terima kasih singgah jangan lupa click saya (~_~)

Saturday, April 27, 2013

bb cream kegemaran

peace yo! hari ini mau cerita tentang bb cream kegemaran. ahaa ape tu bb cream? alaa dia kire mcm foundation la jugak, tapi rasanya kadang tu ia bertindak 3 in 1 laa.. 8 in 1 la...hee sebabnya kita just perlu pakai bb cream ni aje, dia dah at least ada 3 fungsi iaitu moisturizer, concealer and sunscreen. mudah kan? tak perlulah nak sapu krim banyak2 kat muka.betul tak?

so bb cream yang saya nak review ni ialah dari jenama Revlon.. sebelum ni saya pakai maybelline. Memang dah banyak gak lah beli bb cream Maybelline ni. tapi tetiba terasa nak test pakai brand Revlon plak. sebab ade baca review yang foundation Revlon ni best. so, cer la try nak pakai foundation Revlon. sekali rupanya Revlon Photoready ada bb cream plak. saya yang penggemar bb cream ni pon ape lagi...tanpa toleh kiri kanan, terus amik n bayar di kaunter Guardian  RM40+  kut harga time tu.

nak dibandingkan dengan bb cream maybelline, bb cream revlon ni lebih best sikit. sebab dia tak rasa terlampau berminyak or berkilat pada muka. sapu je kat muka bb cream nya terus serap. then boleh terus  pakai compact powder.

kesannya, jerawat kurang tumbuhlah. sebab kalau sebelum ni pakai maybelline bb cream, time period mesti ada tumbuh jerawat kecik-kecik banyak. tapi since pakai revlon ni, cuma satu je jerawat tumbuh kat pipi. haa. nak cakap bagus sangat bb cream ni sampai tak tumbuh jerawat tu idak lerr kan.
ahaa..gambar ni hasil pakai bb cream.yer nampak biasa2 saja.itulah yang kita mahukan. bukan nampak cakey. kadang kulit macam saya ni pakai foundation tu mcm tak sesuai lah. nanti bertompok-tompok bedak tu. tapi, sangatlah kagum dgn wanita yang pakai make up di luar sana tapi sikit pon tak cair.malah nampak flawless je sepanjang masa. foundation apakah yang dipakai?? cer cerita sikit. macam-macam dah foundation dah try, tapi tak jumpa lagi yang betul2 boleh tahan lama tanpa ada tompok2 pada kulit (bila dah berpeluh @ lama).

tapi, tak apelah, walaupun tak boleh pakai foundation, masih ada bb cream....penyelamat. hihi