Tuesday, March 16, 2010
kempen makan sayur..ouh yeah!
Sunday, March 14, 2010
aduhh, nak pakai pe nih?

wahh..sangat gediks ye di situ Husna...heheh

yup..you all memang vogue habes lah malam tu..sangat jeles okehh.haha..I tumpang gembira cos u all rasa seronok pada malam tu..almaklumla kan, dinner yang terakhir..semua orang nak melakarkan kenangan terindah..cece...untuk cite lebih lanjut sila klik sini & sini ye..hihiPetua Untuk Mendapatkan Pasangan~
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Saturday, March 13, 2010
hadiah hari jadi saye~~





haha..banyak kan? kan? tu baru sikit je I tunjuk..he...seronok betul bile bace balik..terima kasih kepada you all yang wish birthday saye semalam..I really appreciate it...senang je nak cari hadiah hari lahir saye..tak payah beli mahal2...wish saje da cukup bagi saye..sebab ia hadiah yang buat saye rase sangat bahagia...terima kasih sebab dah buat ziha gembira semalam. ingat 123 ingat ziha kay..sebab 123 is my birthday.hehe
Friday, March 12, 2010
malam retro~~
~
~
~
~
huhuhu~
saya diberi kepercayaan untuk me'make up'kan beberapa orang kawan.
thanks ye you all..
i hope you all berpuas hati dengan hasil solekan saye.
maaf sekiranye ade kekurangan.
almaklumlah tadi agak ramai saye kena make up kan.
mujur lah ade assistant saye yang baik hati..hehe
jom layan gambar2 nye..
sempat amek gambar Cik Hana & Nadhrah je..
yang lain belum lagi..tungguu.. :)
Cik Hana yang manis~
Nadhrah yang anggun~
walaupun tema retro, tp mereka tanak I solek tebal2..
hehe~ so x dapat lah nak praktik kan mekap ala2 Katy Pery.. ;p
make up artist yang kepenatan...huhu
my assistant, kak mek...thanks ya! lebiu ah!
balik kolej je, ape lagi terus pekena tomyam campur ngan nasi putih, jus tembikai...ahhh nikmatnye.baru lah kenyang..sekarang ni baru terase penat.huhu
123 is my lucky number & senang nak ingat kan??
*
*
*
i'm happy!
Thursday, March 11, 2010
sayang abah~
p/s: edward &bella saye kuat makan tau. kawan saye, Ju cakap die comel macam Tuck si kure2 dalam wonderpets tu.comel kan?he.
ada apa dengan esok?
Hai semua! umo saye tak lame lagi dah nak meningkat..huhu.tak sangka rupanye dah nak birthday yang ke- tettt...hehe muda lagi tau.For you information, my birthday akan tiba sok...hehe.ade sape2 blogger yang berkongsi tarikh lahir dengan saye? jom celebrate same2.hehe
Okeh, kat sini saye nak kongsi info tentang ciri-ciri orang yang lahir bulan Mac ni..ini mengikut kajian Dr. Fadzilah Kamsah ye...mungkin da ramai yang tahu..tapi kite zass aje lah!
~~Berpesonaliti yang menarik dan menawan..
okeh yang ni sape setuju? hihi yelaa, nak buat macam mane kan, dah tertulis macam ini.bukan saye yang kate, tapi die yang kate....he3.
~~Mudah didampingi sangat pemalu dan pemendam rasa
hurmm, tis one no komen, mudah didampingi tu kena tanye kawan2 la...sangat pemalu tuu..kadang2 je kowt..heh..pemendam rase..ye jugak..
~~Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
isshhh..orang yang lahir bulan 3 memang macam ni kowt..hehehe...saya orang yang paling mudah simpati pada orang yang susah...huhu
~~Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
hurmm agak lah sensitip..tak boleh salah cakap dengan saye, nanti saye terinterpret laen plak.. so kesimpulannye, jangan cakap ngan saye..haha.
~~Suka pada kedamaian
mestilah kan...saye tak suke kecoh2...sebab saye cool orangnye..wekk.
~~Sangat peka kepada orang lain
yup peka..boleh gak lah...
~~Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
no comment. rasenye lebih suke kerja sendiri2 kowt...
~~Tidak cepat marah dan sangat amanah
kadang cepat gak marah, tapi kadang saje-saje berlagak cool...padahal dalam hati..huhu siaplah ko nanti..amanah insyaAllah.
~~Tahu balas budi dan tahu kenang budi
InsyaAllah
~~Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
ye..yang ni saye tidak nafikan.sebab saye sgtlah pemerhati orangnye.haa..jage2 you all.
~~Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Maybe.
~~Suka berangan-angan
yup...memang suke berangan dari kecik lagi.sekarang pon! haha
~~Suka melancong
de ke orang tak suka melancong?? mestilah, I loikke!
~~Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
manja sangat tu tak lah..cume manje kat orang2 tertentu je..tettt..
~~Kelam kabut dalam memilih pasangan
tak kot...sebab dah dapat...hehe.
~~Suka dgn hiasan rumahtangga
so far belum lagi..tunggu lah nanti kalau rumah dan tangga saye siap.huhu
~~Punya bakat seni dalam bidang muzik
Haha..klako-klako! setakat menyanyi dalam bilik air tu boleh lah...bakat2 seni lain tu ade la gak kan dalam diri ini...heheh.
~~Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
hhuishhh..mestilah!
~~Jangan terlalu moody.
opps...tak lah..saye jarang moody ni..ceceh...yela tu.
aiseh..macam jawab tag daa..ade sape2 yang berminat nak jawab tag ni ke?haha..saya nak tag orang lahir bulan Mac lah..haha..ahaa! sape2 yang lahir bulan Mac boleh lah jawab tag ni ye..hihi yek auw je aku nih..honestly, ade kebenaran nye gak pe yang dikaji Dr. Fadzilah ni...sebab kebanyakan ciri2 tu ade kat saye..hoho..so you all macam ne? ade ke tak persamaan dengan ciri2 yang disebutkan di atas? *utk y lahir bulan 3 jela.
Wednesday, March 10, 2010
retro make up look~~
kening dia disolek agak tebal..
Monday, March 8, 2010
sebelum tido kite perlu buat ape?
next picture..I tanak komen lelebih..sebab tis part is bahagian ingredients pada label. bahan2 yang digunakan untuk membuat make up remover ni. so, sesape yang bergelar chemist or student yang amek subjek kimia mesti you all tahu bahan2 yang digunakan dalam make up remover ni..so boleh la komen2 sikit ye..saye ade kawan bernama Athirah, die memang student kimia.sangat minat kimia katenye.saye suke kalau shoping kat Watson ade die...sebab saye boleh refer kat die bahan2 kimia yang ade kat sesuatu produk tu..sama ada selamat atau tak selamat digunakan.hehe..best kan macam tu.=)
saye ialah bunga itu.













