terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Tuesday, January 31, 2012

mimpi bintang

good night you all,, have a nice dream. semoga hari esok lebih baik dari hari ini. hari-hari saya pergi ke sekolah dengan penuh semangat..walaupun belum dapat jadual lagi.hehikk..i follow je. :) saya nak mimpi sampai ke bintang malam ni.. :P

Monday, January 30, 2012

kembali mengarut

baru lepas tengok AJL26, terasa nak update blog sekejap.he.. rasa lama gak menyepi dari mengarut kat blog nih..2 minggu yang lepas agak busy, tapi takla busy sangat..sebab mood blogging kureng sikit..sebab beri tumpuan kat sekolah baru.masih dalam sesi menyesuaikan diri kt sekolah baru...so balik sekolah dah penat and tak de masa sangat nak pk nak merepek apa kat blog ni..and seminggu yg lepas ni, cuti CNY..balik rumah mentua tak bawak berukben..bagus kann..so sunyi sepi la blog saya ni...tapi ada hikmahnye tak bawa broadband, sebab masa dihabiskan baca novel2 yang baru beli..haha naik sekolah nanti agak susah dah nak concentrate baca novel, sibuk keje lain plak.ermm tinggal lagi 2 novel nak dibaca, harap2 dapat curi masa baca.

ps: Atiqah...Winter Garden and Prayer For Sale best citenyer.

Sunday, January 15, 2012

ahad sebelum bergelar guru

esok ada taklimat di PPD.harap-harap semuanya akan berjalan lancar.nervous mula-mula bila belum dapat tahu sekolah.tapi sikit-sikit nervous tu hilang bila dah tahu dapat posting mana ^_^.

tahniah buat kawan-kawan yang lain juga. alhamdulilah dapat posting juga akhirnya..walaupun sebulan menganggur..kira ok la tu kan, sekarang ni dah tahu sekolah masing-masing.

selamat bertugas buat rakan-rakan guru semua.

Friday, January 13, 2012

again..good news.

salam Jumaat buat semua.
again, today  I got a good news for my posting. saya ditempatkan di SK Permas Kelapa. SK Permas Kelapa ni sekolah masa saya buat SBE dulu.dekat je dari rumah, xsampai 5 minit kalau merempit.hehe Along saya pon mengajar di sekolah yang sama..he janganlah die buli saya nanti.. :) sebenarnya memang dia ada cakap, yang kat sekolah tu kurang guru bahasa Inggeris. bukan kurang lagi, cuma dia sorang je cikgu BI yang ada..huhu my family semua memang mendoakan saya dapat kat sekolah tu je sebenarnya.tak sangka plak masin mulut semua.

saya rasa bersyukur sangat sebab dapat sekolah yang dekat. Allah sangat memahami kesusahan yang saya alami sekarang. jadi dia tempatkan saya di sekolah ni.alhamdulilah. insyaAllah akan cuba buat yang terbaik di sekolah baru nanti..doakan saya ye kawan-kawan! :)

Thursday, January 12, 2012

another good news


alhamdulilah syukurr.... :) petang tadi dapat sms dari kawan tanya saya dapat daerah mana utk posting. saya ingatkan esok baru dapat tahu..rupanya dah boleh check petang tadi.

seperti yang tercatat dalam gambar di bawah :)

 
alhamdulilah doa saya dimakbulkan. saya dapat daerah Pontian. hari Isnin minggu depan kena lapor di PPD then baru dpt tahu dapat mengajar sekolah mana plak..alhamdulilah syukur tak terhingga.

Wednesday, January 11, 2012

posto posto!


ermm,, minggu lepas bila dapat bungkusan ini dari incik posmen, excited sangat! hoho..inilah bungkusan yang saya nanti-nantikan.tapi kenapa 2?? kenapa? hehe...lagilah bertambah excited!


so, untuk bungkusan yang pertama, dari kiri dalam gambar.
inilah dia...hehe

ENGLISH NOVEL


ada 8 semua sekali..hehe
FYI, buku2 ni Atiqah yang belikan untuk saya time Big Bad Wolf Sales.
memang berbaloi lah..sebab buku ni RM5/each.
murahh gilllerrr.kualiti buku pon elok..saper yang tak nak kan?
so, Tqah, next time kalau ada book sales macam ni lagi inform kite eh..hihi
boleh kirim lagi :)

sekarang dah masuk buku ke3 baca..ada 5 lagi nak kena abeskan. sementara ada masa free ni kan..nanti dah sibuk kat sekolah tak de masa plak nak baca..lagi2 kalau baby dah kuar nanti.hehe

ps: untuk bungkusan yang kedua tu..nak tahu ape? meh tengok blog ni Mummy Zee's Journal apa yang saya dapat.hee


Tuesday, January 10, 2012

good news..

alhamdulilah selepas menunggu dari malam tadi...tunggu la sangat kan...pagi tadi bangun tido terus i check..dan inilah keputusannya..dapat posting di Johor..baru dapat tahu negeri. daerah and sekolah tempat kita akan dipostingkan belum tahu lagi.kena call JPN dulu.harap2 dapat di Pontian lah.dekat je.

perasaan: excited + nervous..macam-macam ada..tengah pk nak shopping barang apa ni..nak masuk sekolah kn.hee..fufufuhhh.. :)

semalam and hari ni dapat berita gembira. semalam abah dah balik rumah dan kesihatannya semakin pulih. and hari ni dapat tahu posting, kat Johor..memang apply kat negeri sendiri and kalau boleh di daerah seniri..

thank you Allah.


Friday, January 6, 2012

i believe in miracle

pagi tadi dapat call dari mak.sepatutnya abah hari ni ke hospital Johor lagi utk buat 'tapak' for dialisis. but then kena postponed sebab ada perubahan yang positif pada abah.

it is a miracle..sebab. bila scan doktor cakap buah pinggang rosak..tapi air kencing dah ok..apa-apa pon saya memang yakin abah boleh sembuh..kalau boleh tak perlu lah dialisis tu..yang penting nak abah kuat dan sihat.

Tuesday, January 3, 2012

i love abah

awal 2012 saya dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. namun harapan saya agar semuanya boleh pulih dan sembuh seperti sedia kala. walaupun tidak mungkin 100% sembuh, saya berharap dapat kembalikan senyuman di bibir insan yang saya sayang..insan yang selama ini telah banyak berkorban dan berjuang demi saya. berkorban untuk melihat saya berjaya dan tidak pernah berhenti untuk membahagiakan dan memberi kesenangan kepada keluarganya.

abah.semalam dapat berita abah disahkan sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis. tak sangka jadi macam ni, baru beberapa hari lalu abah sakit tak boleh kencing.tapi tak sangka boleh jadi seteruk ini. mula-mula saya dapat berita abah tak boleh kencing, saya risau jugak, cuma tanak bersangka yang bukan-bukan..saya yakin abah boleh sembuh..sampailah semalam bila dapat tahu buah pinggang abah hampir rosak, saya rasa sedih sangat.saya menangis. abah pun menangis, sampai tak mampu nak beritahu berita yang disampaikan kepada doktor kepada abang dan kak long saya yang menjaganya di hospital..last2 a.long yang tanya sendiri pada doktor keadaan sebenar abah.

tengah hari td saya pergi melawat abah. abah memang nampak sedih,dia tak banyak bercakap. dan saya tak menangis, sedaya upaya saya tahan nangis dan buat seperti biasa.cuma kata-kata semangat yang mampu saya berikan kepadanya..dalam hati saya yakin abah boleh sembuh, dan menjalani kehidupan normal seperti sedia kala..cuma saya berharap abah kuatkan semangat untuk melawan penyakitnya. kami masih sayangkan abah. 

Ya Allah berilah aku peluang untuk berbakti kepada abah, untuk menyayangi abah sepenuh hati..berikanlah abah kekuatan, kembalikanlah senyuman di wajahnya.




Sunday, January 1, 2012

hAZAM 2o12

eh, eh! dah 2o12! uhuhu..happy new year everyone! 
 mari kita doakan kesejahteraan bersama
semoga sempena tahun baru ni, hidup kita lebih bermakna.
sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah. 

saya tak punya azam baru, dan tak perlu azam baru..
sebab saya dah ada en hAZAM..huhu
itulah yg kawan-kawan selalu kata.

mungkin azam saya setiap tahun baru ialah
mempertahankan hAZAM yang sedia ada.
menjadi isteri yang taat & terbaik kpd hAZAM.
sayangkan hAZAM sepenuh hati..
semua akan buat yang terbaik demi hAZAM :)


Friday, December 30, 2011

suka duka 2011


tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya..tak sangka sekejap je setahun tu..dalam masa setahun macam-macam dah berlaku,, banyak perkara dah berubah pada diri..terutamanya pada status dari single kepada married..dah jadi isteri orang and bakal ibu..alhamdulilah..semua dapat dirasa tahun 2011 ni.

awal tahun 2011,saya masih terumbang-ambing dalam mencari kerjaya.menunggu tawaran itu ini..almaklumlah baru lepas konvo bulan Ogos tahun 2010 and kontrak guru ganti pulak dah tamat masa tu..konon nak menunggu keputusan kemasukan KPLI, tinggal ni je harapan saya, mohon guru MRSM cuma sampai stage kedua je..interview tak dapat, takpelah tak de rezeki nak buat macam mana.. bila mengharap KPLI, KPLI pon tak dapat..perasaan tentulah HAMPA...sebulan menganggur..(konon) then tak boleh jadi ni, i apply balik guru ganti...alhamdulilah, dapat..de rezeki saya di situ..dalam hati fikir, tak boleh tak kerja...tahun ni nak kawen..huhu

dalam bulan Februari gitu...saya dpt mengajar as guru ganti bersalin macam sebelum2 ni saya dapat mengajar di 2 buah sekolah after saya konvo..tapi cuma 3 hari je saya dapat  mengajar di sekolah tu..guess what?? hehe saya dapat juga offer KPLI as calon gantian...alhamdulilah..perasaan ni cuma Allah je yang tahu..memang saya ada buat rayuan,, tulis surat segala bagai..dengan harapan adalah jugak rezeki saya sambung KPLI ni...alhamdulilah dapat..walaupun sebagai calon gantian.

bila dah jadi student KPLI,, faham-faham ajelah betapa sibuknya dunia..terasa kebizian mula melanda, sampai wedding sendiri pun tak sempat nak concentrate..begitulah seadanya...huhu alhamdulilah lepas juga majlis saya.akhirnya impian tercapai.



kehidupan lepas berkahwin dah tentu berbeza daripada sebelum-sebelumnya..lepas kawen bertambah tanggungjawab.selama ni fikirkan untuk diri sendiri je..tapi lepas kawen ada suami yang perlu dijaga.tapi almaklum sajalah, life as a KPLI student really tough. kena tinggalkan suami untuk capai cita-cita.alhamdulilah dia faham.dan syukur setiap minggu masih boleh balik rumah jenguk beliau...haha dan ini berterusan sehinggalah 8 bulan yang seterusnya.

langit tak selalu cerah..baru sebulan kami mendirikan rumah tangga, ayah mertua meninggal dunia..memang  terkejut..tak sempat saya berbakti kepada beliau.tak banyak masa saya habiskan masa bersamanya..tapi apakan daya Allah lebih menyayangi dia, semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.aminn
apa-apa pun life must go on..life saya memang sangat bizi pada sem 1 KPLI..kelas, assignment, presentation..semua harus difikirkan...masa belajar dari pukul 8pagi sampai ke 7 malam...every day..sangat memenatkan! very very busy...mana nak belajarnya, buat assignmentnya, presentationnya..bersukan berlari melompat..aktiviti tu aktiviti ni, camping...hah! puas dah saya merasa semuanya..memang pengalaman yang tak boleh saya lupakan..itulah suka duka KPLI..

 

classmates saya! KPLI BI/SN/MO 2 batch Januari 2011 IPGKTI..segala kenangan manis bersama you all memang takkan dilupakan..you all the best! 

bila sem 2 KPLI dah start makin bizi lah saya..start bulan Julai sampai Oktober saya ada praktikum di sekolah..time nilah mana nak fikir pasal lesson plan, teaching aids, portfolio lagi..dengan nak kena observe ngan pensyarah lagi...huhu semuanya saya lalui dengan rakan-rakan serumah di Kg Sawah, Pekan Nanas.wahh tak sangka sangat dapat lalui semua tu..memang pengalaman yang cukup manis berada di SK Melayu Raya..
my record book

counting days...week by week

 
portfolio yang tiada pada saya lagi...pada lecturer..huhu i miss my portfolio.
memanglah time praktikum tak sabar rasanya dah habiskan semuanya..alhamdulilah dapat saya habiskan praktikum dengan jayanya..klu cerita pasal praktikum ni saya rasa tak cukup satu entri saje..hehe 

pheww! selesai berpraktikum kena fikir pasal exam pulak...yaww! dan ini pun saya sudah melepasinya dengan jayanya...satu persatu dihabiskan...after exam, KISSM dan SPP..exam dan KISSM dah tahu resultnya dan alhamdulilah lulus.cuma interview SPP je yang tak tahu lagi.

dan cerita paling hangat 2011..haha. bukan lah paling hangat.tapi bagi saya perkara yang paling menggembirakan saya dan juga en suami..segala-galanya tercatat di sini Mummy Zee's Journal

itulah suka duka tahun 2011 saya. segala penat lelah, suka, duka, nangis, ketawa, kegembiraan  saya semua dapat saya  kongsikan bersama kawan dan insan-insan yang saya sayang..alhamdulilah, syukur sangat-sangat kerana Allah sentiasa melimpahkan rezeki buat saya dan keluarga. Saya mengharapkan tahun 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan menjadikan hidup kami sekeluarga lebih bermakna dan sempurna,sentiasa dilimpahi rezeki dan kasih sayang..amin

Thursday, December 29, 2011

bosan day

another bosan day~ pheww. but what to do? 

membaca mungkin cara menghilangkan kebosanan.

bila membaca pon lama-lama menjadi bosan

apa lagi...tido laa..haha

ohh..en hubby cepatlah balik rumah..saya bosan ni.
 kita g jalan-jalan nak? dah nak gaji kan? :P