terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Showing posts with label WISHES. Show all posts
Showing posts with label WISHES. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

my love's birthday

happy birthday to my beloved husband!
rindu, rindu, rindu sangat oke!!
so sorry i can't be there on your birthday.
tapi kita da celebrate awal hari tu kan?
hadiah pon dah dapat ;)

i love you forever xoxo

Friday, December 31, 2010

babai 2010 hai hai 2011~

salam~


beberapa jam lagi kita nak sambut tahun baru 2011...hurmm fikir-fikir balik, cepat betul masa berlalu, tahun berganti tahun, sedar tak sedar saya semakin meningkat usia..sepatutnya sudah semakin matang dan dewasa...tapi kenapa rasa diri ni masih macam anak-anak eh tak, silap keanak-anakan..huduh okeh, kalau muka dah macam mak orang tapi perangai macam budak kecik! huhu

petang tadi saya g Jakel cari baju pengantin,,uhuuu akhirnya dapat jugak pilih baju untuk dipakai masa majlis bertandang nanti..susah betul nak pilih..rambang mata beb! haha warna apa??? hehe biarlah rahsia dulu..nanti tak surprise plak bagitahu awal-awal. sekejap je kami g Jakel tu..bertolak before pukul3 dan balik dalam pukul8...kat Jakel JB tu dalam beberapa jam je..pas beli barang terus balik ke Pontian singgah makan jap..

balik dari rumah, tunjukkan baju pengantin and berbual-bual pasal hantaran n tema dsb dengan mak abah..reaksi mak sangat supportive..tak kisah je..but abah dia macam ejek-ejek je..ada ke dia asek cakap i ni asik berangan nak kawen je,, dah pk macam2 la..tak sabar nak kawen laa..huhu sometimes saya rasa macam belum layak nak kawen je..you all rasa? hurmm mungkin abah lum boleh terima anak bongsu dia ni dah nak kawen...agaknya dia rasa macam baru semalam hantar saya masuk darjah satu tapi sekarang dah nak kawen pun! see, my abah pun tak sedar masa dah berlalu begitu pantas...huhu

honestly, saya rasa..tahun 2011 sungguh mendebarkan..saya akan menghadapi situasi yang tidak dijangka dan mencabar sekali..saya berharap saya akan lebih bersedia nanti.saya ingin menjadi seorang yang matang di mana pandangannya bole diterima dan tidak mudah diperkotak-katikkan..huu saya tak nak jadi seorang yang mudah menanges..ohh adakah ayat2 saya ni menunjukkan saya sedang memasang azam??

Babai 2010, and happy new year to my family and friends, hope this coming new year will bring you all happiness and may our wishes come true, amiin.

Sunday, December 12, 2010

~ucapanku untukmu~

salam~ selamat berhujung minggu semuaaa! hujung-hujung minggu macam ni, mesti ramai yang bersuka-ria, bercuti-cutian kan? almaklum saja lah, hari tak bekerja.saya plak?? haihh macam ni laaa...ada orang tu janji nak bawa saya keluar hari ni tapi kan tak jadi la plak..uhhuuu, sedey betul la bunyi nyer..tapi tak per...ada hikmahnya..saya boleh study untuk interview nanti..haha..apalah nak di'study'kan..ye tak??hehe

Okehlah..hari ni saya nak story 3 perkara tentang kejadian hari ni dan semalam~ehem..

1. Birthday mak bonda

Today, 12 December is my sister's birthday...ye siapa lagi kalau mak bonda..hehe..so, kat sini sebagai adikmu yang sangat baik..ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Tuaaa' haha..jangan marah aaaa..kikiki...okey2 serius sikit! nak kasi ucapan kena lah ikhlas kan...hurm di sini saya ingin mengambil kesempatan..eceyy terskema plak..he..Selamat Hari lahir yang ke...tettt tak boleh kasi tahu nanti dia marah plak..hehe semoga dengan pertambahan usia ni Kak Ida diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa diredhai Allah..aminn..tak de hadiah lah sekarang ni..tengok lah kalau ade duit lebey Ziha belanja facial kat maibeaute eh..kalau ade duit lebey laaa...ini dia birthday girl kita hari ini....girl ke??hehe


2. En.Azam dan badminton

huuu..en.azam saya...dia dan badminton memang tak boleh dipisahkan,, begitu jugak dengan futsal.malam-malam memang inilah aktiviti beliau..kalau tak main badminton, dia p main futsal...huhu..biasalah aktiviti orang bujang kan..bersukan menyihatkan badan katanya, lagi satu dia tanak gemuk! haahaa yang ni sama macam saya, saya pun tanak gemuk, tapi tak bersukan, makaan je keje.. :P malam tadi dia ada tournament.dapat tempat kedua..ehehe. tahniah la ye cik abang..kamu memang hebat..dan ini dia gambar en.azam menang..ecece terus send gambar kat saya,, nak gitahu dia menang la tu.



3. Cot dan Danial


Eheee..budak 2 ketul ni, my anaksedara..semalam pagi tiba-tiba datang ke rumah dengan berkain pelikat..teehehe baru lepas berkhatan..biasalah kan kalau cuti-cuti sekolah macam ni lah masa yang sesuai untuk berkhatan..semalam ialah masa untuk menyakat budak 2 ketul ni..kalau tak sebelum ni..hamboi2...kemainn lagi dorang..suka tengok dorang melepek dan tak berdaya..dapat sakat..ketawakan dorang..kikikiki..apa-apa pun, nak wish jugak lah kat mereka berdua ni..tahniah lah sebab dah bersunat..selamat datang ke alam remaja..hihi.

sekian sahaja untuk entri kali ini~ have a nice day y'all!

Thursday, December 2, 2010

Thank you~


Thanks to Siti Juhana~ saya suka kad ni, sangat comel. :)



To Atiqah, Cik Husna, Miss Ziela, Gloria, KK, Ayien (sangat rindu zaman kita dolu-dolu kan?)

and nak kasi pada semuaaa kawan-kawan saya! :)

Tuesday, November 23, 2010

ku berdoa~

salam~ selamat pagi semua..

selamat menduduki peperiksaan bagi pelajar SPM dan juga STPM

wahh! teringat mase dulu-dulu amek periksa SPM & STPM..tak sangka semuanya dah berlalu...

so for today I wanna wish best of luck to my nephew...MOHD NAZRIN SHAH..haa ni dia picture dia (lebey kurang pic adik u Husna)

Erin:semoga dipermudahkan segalanya..ko boleh jawab dengan tenang dan tepat mengikut skema jawapan..[walaupun usaha ko kurang, hope there's miracle! masih bole berusaha selagi ada kesdaran]

Hari ni paper Pengajian Am 2 iaitu esei.. heh nak ingat balik macam mane dulu saya jawab paper nih?hoho...rasanya tak ingatlah! yang igt dapat A je, kikiki...

Subjek yang menarik perhatian saya!

  • Literature in English 1 (Shakespeare and Other British Writers)
  • Literature in English 2 (New Literatures in English)
wah! dulu tak pernah berkesempatan amek subjek ni masa form 6..huhu

jom nengok ape yang dorang belajar:

Paper 1: Shakespeare and Other British Writers
(i) Shakespeare, Hamlet (Arden)
(ii) Shakespeare, As You Like It (Arden)
(iii) John Keats, Selected Poems and Letters of Keats (Heinemann)
(iv) Thomas Hardy, Selected Shorter Poems of Thomas Hardy (Macmillan)
(v) Charlotte Bronte, Jane Eyre (Wordsworth Classics)
(vi) Aldous Huxley, Brave New World (Penguin Classics)

Paper 2: New Literatures in English
(i) “Spirit of the Keris”: A Selection of Malaysian Short Stories and Poems (Maya Press Sdn. Bhd.)
(ii) Nissim Ezekiel, Collected Poems 1952-1988 (Oxford Indian Paperback)
(iii) Jean Rhys, Wide Sargasso Sea (Penguin Books)
(iv) Buchi Emecheta, Kehinde (Heinemann)

yeh.yang paper 2 tu kebanyakkan masa di U pernah lah belajar..but paper 1 pernah dengar je (except for Charlotte Bronte, Jane Eyre).hihi..sebabnye course kami more to New Literatures in English not Shakespearean Lit..

ouhh,, tetibe rasa sangat rindu nak belajar Literature lagi.. :(

wokey lah..saya akhiri entri ini dengan ucapan:

GOOD LUCK TO ALL SPM & STPM CANDIDATES!!

buat yang terbaekk oke!

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Untukmu~~

Sempena nak raya ni kan...teringin gak saye nak kasi raye kepada semua..harap2 kawan2 dapat la terima kad raye saye yang tak seberapa ini..kad ini ditujukan khas buat semua kawan, blogger dan pengunjung2 blog ini..at least dapat sikit rase kemeriahan nak beraya ni dengan kad raye..hihi.


Di sini saye ingin memohon jutaan maaf atas segala kesalahan saya sama ada sengaja atau tidak sengaja. Diharapkan Syawal ini dapat kite jadikan peluang untuk bermaaf-maafan sesama. Saye tak sabar dah nak balik kampung nih..huhu..

Selamat hari raye you all.^^

Kad Raya...


Yayy!! dapat kad raye..ni my first kad raye dari kak Inahar..tengss ye kak... :) Saye pon de kad raye nak kasi kat kawan2..huhu..tunggu yer..


update...



kad raye dari Kak Zieha..thanks akak!!! love it... :)


Kad raye dari Nazree...wahh..macam da pakai baju raye jer...


Ni plak kad raye dari kak Asmieyra..maceh kak..best kan dapat beraya dengan org tercayang...