terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Tuesday, July 16, 2013

belog pon puasa

* Alhamdulilah dah seminggu berpuasa..nampaknya blog ni pon berpuasa gak..hehe almaklumlah tuan pnya belog tak larat nak update...berpuasa katanya,,nak2 keadaan dah macam ni,faham jelah...2 hari demam,,memang dugaan.

* Hari ni berat memang turun 2 kg selepas seminggu berpuasa..erk tapi lepas puasa tak jamin lah boleh maintain. hehe mesti bertambah semula.

* Ramadhan kali ni mengajar saya banyak bersabar...bersabar dengan karenah anak, anak murid dan  penyakit. dan yang paling sy cuba bertahan ialah menyabarkan hati untuk sentiasa berfikiran positif dengan tanggapan orang..apa yang sudah berlaku, hampir boleh saya lupakan...dan jangan diingat semula. mungkin kerana dengan senyuman yang ikhlas, perbuatan yang baik buatkan saya lupakan semua kejahatan yg lalu..saya mohon agar Allah pelihara hati saya, kerana dengan itu saya akan menjadi lebih tenang berhadapan dengan sesiapa pun.

*Apa-apa fikiran @ tanggapan negatif saya terhadap orang lain akan dihapuskan serta-merta dengan bersangka baik dan berfikiran positif.senyum..insyaAllah saya akan menjadi lebih tenang dan bahagia..

*Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada saya dan keluarga...Alhamdulilah.

No comments: