terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Sunday, December 12, 2010

~ucapanku untukmu~

salam~ selamat berhujung minggu semuaaa! hujung-hujung minggu macam ni, mesti ramai yang bersuka-ria, bercuti-cutian kan? almaklum saja lah, hari tak bekerja.saya plak?? haihh macam ni laaa...ada orang tu janji nak bawa saya keluar hari ni tapi kan tak jadi la plak..uhhuuu, sedey betul la bunyi nyer..tapi tak per...ada hikmahnya..saya boleh study untuk interview nanti..haha..apalah nak di'study'kan..ye tak??hehe

Okehlah..hari ni saya nak story 3 perkara tentang kejadian hari ni dan semalam~ehem..

1. Birthday mak bonda

Today, 12 December is my sister's birthday...ye siapa lagi kalau mak bonda..hehe..so, kat sini sebagai adikmu yang sangat baik..ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Tuaaa' haha..jangan marah aaaa..kikiki...okey2 serius sikit! nak kasi ucapan kena lah ikhlas kan...hurm di sini saya ingin mengambil kesempatan..eceyy terskema plak..he..Selamat Hari lahir yang ke...tettt tak boleh kasi tahu nanti dia marah plak..hehe semoga dengan pertambahan usia ni Kak Ida diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa diredhai Allah..aminn..tak de hadiah lah sekarang ni..tengok lah kalau ade duit lebey Ziha belanja facial kat maibeaute eh..kalau ade duit lebey laaa...ini dia birthday girl kita hari ini....girl ke??hehe


2. En.Azam dan badminton

huuu..en.azam saya...dia dan badminton memang tak boleh dipisahkan,, begitu jugak dengan futsal.malam-malam memang inilah aktiviti beliau..kalau tak main badminton, dia p main futsal...huhu..biasalah aktiviti orang bujang kan..bersukan menyihatkan badan katanya, lagi satu dia tanak gemuk! haahaa yang ni sama macam saya, saya pun tanak gemuk, tapi tak bersukan, makaan je keje.. :P malam tadi dia ada tournament.dapat tempat kedua..ehehe. tahniah la ye cik abang..kamu memang hebat..dan ini dia gambar en.azam menang..ecece terus send gambar kat saya,, nak gitahu dia menang la tu.



3. Cot dan Danial


Eheee..budak 2 ketul ni, my anaksedara..semalam pagi tiba-tiba datang ke rumah dengan berkain pelikat..teehehe baru lepas berkhatan..biasalah kan kalau cuti-cuti sekolah macam ni lah masa yang sesuai untuk berkhatan..semalam ialah masa untuk menyakat budak 2 ketul ni..kalau tak sebelum ni..hamboi2...kemainn lagi dorang..suka tengok dorang melepek dan tak berdaya..dapat sakat..ketawakan dorang..kikikiki..apa-apa pun, nak wish jugak lah kat mereka berdua ni..tahniah lah sebab dah bersunat..selamat datang ke alam remaja..hihi.

sekian sahaja untuk entri kali ini~ have a nice day y'all!

No comments: