terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Sunday, March 24, 2013

kenangan yang tidak dapat dilupakan


mood : sebelum jadi basi baik hapdet cecepat! :D


aha! ini saya nak cerita skit pasal peristiwa yang berlaku semalam. semalam Jabatan Penerangan Negeri Johor telah menganjurkan program motivasi untuk sekolah angkat (iaitu sekolah kamilah! he) dan telah menjemput Prof. Izzi untuk menyampaikan ceramah motivasi buat murid-murid. Masya Allah, sungguh bersemangat beliau menyampaikan ceramah. Sangat seronok. banyak input-input yang berguna diperoleh oleh murid-murid dan ibu bapa.

personally, saya rasa bertuah dapat bertemu  motivator yang hebat seperti beliau. seorang yang ceria, smart dan sentiasa bergerak pantas dan cergas. buat saya rasa kagum dan ingin menjadi seperti beliau.(pergh, pasni turun naik tangga ke kelas dengan pantas ye cikgu ziha, baru boleh kurus..errkk!) erm bayangkanlah selepas je Prof Izzi beri ceramah di sekolah kami (Pkul11.30 am) terus dia drive balik ke KL utk program Da'i live pkul 6 @ TV3, begitu padat jadual beliau kan. Petang tu saya tengok prof di TV3,, perh..memanglah hebat beliau ni.

murid-murid, guru-guru, wakil jbtn penerangan dan ibu bapa bergambar bersama prof izi.

sessi bergambar..pheww ramai yang nak bergambar ngan prof..akhirnya dapat jugak kami bergambar dengan beliau.

haha..tetiba rasa indu plak kat Prof Izzi, nak dengar ceramah beliau lagi.hehe if you all like FB and follow twitter Prof, ada beliau upload gambar masa program motivasi di sekolah kami. :)

bukan senang nak jadi orang yang hebat,, tapi bersama dengan orang yang hebat membuatkan saya juga nak jadi seorang yang HEBAT!

RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL! (Bak kat Prof Izzi)
 

2 comments:

W. Mastura said...

ya , luar biasa hebat , hebat hey !! huhu .

ziha said...

weeee! hebat la sangat :)