadang-kadang Allah nak uji kita.jadi kena sentiasa bersyukur dan beringat.

ps: ada yg lebih hebat resultnya dari saya.

Wednesday, December 7, 2011

saya tak pasti jawapannya

sekarang sudah pun selesai segalanya. semalam baru habis temuduga SPP. damn it! saya memang tak dapat nak jawab soalan berbentuk pengetahuan am. huh! saya kira profesor pun belum tentu boleh jawab soalan tu.. untuk kesemua soalan tu jawapan saya, 'maaf tuan saya tak pasti jawapannya'. bayangkan lah kalau dia tanya yang berkaitan statistik. berapa banyak duit yang diberi, berapa bilangan stesen bas then tanya surat pekeliling itu ini...adoii kalau tak baca memang lah tak tahu.huhu tapi kalau tanya soalan berkaitan Falsafah Pendidikan Negara, pasal teaching and isu-isu yang berkaitannya memanglah boleh jawab.memang tak boleh nak expect dia akan soal soalan yang macam tuh! bukan saya sorang jela, kawan-kawan yang lain pun sama.memang dorang cakap soalan intebiu amat susah!

moral of the story~ sila baca surat khabar hari-hari, dari tajuk utama sampailah tajuk kecil2,, termasuk nombor2 tapi bukan nombor ekor.haha take note apa peristiwa yang berlaku setiap hari.

Sunday, December 4, 2011

Hanya Allah yang tahu

sekadar ingin berkongsi rasa bahagia di sini :)

Mummy Zee's Journal

gembira bila for the first time nampak si kecik..

Thursday, December 1, 2011

welcome Disember!

sudah masuk bulan Disember!! wahh sekejap je masa berlalu.sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah bln doblas! saya plak semakin takut nih, sebabnya 6hb 12 ni saya ada interview SPP.hoho dah lah tak prepare sangat.ni haa baru nak cari-cari info sikit. haha. cuak seyh! saya memang tak suka temuduga nih....tapi nak buat macam mana kan. terpaksalah suka tak suka kena suka jugak!

saya dapat rasa lah, bila asik ditemuduga, rasa level of confidence tu ada up sikit.cece. but perasaan cuak tu memang tetap adalah.tapi berbeza la masa dulu2 lepas SPM pergi temuduga.lain benor la..hehe sekarang ni ok sikit kot..kita bantai je nak cakap ape nanti..hihi

beberapa hari ni mungkin agak bizi..kena pergi tolong rewang rumah sedara.tak pergi macam tak sedap plak...lagi satu kalau pergi mungkin ada chance dapat makan NASI AMBENG! kihkih,, saya mengidam sangat nak makan nasi ambeng nih!! then dapat makan nasi minyak.erm nasi minyak ni tak berapa sangatlah. but nasi ambeng yess..i like. :) rupa nasi ambeng seperti rajah di bawah...

nasi ambeng makan dalam dulang ramai-ramai...syok tau!



back to my topic, mcm ne nak prepare utk temuduga nih??huhu

p/s: masa taip line yang last ni saya baru lepas masak..wooo penatnyerrr..sempat ke tak eh nak g rewang? :(





Wednesday, November 30, 2011

profile picture

saya mau bercerita pasal profile pic..erm if dulu waktu single-mingle kan selalu la letak gambar muka sendiri kan..muka yang ala-ala berangan tu...ehehe.kasi market naik sikit walaupun single not available.wekkk! ahaha,, mestilah kan :P contohnya macam gambar di bawah ni... :)


then adalah mereka-mereka yang suka letak gambar bersama bf, gf, or tunang ke...hurm saya tak pernahlah letak gambar saya dengan en.azam as profile pic...walaupun dah bertunang..belum lagi..tanak reveal lagi kekasih aty time ni,, nanti saham jatuh..kunun,hehehe..

disebabkan saya punya akaun FB, haruslah gambar sendiri kan..bila dah grade pun nak letak gambar berjubah konvo...menunjukkan yang saya sudah tamat belajar! bagi saya ia satu pencapaian yang menggembirakan,, 3 tahun tu belajar di u, bukan senang nak sampai ke tahap ni...so, bila time2 konvo memang ramailah kawan2 di FB yang baru grade akan letak gambar masa konvokesyen as profile pic.


ehem-ehem...yang ni saya suka nak cerita ni..sebab sekarang saya dah capai ke tahap yang ini...bila profile pic di FB bertukar dari gambar single ke double...dan pakai baju pengantin plak tu..hehehe..menandakan seseorang itu sudah berkahwin! walaupun dah berkahwin berbulan-bulan still nak letak lagi gambar time kawin...ehehehe...sayalah tuh orangnya..




NEXT?? cuba teka gambar apa lepas ni saya akan letak as profile pic?hehe tak sabar gak nak letak ni.... :)

Bagi saya perkara ni normal.sekadar ingin berkongsi dengan kawan-kawan di FB, FB saya untuk kawan-kawan yang saya kenal sahaja...dan terpulang lah kepada individu nak letak gambar yang macam mana...asalkan tak melampau dan melanggar batas-batas agama..agak-agaklah kan nak letak gambar tu..bukan kita ja yang tengok..orang lain pun menengok jugak.

Sunday, November 27, 2011

dendam

terserempak dengan orang yang tak mahu diserempak.huh! nak buat macam ne, dunia ni kecil (kunun) pusing-pusing dekat tempat yang sama memanglah akan terjumpa dengan orang yang tak ingin kau jumpa.huhu boleh ke kalau saya buat-buat tak kenal dengan orang yang pernah menyakitkan hati saya? yang dulu pernah cuba untuk merampas orang yang saya sayang? dendam ni memang tak boleh dipadam. walaupun sekarang saya dah menang. banyak cerita masa lalu yang menyakitkan tidak boleh dilupakan...walaupun cuba lupakan memang tak boleh..dendam yang satu ni memang tak boleh dipadam.

Thursday, November 24, 2011

home sweet home

sudah berada di kampung halaman...wahh,home sweet home!mahu berehat sepuas-puasnya.haha rasa macam tanak fikir apa-apa. feeling ni sama waktu saya habis STPM and degree dulu..tak perlu fikir untuk study..hoho.. mahu relax kan otak.tanak pk macam-macam. :P

tapi bosan jugak kan kalau hari-hari yang dilalui tak buat apa-apa? ermm contohnya macam hari ni, memang tak de buat apa2 pun, just kemas-kemas rumah, basuh sidai baju and tolong mak masak,, dan menjaga encik suami yang tidak sihat.huhu kesian dia.harap-harap dia cepat sembuh..tak best la macam ni,, sebab dia tak boleh nak bawa saya jalan2 kalau sakit.

p/s: bagi lah saya cadangan nak buat aktiviti ape sementara menjadi pengganggur terhormat ni. :)

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

kami berstimbot!

selamat hari selasa! hari ni Johor cuti...hehe bukan sebab nak sambut kemenangan harimau muda...tapi sebab hari keputeraan Sultan Johor! ngeeee~

dan hari ni saya nak updatelah pasal malam tadi.. :) saya dan coursemate dan lain pergi berstimbot! haha makan-makanlah ape lagi...

masuk malam tadi da 2 kali dalam minggu ni i makan stimbot.huuu..hari tu sebab ade member mengidam nak makan stimbot, tapi kali ni sbb farewell party kitorang, coursemate mua nak makan stimbot! ikut jelaa.

dorang semua ni memang tekun makan..sebabnye kitorang boleh amek seberapa banyak makanan yang kami nak.makan sampai muntah pun tak pe, dan hanya bayar RM19.50!..dulu RM17 je..sekarang da naik da..huhu




dah abes makan kita makan aiskrim plak..nyum2..haha tu jela nak cite..dah nak abes KPLI ni kan,, cara ni jela yang sempat kami buat gathering..nak wat jamuan kat hotel2 tak sempat lah plak...okeylah,, selamat bercuti kepada yang bercuti.

p/s: walaupun semalam xtgk match bola, tapi rasa macam tgk je, sebab dapat live update dr kwn2 kat facebook..kan??

Thursday, November 17, 2011

bekalan mak

pic di atas ialah makanan yang dibungkuskan oleh mak.semalam saya baru balik dari kampung ke IPG setelah cuti beberapa hari untuk melepaskan rindu kepada orang yang tersayang..he3

erm, memang lah sejak dari zaman saya dok asrama time sekolah menengah sampai sekarang ni dah kawen and still stay hostel mak yang bungkuskan..huhu

dah terbiasa mak akan bungkuskan makanan untuk saya dan adik beradik lain, untuk bekalan ke mana-mana.especially saya ni yang duk asrama, kalau balik ke asrama, mak mesti akan bungkuskan untuk saya makanan and dia akan masakkan saya lauk-pauk and kuih..

walaupun boleh bungkus sendiri, nak mak jugak yang bungkuskan.mengadakan? tapi tulaa, ada sentimental value sebenarnya..air tangan mak, lebih berkat. saya rasa bukan saya sorang je yang macam ni. korang yang stay asrama pun mak selalu bungkuskan nasi kan? contohnya, my roomate even die dah besar panjang mak lagi yang bungkuskan nasi untuk dia.

kalau di rumah mertua lain la plak kan..de sekali tu husband suruh bungkus seniri..erm kalau bungkus seniri jawapannya...tidaklah.hahaha. dah terbiasa dimanjakan oleh mak.tapi selalu gak lah my mom in law bungkuskan lauk utk saya, nak-nak masa duduk rumah sewa time praktikal dulu.

kesimpulannya, saya sayang mak saya kerana selalu bekalkan saya dengan makanan. :)

Monday, November 14, 2011

tamat life sebagai seorang student

boleh ke saya nak jerit yeYehhHH!!?? hoohoyyaaaayy! bestnyer exam dah abes! weeeee~~~
tak dapat nak gambarkan perasan ini...perasaan yang lega yang amat.pheww~ tarik nafas dalam-dalam...alhamdulilah...

hari ini tamatlah exam KPLI saya...paper Ilmu Pendidikan. saya tahu walaupun saya jawab macam konfiden tapi belum tentu betul, saya nak gembira jugak~haha yang penting saya dah berusaha...dan kite berdoa dan bertawakal jela pada Allah..semoga saya lulus dengan cemerlang.cehh dalam hati masih menyimpan harapan untuk dapat cemerlang tuh..hihi..tidak mengharap terlalu tinggi, ade rezeki cemerlang adelah..takpun kepujian dan syukur sangat-sangat. tapi yang lebih penting lagi ialah dapat posting cepat-cepat nanti..itu yang paling penting..

sekarang ni saya dah berada di rumah....serabut sangat dok kat IPG lama-lama.balik sat melepaskan rindu..hehe ahhaa jangan pk loqlaq eh, bak kate encik Mohamad Asrul ( my classmate ). balik sehari 2 takkan tak boleh kot..walaupun dah habes exam, kami ade lagi assignment kena buat..kali ni KISSM..lupa plak KISSM tu singkatan tuk apa.tapi biasalah penjawat awam macam guru ni kena dok exam gak...then nanti bulan 12 interview SPP plak.feww..sebenarnya ada 2 lagi perkara belum setel sebelum menjadi penganggur terhormat ni...sabar jelaaa...

wokehlah you all,, dah penat pot pet ni..karang sambung lagi eh...babai~

Saturday, November 12, 2011

dapur impian



assalamualaikum semua! selamat hari sabtu!

mood dari malam tadi : cari resepi masakan yang sedap-sedap untuk belajar masak lauk-pauk yang best-best. copy & paste resipi yg berkenan then save.dah banyak sikit akan dibukukan buat panduan. ade duit lebih sikit pergi kedai buku beli buku resipi! ahaha sangatlah excited nak belajar memasak.

saya bukanlah tak pandai masak, tapi cuma nak belajar masak makanan baru yang belum pernah test je..ceyy! nak ngaku gak pandai masak..hehe. sekarang ni belum sempat lagi nak masakkan macam-macam untuk encik suami.al-maklumlah duduk berjauhan. tapi sekali-sekala tu ada lah, bukan tak de langsung.

saya suka memasak sebenarnya. tapi sometimes saya rasa tak selesa bila terasa bukan di dapur sendiri. nak-nak lagi bila dikelilingi dengan orang yang rasa masakan die jelah yang sedap.cara masakan dia jelah yang betul. saya pun tahu memasak jugak dan saya pun ada cara memasak tersendiri.huhu tapi tak pelah, think positif je, kate nak belajar masak.terima jelah apa cara memasak sekalipun.


tak perlu dapur yang besar, cukuplah small kitchen macam ni untuk saya memasak utk suami dan anak-anak nanti. berangan dulu tak pe kan? :)

Selena Gomez & The Scene - Love You Like A Love Song



suka dengar lagu ni sekarang.. :) video klip nye pun menarik. esp Selena Gomez yang comel tu..make up2 die cantek gak dalam video ni. enjoy the video!

Friday, November 11, 2011

+ 11.11.11 +

tarikh hari ni memang cantik kan?? semua orang cakap macam tu..dan pada tarikh yang cantik ni lah birthday abah saya!

Happy Birthday Abah..semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah :) saya sayaaang abah! muuaah!

p/s: tak dapat balik hari ni sebab Isnin ni ada exam...huhuhu

Thursday, November 10, 2011

exam BI paper 2

paper kedua sudah selesai..alhamdulilah..nak tahu macam mana saya jawab tadi?? huhu semuanya menggunakan teknik common sense..kebanyakan soalan lah saya guna common sense and based on my experience masa praktikum dulu...feww! lega sikit..ada tinggal 1lagi paper penting.harap-harap dapat jawab lah paper yang satu nih.

untuk paper hari ni saya memang tak berapa nak study sangat. (samalah dengan paper semalam..ahakss) lepas je jawab paper 1 semalam otak terus beku, sebab exam hall dah macam kutub utara dah..abes exam pale tak okeh lagi..walaupun paper semalam senang sikit berbanding hari ni, tapi disebabkan hari ni exam kat bangunan lain, jadi tak berapa sejuk...paper yang susah bolehlah dijawab dengan tenang tanpa sakit-sakit kepala selepas menjawab.huhu

nasib baik exam after this kat bangunan yang sama, tak tension kot..tapi tak tahu lah soalan nye macam ne nanti. Subjek Bahasa Inggeris dah boleh tutup buku, segala nota and tok nenek nota sudahlah disimpan untuk dijadikan kenangan.hehe...tinggal paper Ilmu Pendidikan.Bersedialah tiga buah buku IP untuk dikhatam dalam masa 3 hari ni..uhuhu...

doakan kejayaan saya ye kawan2!

Wednesday, November 9, 2011

exam BI paper 1

exam BI paper 1 sudah pon tamat..fewww! leganya..ade lagi 2 papers..sok BI paper 2..sok punyer paper quite tough..kena study bebetol..haiyaaa..dah tu buat ape lagi? sempat lagi blogging eh ko ziha! hehehe...bukan aper, beku dah otak ni tadi dok dalam exam hall 3 jam.penat tau menggoreng! ahaha..sampai saat-saat akhir pun masih tidak mahu mengaku kalah! cewaah! tadi ade soalan pasal literature tau..pasal poem Muhammad Haji Salleh..uhuuu terubat sikit rindu nak jawab paper literature, boleh tahan senang lah. erm soalan yang lain tu no comment! ahaha... puas hati jugak jawab soalan esei..jawab karangan macam karangan SPM..fuuhh lame tak buat macam tu.tak tahulah oke ke tak..harap-harap i pass dengan cemerlang paper ni dan paper seterusnya..

wokeylah! nanti i sambung cerita lagi ye....sempat ke tak sempat ke saya akan try update blog ni seadanya, buat kawan-kawan yang merindu...hihi

Friday, November 4, 2011

ceramah jalan raya pagi Jumaat~

selamat pagi! hari ni saya ada kelas pukul 10.30. ermm lecturer nak kasi soalan bocor agaknye..hehe taklah...cuak gak ni nak exam, bile tengok past year punyer soalan exam, i have no idea how to answer it. so dengan adanya kelas pagi ni mata dan minda saya lebih terbuka luas seluas-luasnya dan dipermudahkan masa menjawab soalan exam nanti.amin

petang ni saya balik kampung, tapi tak tahu lagi balik bila..so sesiapa yang balik kampung juga hari ni, hati-hati di jalan raya oke...ingatlah orang tersayang. 'ingat orang tersayang' bukan bermakna drive laju-laju so cepat sampai rumah jumpe orang tersayang! tapi bawa berhati-hati,, pandu cermat jiwa selamat..hehe

selamat hari raya aidiladha semua!

Wednesday, November 2, 2011

ceramah gagasan 1 malaysia

 
8-10.30 pm : ceramah terakhir utk hari ni..phewww! Cepatlah habis, penat nih..huhu anggaplah ia ceramah berkaitan sejarah, bukan ceramah politik.huhu namo politik,pening pale pk psl politik.

ceramah guru baru

sekarang tengah dengar ceramah bakal guru,, wahh semangat ni :)  tak ngantuk pon.best                           penceramahnye..guru cemerlang C.                                                                                                        KEBANYAKAN KITA MEMPUNYAI KUALITI YANG TIDAK PERNAH DIGILAP HANYA KERANA PERJALANAN HIDUP KITA TIDAK MEMAKSANYA DITONJOLKAN. 

Ceramah

Sedang dengar ceramah antidadaH..feww!dari pkul8 td dgar ceramah..hr ni ade 3 ceramah!sampai pkul 10 mlm tu..tahan jela...huhu nasib baik blh on9...blh gaK blogging.hehe              

Monday, October 31, 2011

selamat tinggal sayangku

sekarang kena study no matter what..good bye blog! nanti if ade free update lagi oke! doakan saya dapat menjawab soalan exam dengan tenang dan berjaya menghabiskan KPLI ni dengan jayanya..about one month to go! chaiyok ziha!!

p/s: sekadar catatan dan ingin berkongsi pengalaman di blog ini..doakan yang terbaik untuk saya.

Saturday, October 29, 2011

masaklah kamu untuk suami kamu, sebelum kamu dimasak!

assalamualaikum!
menulis lagi saya hari ini...ermmm nak cite pe ek????? letak tanda soal manyak sikit!haha

actually, hari ni pagi2 buta lagi dah dok blogging ke blog2 yang ade tunjukkan resepi and gambar makanan yang sedap2! ahaha terliuq beb tengok makanan2 tu...sebabnya sy kena puasa since from last night till tis morning...smpi pkul 8 je pon! haha sebabnyer kena check darah utk tahu thp gula..erm sebabnyer kan bacaan semalam amik dlm 8.4 mmol...then misi suruh amek sekali lagi pagi ni, alhamdulilah turun 4.5mmol...cehh, cuak gak ingat de kencing manis ke aper...

waahh melalut plak cite sampai check darah kann! back to our topic sebentar tadi, masak! yeah masak-memasak memang kerja orang perempuan, nak2 kalau yang dah jadi isteri macam i ni.huhu haruslah pandai masak..pikat suami dengan perutnya..kita kasi makan makanan yang sedap-sedap biar sampai perut suami muncit!haha tanak2!! saya tanak perut suami saya muncit!! cukuplah dia suka makan makanan yang saya masak and tak makan makanan yang kat luar yang tak tahu berkhasiat ke tidak..ceewwwwwahhh! 'W' lebih sikit utk cewah.hihi

sebabnyer kan you all, i dengar2 cite dari orang pasal kisah suami cari perempuan lain, or kawen lagi satu...sebabnyer isteri jarang masak kat rumah, kasi suami makan makanan yang dibeli dari luar....huuu seram tak? seram tak? kalau boleh tanaklah mende2 macam ni berlaku pada diri saya and diri anda semua, macam mane ko tak pandai masak kena masak gak untuk suami...tak pandai belajar laa...betul tak? macam saya ni, bukannye terer sangat memasak, tapi sebab selalu encik suami request nak makan itu ini, masakkan lah jugak untuk die,kesian..haha padahal rasa takdelah sedap mane, tp die puji cakap sedap....kihkih...ini kes masuk-bakul-angkat-seniri nih..

so, moral of the story, amik point penting je, setelah penat aku membebel kat atas..ahaha

1. selalulah masak untuk suami anda...supaya die tak cari lain :)


then, saya nak kongsi 1 blog ni, yang sentiasa menjadi rujukan,and cuci2 mata kalau terasa nak masak sesuatu yang best..seronok baca and belajar dari blog ni, masakannye pon simple and senang je kalau nak masak...apa lagi kalau bukan blog kak Ina kite...sila lah terjah kawan-kawan!



pernahlah gak saya try resipi daripada blog beliau ni...resipi yang senang2 je...tak caya??meh saya tunjuk gambar kasi bukti...hihi

Bebola Udang Beroti..nak resipinya sila terjah blog beliau..klik je gambar link blog beliau di atas..erm maaflah, gambar di sini kurang menarik...helloooo, tak hangit okeh!! ini gambar amek pakai kamera henpon yg tak berapa best sangat..tu yg jdi mcm tu....huhu

okehlah you all, selamat mencuba...i nak p memasak untuk encik suami ni...babai... :D

Friday, October 28, 2011

jom soping buku!

salam Jumaat~
sekejap je dah hari Jumaat,pantas je masa berlalu meninggalkan kite...cewwaah!

dalam asyik saya berblogging di blog kawan2 ni, ternampak entri si Tqah yang bercerita pasal Big Bad Wolf Book Sale nih..alahai seronoknye kalau saya berada di tempat di mana Tqah berada..boleh je saya tumpang join sekaki membeli-belah buku2..Link

saya sempat meng'usha' website BBW ni...and ternyata buat saya rambang mata...harga pon murah giler2 and mampu dimiliki...oleh kerana saya tak berada di tempat beliau, terpaksalah saya kirim je buku pada si Tqah ni, erm bolehlah saya kirim Tqah buku barang sebuku dua or berbuku-buku...hehe...

barangsiapa yang nak meng'usha' buku2 di BBW ni, sila lah klik link di bawah ini...selamat merambang mata kepada bookworm semuaa!

http://www.bigbadwolfbooks.com/


p/s: Buatpenye Tqah kite tak boleh bukak blog awak hari ni??huhu

Thursday, October 27, 2011

jiwangs ;p

++ ku bahagia ++



++ mengharapkan kebahagiaan ini kekal buat selamanya ++

Wednesday, October 26, 2011

i'm back!

assalamualaikum semuaa!
waaa lame tak update blog..sangat pemalas! erm mood yg ade pada saya sekarang ialah malas! huhu kenapalah jadi macam ni... Baiklah, sedang mencari mood la nih, tapi sat lah..i nak berblogging sekejap..he2

sekarang ni saya dalam keadaan seperti di gambar di bawah..berada di atas katil yang empuk ditemani bantal dan comforter yg membuatkan diri terlena sekejap lagi..hihi apelaa aku merepek ni??



FYI, sekarang ni saya sedang ber'study week'...seharusnye masa ini dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran,hihi...well ade lah sikit buat revision, tapi yang banyaknye MAIN! haha i mean main game ZOMBIE...kuikui....ini semua pengaruh encik Azam yang suke sangat main gambe Plant vs Zombie tu..huhu ape pon tak jadi lah kalau dah main game..huhu

ok, sekian sudah kemerepekan saya untuk entri kali ini,, saya nak tolong mak kelepet karipap jap..hehe okeh, see u again.. :)

Monday, October 17, 2011

Count on Me - Bruno Mars



bila dengar lagu ni I teringat semua kawan2.cute video clip ni kan?

i miss you all friends!

Sunday, October 16, 2011

tamat koko

salam~
hai semua! lama seh rasanya tak berblogging...sian blog ni dah banyak sarang labah2..hehe rindu tak kat saya? rindula2x!hihi tak malu ni minta orang rindu kat kite plak...


erm kehidupan selepas berpraktikum ni agak free la..walaupun bru hari kedua di IPG kami sudah dikejutkan dengan oral test,, itu tidak menjadi masalah...chewaah..then Sabtu plak ade majlis tamat kokurikulum...santai jerk.kihkih


masa majlis tamat koku tu de perlawanan bola jaring n bola tampaq ni (bak kata Asrul)..sedih jugak sebab tak dapat nak tunjukkan skill bermain.kalau keadaan mengizinkan dah lame daa boleh jadi wakil..haha

inilah saya selepas beberapa bulan...ade pe2 perubahan tak?hihi



aisehhh malu-malu ni..(konon)..

esok maubalik suda..baru seminggu kt IPG..sebab sekarang dah tak de kelas daa..tgal minggu study week utk final exam..doakan saya..harap dapat menulis di blog lagi.. :)

Tuesday, October 4, 2011

mahu habes sudah

salam..
uit lamanya rasa tak update blog..busy la katakan.hehe
sekarang tak berapa nak busy sangat..heheh dan rasanya tak sabar sangat dah ni nak menghabiskan sisa-sisa hidup di sekolah ni..haha
inilah masa yang dinanti-nantikan!!

saya dah nak abes praktikum!!

minggu ni last saya berpraktikum..
haha...gembiranya saye...
12 minggu dah berlalu...
pasni saya akan kembali ke IPG..
belajar selama beberapa minggu and sit for the exam..
phewww...
i think i lebeh suka belajar than bekerja...hoho
but no assignments please...
boleh ke nak belajarr je tapi tak payah ade assignments yang membosankan..kihkih.


erm okehlah....mahu sambung kerja sikit..
penatlah asik kena relief kelas jerk...
nak buat macam ne...huhu

Sunday, September 18, 2011

sabar

bercakap soal sabar. apa itu sabar? sabar itu separuh daripada iman.itu je yang saya tahu...bukan senang nak mendidik hati ni menjadi seorang yang sabar.sabar dalam segala hal itu perlu.

saya bukannya seorang yang sabar. untuk meluahkannya dengan kata-kata saya tak mampu, cume melalui tulisan saja dapat saya kurangkan kesedihan hati ini.biarlah orang tidak tahu tentang apa kesedihan ini..cume ingin berkongsi yang saya sedang berduka.itu saja.pasal apa saya berduka biarlah saya saja yang tahu..

terima kasih sekiranya ada yang ingin berkongsi, tapi setakat ini saja yang mampu saya katakan, saya sedang bersedih.sekian.

~-~^



cuti dah nak abes....tak bestlah....huhu~
pe2 pon, gud luck utk diri sendiri....
tak tahulah, ape lagi cabaran yang datang selepas ni.ermm
Ya Allah, kuatkanlah saya.amin

Tuesday, September 13, 2011

laksa penang, nyummy!

salam semua!

sekarang ni saya mengidam sangat nak masak laksa penang! huhu.. harap-harap balik hujung minggu ni emak boleh masakkan saya laksa penang..baru-baru ni emak masak laksa penang saya dapat merasa sepinggan je...sebabnye de sekor jaws kat rumah tu bedal sampai 4 pinggan!! haha...jaws itu ialah my anaksedara, CHOT~ (sedang UPSR die skrg ni, Gud Luck!). so emak dah janji nak masakkan lagi untuk saya cume tak tahu bile..so now, i nak tuntut!!muahahaha!!

Back to cerita laksa penang saya..oohh sangat teringin nak makan laksa penang sekarang...ermm sekarang ni rasa makanan lain macam tak menyelerakan, paksa gak lah nasi masuk tekak, kalau tak kang kelaparan..huhu sekarang spicy food yang merah-merah macam asam pedas tak berapa selera sangat nak makan..sebabnya hari-hari dok makan asam pedas yang sangat pekat kuahnya..so rasa macam takut plak nak makan..simptom ni saya berjangkit dari en husband saya..he


nyum3....sedapkan laksa penang?? tengok gambaq ja dah terliuq....haha Tqah mesti suka ni kalau dapat makan laksa penang kan?? my mom punye laksa penang memang terbaaekk lah! kitorang 1 family walaupun org Johor, tak biasa makan laksa Johor, we all lebih suka makan laksa Penang, sebabnye my dad lah die lebih suka laksa Johor..so my mom pon die selalu lah masakan kami laksa penang, sampai laksa Johor pon kami tak kenal...haha melampau betul!

kesimpulannya balik ni saya akan paksa my mom masakkan laksa Penang! haha cruel sungguh bunyinya kan?hihi yela2...nanti i tolonglah sama masak laksa... :P

Wednesday, September 7, 2011

Green Apple

apakah rasanya bila sudah selesai di observe? boleh kah saya guling-guling macam tenggiling menandakan yang saya sangat gembira dan legaaa??hihi

yes! saya memang legaa...dan malam ni boleh tidur puas-puas sesuka hati..kihkih..nak balas dendam malam semalam yang tak berapa nak nyenyak tidurnye..kuikui...

alhamdulilah, tadi P&P berjalan lancar...ade improvement dari segi markah..ehemm, merasa gaklah dapat 5....but i'm sure kawan-kawan yang lain pun dah banyak dapat markah 5 :) senyum sampai telingaa..weeee!!


p/s:



dan kini saya cuma mahu makan epal hijau sahaja..hanya epal hijau sahaja yang dapat men'neutral'kan tekak ni...huhu epal hijau yang manis...manis ke??hihi

Tuesday, September 6, 2011

observation lagi


bersiap sedia untuk di 'observe' esok! wooshhh!

tak buat ape2 lagi nih..haish..nanges sekejap. T_T

Monday, September 5, 2011

mood beraya lagi




Selamat hari raya! masih dalam mood raya tapi sudah disuruh bekerja..huhu tak de mood langsung hari ni..tapi apa boleh buat, perjuangan masih belum selesai...tak larat-tak larat pon kena gagah jugak!

nih gambar raya pertama,, semua ahli keluarga ada kecuali family my sis yg no 3 je yang tak de, sebab dis year turn dia balik beraya rumah mak mentua...dan saya, first time beraya sebagai seorang isteri..hehe nothing special, but just this year ade 2 belah family and sedara kena ziarah.

adventure tak? time nih pergi beraya rumah makcik en azam..
memang jauh ke dalam kebun kelapa sawit..tapi best tau!
tinggal sini aman damai dan tenteram tiada gangguan orang luar..heheh

last but not least, pic saya dan en suami..hehe
selamat hari raya! :)


Monday, August 29, 2011

Friday, August 26, 2011

status saya

salam

erm di facebook ramai kawan-kawan dah post status nak raya. ada yang tak sabar nak balik raya, awal lagi dah wish selamat hari raya..tak kurang juga yang dah packing baju nak balik kampung..seronok kan?

suasana tak kurang meriahnye kat rumah sewa saya ni, kawan2 yang balik ke Sabah dan Sarawak memasing..macam lah dorang yang nak beraya, hihi...apa tak nye ni lah masa nak cuti panjang sikit..lupakan sekejap sesuatu yang bernama praktikum dan fail portfolio...haha kita makan kuih raya bebanyak.

macam saya ni meriahnya dah kurang sikit lah..kalau dulu masih belajar dok jauh2 dengan keluarga, ada lah feeling2 nak raya kan...dok jauh kononnya.balik kampung naik bas.hihi tapi sekarang every week balik,, feeling balik kampung beraya tu kureng laah.

dan sepertinya tadi kami telah berbuka puasa bersama buat kali terakhir sebelum nak raya..alhamdulilah kenyang sangat2...makanan pon sedap boleh tahan...tengah lapar kan, makan ape pon jadi sedap..hehe

nyum...nyum..macam biasa menu kegemaran kami, tomyam campur, telur bungkus n sotong goreng tepung...


wokeh lah, stop membebel dulu....nak tido sebab sok ade lagi satu hari ke sekolah sebelum bercuti raya...okee, gud nite you all!

Wednesday, August 24, 2011

portfolio oh portfolio

inilah dia portfolio yang saya katekan tu....fuhh lega, lega...KJ dah datang pantau.he


ermm tengoklah ni belum siap lg nih..huhu


tapi esok lecturer nak dtg pantau plak...ermm hopefully die tak tengoklah portfolio ni lagi...penat laaa...huhu

sekarang ni rasa tak larat dah..erm penat, lemah dan macam-macam lagi perasaan ada..huu tak tahulah simptom ape kena ngan badan ni..

dah nak penghujung Ramadhan ni rasa letih sangat..
awal-awal dulu rasa badan sihat je..kuat dan cergas..cewaah!

berbadan dua ke?? erm tak tahulah...


Monday, August 22, 2011

salam, hai lama benar tak menulis kat blog..hurm xde idea nak tulis sebenarnya.. tapi dah minggu nak dekat-dekat raya ni..saya update la sikit dari tak de langsung kan! haha.

cerita hari ini, saya telah dipantau untuk sekian kalinya..kali ini dengan KJ...erm iaitu Ketua Jabatan..mula tu rasa cuak tau, sebabnya portfolio saya tu tak berapa nak lengkap sangat.then mendengar stori mori dari kengkawan yang telah dipantau oleh KJ ade yang kena marah n kena skola kan sekali...haahaa lagilah membuatkan saya cuaaakk!! huhu

alhamdulilah, tiada masalah sangat..perkara yang buatkan saya cuak tu tidak disangka mendapat pujian.hehe masih terngiang-ngiang and terbayang-bayang perkataan cantik yg didengar dan baik yang dibaca tadi.. :)

nak mengupload gba portfolio saya tu, tapi tenet slow sangat..erm tak pelah next time maybe..ok la nt sy update lagi eh.. :)

Wednesday, August 17, 2011

science teachers


muka cikgu-cikgu sains~haha

rindu kat korang

cepatlah abes praktikum ye..


cdt pic to Kingfier Missin~

Thursday, August 11, 2011

syoknyer nak raya!




tahukah anda sekarang ini saya tengah dalam mood rajin? lalalalala~ :P


bukan apa, rajin tak rajin kena rajinkan gak..

sekarang kat rumah..

sementara tak de pengganggu, buatlah kerja yang banyak tu!

wokehlah you all! selamat hari Ahad~~

weee, syokknyer dah nak raya!!hihi

hebat ke

salam

penat dan takde mood lah saya..tapi paksakan diri jugak..huhu

kan best kalau praktikum ni cume pikir mengajar je.

tak payah siapkan portfolio segala bagai..hoho


sekarang ni mana-mana kalau pergi orang boleh detect saya ni cikgu.

ermm macam mane eh orang tahu?

even saya seniri kalau tengok orang tak boleh nak agak sama ada die tu cikgu or bukan.

UNLESS

die pakai name tag! haha

sebelum jadi guru, saya selalu tanya pada diri seniri...

boleh ke saya jadi cikgu?

masa dulu banyak dipengaruhi oleh abah..

die yang nak sangat saya jadi cikgu,,

pengalaman masa jadi guru ganti yg sebabkan saya rasa diri ni tak sesuai

sebabnya saya ni tak sabar n tak tahu nak mengajar macam ne.

tapi alhamdulilah lah, bile masuk IPG, ade confident sikit nak jadi cikgu..

pasal ape??

hehehe...

pensyarah pembimbing saya ade beri feedback die nampak ciri-ciri seorang guru pada saya.

ciri-ciri macam ne tu tak tahulah.haha

tapi mungkinlah, pengalaman sebagai guru ganti banyak mengajar saya.

sedang berusaha menjadi yang terbaik! :)

expectation kementerian tinggi terhadap kami, die nak bila kami habis praktikum and posting nanti terus jadi GURU YANG HEBAT.

takotnye bile dengar GB saya bagi tahu macam ni tadi.huhu





Tuesday, August 9, 2011

lu, yes lu!

bulan puasa saya rasa lega..sebab saya bebas daripada penghisap asap yang sesuka hati jer hisap rokok di tempat awam to be specific st_fr_o_ u all guess ar seniri~

nak aje saya cakap, excuse me, saya ni wanita mengandung,
boleh tak awak hisap asap kat tempat laen??

if u smoker boleh menjauhkan diri isap rokok drp isteri anda yg mengandung,
kenapa tak boleh jauhkan diri bila isap rokok berdekatan dengan wanita lain?
bygkan wanita tersebut ialah isteri anda..

cett malas mau cakap lagi..
lu pikirla seniri!
malas nak pikirkan utk lu..

Friday, August 5, 2011

menghitung hari


menghitung hari,detik demi detik..tik tik tik..

dah nak masuk minggu kelima daa~~syiokk!

tapi next week lecturer minor nak observe pulokk! adess~




p/s: comel tak jam tangan saye?hihi

Thursday, August 4, 2011

Sunday, July 31, 2011

cara melepaskan rindu dendam

cara melepaskan rindu terhadap Literature in English

ialah

dengan

membeli novel seperti ini....haha


semalam pergi ke BP Mall, singgah bookstore.

lama dah teringin nak beli novel..

nampaknye bertambah lagi la koleksi novel saya yang

belijetaktaunakbacabile..haha

actually, buku ni yg I rasa murah, RM23.90

novel yang lain2 semua mahal..kuikui

To Kill A Mockingbird,

masterpiece of American Literature..

erm sebab tu la saya pilih novel ni,

nak tahu ape yang "masterpiece" nye :)



AND


saya juga melepaskan rindu saya terhadap kesukaan saya yang satu ini~

bershoping barang makeup

yangdahadatapitakpakaisangat..hihi



eyeshadow elianto yang murah!

percayalah cume RM4 & RM3 je!!

semalam macam nak pilih banyak warna je...

bayangkanlah cume 4 and 3 hengget jorhh!

mau tak pengsan!

rasa dah sepak muka sepoloh kali..macam tak percaya.

tapi memang ye..

ade 50% discount!

haa,, mask ni pon RM3 jer..

i macam nak g elianto lagi borong semua! hehe

tapi kalau beli je tak pakai membazirkan??

x elok la plak.


okehlah you all...
nak wish selamat berpuasa
jangan puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk udah le..hihi

Saturday, July 30, 2011

observe

pheww...semalam baru lepas di observe buat kali pertama dgn pensyarah pembimbing.

rasa lega sangat..ermm dapat komen yang positif.. tu yang seronok tu.. :)

tapi takde ah bermakna saya ni bagus sangat..still de lagi kelemahan yg perlu diperbaiki.

esp Grammar..yeaahh my mistake, perlu improve lagi.. :(

sekarang ni mood bercuti sekejap sementara nak sambut Ramadhan.hehe

selamat berpuasa ye kawan2 semua :)




Wednesday, July 27, 2011

my three cute bears


my three cute bears~ :)

comel kan bear saya ni?

my three cute bears menunjukkan sudah minggu masuk minggu ketiga saya di sekolah~


ermm buku rekod mengajar saya yang polkadots...haha


haha....pencil case saya pon nak tunjukkan kat korang!

haishh sejak bila plak la saya jadi penggemar pink nih?

tataulah..sebab time beli, warna pink je yang nampak cantik..

yang lain macam tak berkenan plak.~

well, rasa lama plak tak menghapdet blog ni..

cian blog saya ni, terbiar..huhu

so busy laa sekarang ni...

tapi tak delah bizi mane pon :P

cume tenet tak berapa nak elok je kat uma sewa tu..

ini pon update live dari stafroom..ngeh2...

de free sikit update la blog sekejap..

sambil2 mengupload video dr youtube utk bahan mengajar nanti :)

oke you all,, de masa saya update lagi.. :)

Wednesday, July 20, 2011

my sad story

I wish that I can I get my old friends!

Only them who can understand and know me very well.

They know me, who am I...


Atiqah..Husna..Juhana..Diey~

where are you girls?


salah ke kalau saya masih belum matang?

saya memang macam ni,

tapi saya tak bermaksud apa-apa.


saya masih muda..

memang banyak main, so what?

salah ke?


saya dulu selalu cakap, kalau tak boleh bergurau pergi surau la..

tapi orang marah cakap kat surau tak baik bergurau..


oke saya tukar..


kalau tak boleh bergurau pergi dok hutan lah!


bunyi memang sangat sarkastik, and buat org sakit hati..


but if you know me very well,

saya memang tak bermaksud ape2..


physically memang boleh nampak matang

but mentally, not fully furnished orang kate..haha..


biarlah,, i don't care...

like I care???



Tuesday, July 19, 2011

semalam dan esok.

semalam baru lepas diselia oleh guru pembimbing~ siap rekod lagi... I loikee! haha

esok pensyarah pembimbing plak nak datang tengok I mengajar...ermm yang ni belum siap lagi lesson plan..OMG! nak ajar pe ek esok??

Friday, July 15, 2011

week 1 berakhir~

salam~

alhamdulilah sudah melepasi minggu pertama. lagi 11 minggu berpraktikum.hurmm tak sabar rasanya nak cepat-cepat habis praktikum..sekarang ni masih di peringkat awal lagi lah. belum rasa sibuk..tapi...tak boleh la nk tangguh-tangguh kerja..so this weekend, macam biasa nak balik rumah, but this time tak boleh bersenang-lenang kat rumah..kena prepare lesson plan untuk next week. kalau boleh siapkan draft lesson plan,and tunjuk guru pembimbing.

saya rasa happy hari ni sebab guru pembimbing congratulate me..hihi tapi tak bermakna PnP saya bagus sangat.masih banyak lagi perlu diperbaiki. saya berharap anak murid pun sukakan saya :)


next week nak ajar Sains~ tajuk Absorption..saya sedang memikirkan Spongebob ni.ape nak buat ngan Spongebob ni yer.. :))

Wednesday, July 13, 2011

minggu pertama di sekolah.

salam,,
maaf lama tak menghapdet..pheww, quite busy these days..actually macam2 nak cite,, tp tak berkesempatan lorhh..kat uma tenet tak dapat even ko ade berukben..heh..sabor je kan..

so far sekolah ok,dapat guru pembimbing yang sangat oke,sentiasa membimbing kitorang.sangatt best,, banyak ilmu boleh ceduk dari die..hihi nampak-nampaknya pensyarah pembimbing pon macam oke je.. :)

first time masuk kelas hari ni..kelas pon oke..kena banyakkan aktiviti yang mencabar sebab murid-murid nya kelas pandai..huhu but ok la,, senang nak handle murid-murid kelas A nih. 3 hari je mengajar dalam 5 hari..ade gap utk prepare lesson plan. ngeee~

wokeylah,, itu sajorkk update cepat (quick update) daripada saya.