terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Saturday, March 23, 2013

petua hilangkan tahi lalat baju

saya rasa dah lama sangat nak update pasal entry ni,,tapi tak terhapdet2...sementara tengah berkobar-kobarsemangat nak menghapdet blog ni....mari ki data teruskan.yeaaahh!

ini entry pasal satu petua...wahhh sejak jadi ibu2 ni ken,, keluar segala petua ala-ala ibu.haha ini sekadar perkongsian ye you all...saya baru tahu. maybe you all di luar sana dah lamaa tahu. saya dapat tahu pon dari en.suami. haa cepatlah! ape petua nyer tu????

masalah: baju anak saya banyak na tahi lalat..jadi tak molek la kan, baju cantik2 tapi penuh tahi lalat. faktor utamanya ialah anak saya banyak air liur meleleh...org jawa cakap ngences...so, bahagian paling kotor ialah pada bahagian  dada.

ha senang je..1. rendamkan baju dalam air panas mendidih +clorox

2. angkat baju yang direndamya,, (hati2 pegang pakaian tu..klu boleh pakai sarung tangan,,jgn wat aksi spt suami saya.tangan die tebal kot.haha) & berus pada bahagian yang banyak tahi lalat tue.

3. masa berus tu curahkan sekali air panas tadi dan teruskan memberus..berus dan berus sampai hilang tahi lalat tue..


4. then siap berus, bilas bersih2 & sidailah. :)


serius cakap, ada baju anak saya yang dah standard  kain buruk boleh hilang segala tahi lalat & da macam baru. so tak jadi buang baju lama Azid,, masih cantik dipakai. so you all jangan lupa mencuba.

Thursday, March 21, 2013

our beloved son

assalamualikum semua..tetibe malam ni terasa nak update. waa mood tengah ade ni..Jom2x! blogging.. :P

tema malam ni ialah pasal anak. anak adalah anugerah ilahi yang tidak ternilai. so, kite sbagai parents ni kena jaga baik2 anak tu. baru tadi tertengok pasal semanis kurma tajuk bibik oh bibik..tak baik betul maid tu sengaja susu kan anak majikan dier. komen saya, erm maid kita tak kenal kan asal usul dia macam ne. jadi biarlah anak kita tu dapat susu ibu seniri.melainkan kite kenal ibu susuan tu,, sihat dan baik2 saja..kita nak berikan yang terbaik utk anak kan? macam anak saya, ibu susuan dia ialah kakak saya seniri. Azid pgil kakak saya umi dan suami dia walid. So, Azid ada mummy + daddy and umi +walid..he

sekarang azid dah pandai macam2..antaranya :

  • amik segala benda yg macam henpon letak kat telinga konon2 tengah tepon.
  • pandai tunjuk and tengok ke arah objek yg selalu die dengar mcm, gmbar kak Sumayyah, bird, cat, fan, ball, lizard..mcm2 lg.
  • da berdiri tanpa bantuan dan cuba utk melangkah setapak.
  • nampak orang sembahyang and angkat tangan macam berdoa.
  • pandai tengok kartun..kartun kegemaran Upin Ipin.hehe
wahh macam2 lagilah gelagat azid ni. seronok bila dapat tengok Azid dah pandai macam2.sekejap je masa berlalu..bulan depan Azid dah nak setahun..wee,,semoga menjadi anak yang baik,soleh ye sayang.

Monday, March 18, 2013

we want the best

Ya Allah berikanlah yang terbaik buat kami.

Semoga keputusan yang dipilih adalah tepat dan terbaik.

Friday, March 15, 2013

about us

i love him very much.

thanks a lot abang.

* kesusahan mengajar erti kesabaran, kesetiaan dan kebahagiaan

Wednesday, March 13, 2013

happy birthday to me & happy second anniversary Izam Ziha.

alhamdulilah...alhamdulilah...semalam genaplah umur saya 26 tahun. dan genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. terima kasih kawan2 yang mendoakan di facebook. tak sangka saya,, walaupun saya tak berapa aktif di FB tapi masih ada kawan2 yang sudi wish besday saya.thank you so much friends.

so, apa hadiahnya untuk si birthday gurl (gurl ke?) and anniversary yang kedua? hee tak de pe2 sangat.cume celebrate kecil2n bersama family. itu saja. semoga perkahwinan kami kekal selamanya dan sentiasa dirahmati Allah. bertambahnya usia ku, diharapkan bertambah segala-galanya, ilmu, iman, amal dsb (tambah lemak di badan tanak! haha)

ps: next month birthday azid, next next month birthday my hubby...ngeeee~

Saturday, March 2, 2013

tak sanggup


Gambar yang dikongsikan oleh kawan di FB, buat saya terfikir..HUH, masyarakat sekarang. Gini ker?? Susah nak cakap, tapi kalau nampak budak kecik, baby kena dera ke...tak sanggup nak biarkan. kesian. Lebih baik selamatkan budak tu dari rakam video. Tapi kalau nampak orang kena tikam berkali-kali depan mata kita macam mana ek? apa yang boleh kita buat?? Nak jadi hero, nanti diri seniri terkorban. mungkin kena fikir kan cara lain yang lebih selamat utk menyelamatkan mangsa time tu.

March~

It's March! can't waiitt o...our second anniversary and my birthday....hehe

Monday, February 25, 2013

doaku

Doa ku panjatkan untuk insan2 yang tersayang,

Buat Dia yang ku sayangi~
penyakit yang dulu datang lagi. tapi aku harapkan ia cepat pergi.

Ya Allah, kau sembuhkanlah dia.kuatkanlah semangat dia untuk melawan sakit itu. Aku sayang dia, sayang dia sangat-sangat..


Dia #insan yang lain#

Aku ingin kau berubah..berubah untuk kebaikan. jangan lakukan lagi kesalahan silam. bangkit untuk menebus segala kesalahan. jangan biarkan orang di sekeliling mu menangis dan mempunyai perasaan benci terhadapmu. berubahlah. Zaman kanak-kanak kita penuh keriangan, tiada benci. penuh kasih-sayang. Aku rindu saat itu. Doaku agar kau sentiasa dilindungi Allah.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.




Friday, February 22, 2013

curhat di pagi hari

HI YOU ALL! terjaga pagi2 buta @ 4 am ni.terus update blog ye...hehe bukan ape, laptop already da buka.so membebel sekejap sambil memakai masker mary kay nih.ahakss..seriously, lama gilerr x berupdate blog nih, ecehh. banyak nak cite sebenarnya. time cuti CNY yang lepas macam2 gambar nak dikongsikan.hehehe tapi rasa macam dah basi plak.keh tak pe, tengoklah macam mana nanti :P
 
satu luahan perasaan untuk dikongsikan : 
 
saya masih terngiang2 lah,, bila ada orang cakap saya guru tak berwibawa. mungkin dia dalam nada bergurau, tapi cara dia cakap tu macam dia tak tahu saya yang sebenarnya. tak bermakna kalau guru tu nampak relaks dia tak de kerja, kerja kena buat sampai tengah2 malam baru boleh dikatakan berwibawa..padahal cikgu tu gunakan masa di sekolah untuk siapkan tugasan..so di rumah boleh fokus masa untuk keluarga..sedih tau ble dia cakap macam tu.padahal setiap hari saya memikirkan anak murid saya n cara mengajar yang seronok dan berkesan untuk mereka..sebab saya nak memberi mereka pengalaman yang berharga sewaktu pnp..

ok lah...malas sedey2! nanti pagi nanti g sekolah...bekerja seperti biasa.senyummm tak sabar nak jumpa anak murid saya. :)


Wednesday, February 6, 2013

Pis Malaysia :P

sekarang sangat menjengkelkan dengan perkhidmatan Pos Malaysia.huh... kawan saya Helwa kirim CD 3 minggu baru sampai..majalah RD saya mintak dari awal tahun bulan 2 baru dapat Januari punye issue,, saya pos borang pemotongan gaji utk  PTPTN da sebulan, tadi tanya officer dia, tak receive lagi borang yang saya pos tu..

kenapa ek? sekarang ni surat-surat and parcel tak sampai cepat.walaupun guna pos laju, then surat dekat sebulan pos pon tak dapat lagi? WHY?? arghh tension di situ.malas nak buat banyak kali kerja.malas nak kerja pos-mengepos ni.huh

Sunday, February 3, 2013

what is bw??

i'm blogwalking again! seronoknya jumpa kawan-kawan baru. erm teringat zaman masa di u dulu. kihkih.. okey, salam perkenalan dari saya tuan punya blog,, buat pengunjung blog ini sekalian..thank u singgah sini. :)

Friday, February 1, 2013

sebab tengok sinetron

saya bukanlah peminat drama yang tegar, sampai setiap slot drama kat tv3 n tv9 tu saya nak tengok semua.haha tapi ada lah beberapa drama yang saya layan sampai tak boleh miss kalau tak tengok kat tv...hihi tapi yang penting bukan cite el & zain tuuu....masa tak sesuai plak kan nak tengok time maghrib...kalau ditayangkan pkul 4 ke..bole la layankn,kuikui...

hoke2...sebenarnya nak cite yang saya suka tengok cite ni. Debunga Lalang. sape suka tengok gak.sila hangkatt tangan kowrang. :) aiyooo...jahat betulkan mak dia ni. Wan Odah2....hehe ada gak mak kandung yang jahat macam ni. sampai sekarang saya tertanya-tanya apahhall lah si Wan Odah ni mencik sangat ngan anak dia tu..huh ni yang kena tengok sampai episod terakhir ni. :D


and lagi satu..he. sinetron Bayu Cinta Luna. ye2. saya tahu kadang cite Indonesia ni agak menjengkelkan. tapi tatau nape saya layan gak cite ni petang2. dulu masa ditayangkan kt SCTV, (rumah memang dapat semua siaran tv indon) tak tengok pon cite ni.sebab heronya mcm tak kacak. he tapi bila tengok cite ni kat TV9, baru perasan Bayu tu,, hensem gak.hihi Cite ni pasal percintaan Bayu dan Luna..so macam2 jenis penjahat lah yang kite boleh tengok dalam cite ni..kadang tengok cite ni terpikir gak,,, ada ke orang sejahat tu?? erm belum pernah jumpe lagi setakat nih. :P


keminatan saya terhadap sesuatu drama siri di televisyen ada lah disebabkan: 1) lagu tema drama. kalau saya dengar suatu lagu tu...automatik dia menarik minat saya nak tengok cite tu. cth yang lama, drama Suri, slot Azalea, lagu Asmidar, Mimpi ke Bintang..sampai ke last episod saya tengok.sama gak ngan Debunga Lalang ni. lagu Di Kalung Kasihan, Imran Ajmain you alls...syahdunya lagu dia.

2) jalan cerita yang best. of course la kan, kalau jalan cerita yang best mesti menarik orang nak tengok kan??

Kesimpulannya, kalau tanak terikat melekat menonton drama melayu/ sinetron indonesia,, jangan start tengok dari episod awal....he kalau tak, yang tak hantu sinetron pon jadi hantu. macam saya hihi

ps: dulu Helwa kate muka saya macam,,Bunga Citra Lestari tu yang saya nak tengok cite Bayu Cinta Luna. nak tengok celah mana yang sama mukanya tu.ekekekeke!
yang atas tu BCL yang bawah BCTA.sila definisi kan sniri.haha